Tuesday, October 5

NGO Melayu - Perjuangan yang kabur

amaran - artikel ini bukan fakta. Ini adalah sekadar pendapat penulis. Penulis juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana NGO yang disebut.

Malaysia hari ini mempunyai beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang punya pengaruh agak besar dalam negara. Antaranya adalah seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia) dan PEWARIS MALAYSIA (Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia).

Matlamat penubuhan NGO Melayu ini biasanya adalah untuk kebajikan sesama ahli dan perjuangan membela agama, bangsa, dan negara.

Seperti pergerakan asal PEKIDA yang pada mulanya hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan sesama ahli seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Kemudian meluaskan lagi pergerakan dalam bidang ekonomi apabila tertubuhnya Koperasi PEKIDA Berhad dan Yayasan PEKIDA setelah menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka ketika itu. Namun sejak akhir-akhir ini, imej PEKIDA sudah tercalar akibat beberapa isu berkaitan kumpulan gangster serta ahli-ahli songsang. PEKIDA juga dikatakan NGO rasis yang sentiasa memainkan isu-isu perkaumam. Akhirnya, perjuangan asal NGO ini yang mahu menaikkan taraf ekonomi Melayu dan menjaga hak-hak Melayu semakin kabur akibat permainan politik.

Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS MALAYSIA) bolehlah dikatakan sebagai pecahan PEKIDA kerana pemimpin tertinggi serta pengasasnya adalah dari ahli majlis tertinggi PEKIDA. PEWARIS MALAYSIA juga tidak lari jauh dari perjuangan PEKIDA iaitu membantu menaikkan taraf ekonomi Melayu, menjaga hak-hak dan ketuanan Melayu di Malaysia serta bercita-cita menjadi sebuah NGO Melayu bertaraf korporat. Dalam usaha menjaga kebajikan ahli dan menggerakkan perjuangan, PEWARIS MALAYSIA turut terlibat dengan isu berkaitan rasis. Selain itu, campurtangan parti politik kerajaan dalam menyalurkan dana untuk menggerakkan pertubuhan telah menyebabkan perjuangan PEWARIS MALAYSIA turut kabur dan terpaksa tunduk dengan parti politik.

Sedar atau tidak UMNO (United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) juga merupakan asas dari pertubuhan yang menjadi kuda tunggangan British ketika sebelum merdeka. Jadi, tidak hairanlah jika UMNO turut menggunakan 'pertubuhan' sebagai benteng pertahanan dan kuda tunggangan.

Sumber :pekida.org

8 comments:

nur.sa said...

bila dah terlalu banyak pertubuhan bukan kerajaan(NGO) macam ni, terfikir pulak kat kepala saya, tercapaikah objektif penubuhan mereka tu? kenapa perlu dibuat banyak NGO? kenapa tak semua melayu bersatu saja di bawah satu NGO...?

kalau ada isu2 sensitif boleh la nampak persatuan tu g buat laporan polis. 12 NGO, 12 laporan la polis akan dapat. kesudahannya? yang nak dibela tak nampak terbela pun.

sekadar pendapat melalui kaca mata saya yg selalu tengok dalam berita mengenai NGO.

zuanjoe said...

sbb tu perjuangan perkasa kan poket masing2.. haha

kusut said...

aku kurang amik tau pasal NGO2 ni.. mostly sebab aku rasa terlalu banyak and usaha diorang tak berapa ketara. bila baca something cam entry ni kan, terpikir la apa perkara2 baik yg PEKIDA atau PEWARIS MALAYSIA atau NGO2 lain buat ek?

aku cuma rasa.. bila disebut yg negatif, kene sebut yg positif jugak.. :D

Raja Fiqri Fauwaz said...

entri macam berat sangat isunye.. Hehe..

cik ain said...

erk :) hehe!! kalau pasal nie, ain xgeti sngt nk bg komen. cuma 1 je, perjuangan mane2 badan NGO ni sbenarnye dorang kena tetapkan matlamat dan ape yang dorang perjuangkan or tegakkan..

eh, betul ke ain ckp :p

KeCiK said...

Ada kepentingan politik baru diorang provoke.

Tivi, sotkabar etc all the same. Provoke sana, provoke sini. Ini boleh, itu tak boleh.

Melayu? Heh.

r.k said...

bukan sahaja NGO yang bermatlamat kabur , ghua perati , parti politik berdaftar pun bermatlamat kabur .

kalau cerita pasal motto , objektif , matlamat pertubuhan memang AAA .. tetapi perlaksanaan , hmm ...

taktahu pulak macamana tahap hal ni kat luar negara , ghua tak pernah alami lagi .

Raja Fiqri Fauwaz said...

sedangkan pertubuhan dunia pun kena main contoh macam PBB.. OIC..

Yang paling berjaya dan mampu ubah dunia 1 je..
WWF.. haha..