Thursday, October 28

Negara paling makmur Malaysia no 43


Malaysia kini berada dalam kedudukan 43 dalam rangking negara palaing makmur didunia.Maklumat ini diambil berdasarkan sumber dari Legatum Institute.Legatum Prosperity Index menjalankan kajian terhadap 110 negara di seluruh dunia.

The Prosperity Index atau indeks kemakmuran memberikan penekanan kepada bagaimana asas ekonomi, kesihatan, kebebasan, sistem pentadbiran, keselamatan, pendidikan, peluang perniagaan dan modal sosial boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan tahap kebahagiaan rakyatnya.

Jika di lihat dari jadual dibawah negara Norway berada dalam rangking 1 dan Zimbabwe berada dalam rangking terakhir iaitu 110.Anda boleh melihat kedudukan negara-negara yang lain termasuk negara kita pada jadual di bawah

Dengan kedudukan ini, negara kita sebenarnya masih jauh lagi perjalanannya untuk ke sampai tahap negara maju.Dengan keadaan Ekonomi di tangga ke 21, peluang perniagaan di kedudukan 34, sistem pentadbiran juga di tangga ke 34, pendidikan di kedudukan ke 45, kesihatan di senarai ke 44, keselamatan di kedudukan ke 52, kebebasan individu di tangga ke 90 dan modal sosial juga dikedudukan ke 90.

Sumber ini boleh didapati di Legatum Prosperity Index 2010.

Info dari SAFIZAN

7 comments:

anyss said...

Salam,
Setuju! Malaysia memang makmur. Sebab tu semua orang serbu walaupun depa kata kita kejam, walaupun depa selalu bakar jalur gemilang kita hu hu hu...

Sila jaga kemakmuran negara kita agar berpanjangan.

psttt: makan kuih makmur sedap gak kan ;)

r.k said...

heh , cita-cita nak jadi negara maju dengan bagunan mencakar-cakar langit , tapi personal freedom pun markah merah lagi .. lulz ..

and even personal capital Thailand are better than us .

Malaysia Boleh !!

ASaDa RyutaRo said...

ada 2 yang merah.. personal freedom lak tu. huhu..

walau apa pun.. saya sayang malaysia! yeah!

kusut said...

i have a feeling definisi 'makmur' bangsa lain mungkin tak serupa kita punye definisi

tapi cacat cela camne pun malaysia ni, huduh camne pun, busuk camne pun, tu la negara aku yg aku sayang amat

nn said...

banyak sangat benda yang kita kena ubah dengan negara kita ni tapi masalahnya orang lama suka cara yang lama dan pantang@fobia dengan perubahan. susah nak ubah mentaliti manusia.

[z@ck] said...

nice one..thanks for the info =)

Fina Sophie said...

tak hairanla personal freedom tu di tangga antara yg terbwh. (- -")