Thursday, October 21

"nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak"

Kedengaran orang terjerit-jerit di luar rumah, aku pun menyelak langsir sliding door untuk menjenguk apa yang terjadi, kelihatan macam ada orang bergaduh di luar rumah, nampak macam seorang suami sedang memarahi isterinya. Ayah mengajak aku keluar, mungkin ingin membantu. Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak".

Okey, sebelum aku sambung cerita tu, jom baca kisah ni dulu;

"Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, tiba-tiba dia terasa haus. Dia sampai di sebuah telaga lantas turun ke dalam telaga itu, minum air dan keluar semula dari telaga itu. Kemudian dia ternampak seekor anjing sedang tercungap-cungap, menjilat tanah lumpur di situ kerana kehausan. Lelaki itu berfikir, "Anjing ini sedang kehausan sebagaimana aku sendiri kehausan sebentar tadi." Lantas dia turun semula ke dalam telaga itu dan mengisi kasutnya dengan air,sebelum memanjat keluar dari telaga itu sambil mengigit kasut tersebut dan memberi minum anjing itu. Perbuatan lelaki itu dihargai Allah dan Allah mengampunkan dosanya.."
                                                                                   (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dasyat kan? usaha lelaki tersebut mungkin nampak kecil, malah yang dibantunya bukan kucing atau burung merpati, tapi seekor anjing. Untuk aku la kan, nak dekat dengan anjing radius dua meter pun takut, akibat fobia kakak kena kejar anjing, ya, akak aku yang kena kejar, aku yang fobia, memang tak ada kena mengena. Tapi niat murni lelaki tersebut yang mengenangkan betapa anjing itu haus sebagaimana dia haus sebelum itu, dan melakukan usaha untuk masuk semula ke dalam telaga, ambil air dengan kasutnya, gigit kasut tersebut sambil memanjat keluar dan beri anjing tu minum, membolehkan Allah mengampuni dosa lelaki tersebut. Wah! Besar betul ganjarannya kan?.

Kisah ni memang memberi iktibar, dan membawa maksud yang boleh diguna pakai dalam apa jua keadaan. Cuba fikirkan betapa banyaknya peluang untuk kita melakukan kebaikan dalam 24 jam sehari semalam kita hidup. Kalau di sini, memang jika kita berjalan di kedai-kedai hadapan perkarangan universiti, pasti akan ada kanak-kanak yang usianya tak sampai 7 tahun meminta sedekah, ada kalanya sampai dicium bahu kita ni ha. Makcik makcik yang kadang kala sampai tarik-tarik baju pun ada, mungkin kerana melihat kita lain dari mereka terus ada persepsi yang kita ni banyak duit, walaupun pada hakikatnya tidak. Apa-apa pun, dalam bekerja ke, mengajar ke, berjalan keluar dari KTM dan ternampak abang yang buta, atau sedang berjalan dan ternampak seorang ibu muda nak angkat stroller baby naik tangga, apa salahnya kita berhenti dan membantu. Kalau anjing dibantu diampunkan dosa, membantu manusia yang punya hati dan jiwa, sebesar mana pula ganjarannya kan?  

Gambar sewaktu kami tahun satu, baru nak bertolak ke Mansoura dan ingin mengambil gambar, tiba-tiba makcik tua itu datang meminta sedikit pertolongan.
"usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ia sekadar wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu"
                                                                                     (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 
Mudahkan? kalau tak termampu untuk melakukan usaha, poket kita pun memang dah kering, kita hanya perlu senyum. Ini memang benar tepat dan betul. Aku cukup gembira bila kadang-kadang berjalan sorang-sorang tiba-tiba ada pakcik atau makcik senyum dekat kita. Berbunga-bunga hati weyh! siap kalau tengah tension terus tersenyum sampai bersinar-sinar muka.

Baru tadi housemate aku buat hati berbunga-bunga. Bila aku mula buat pelik tidur lepas Maghrib (masuk waktu pukul 5.30pm) mahu terlajak sampai tengah malam. Bila bangun terus lapar, keluar dari bilik dan tengok atas meja makan ada plastik berisi sandwich Cook Door (McDonald versi Mesir) untuk aku. Mahu tak terharu!

Jadi untuk sambung semula kisah di awal bicara;

...Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak". Aku pun terfikir, "eyh bapak aku ni, dalam mimpi pun nak buat lawak". Dalam masa yang sama, si lelaki tiba-tiba flying kick isterinya sampai berdarah hidung. Kami pun serentak menjerit "woi!!" dan aku pun terus terjaga. Pergi solat Isyak, makan Cook Door, dan terus datang sini untuk bersama anda.

Post ini diinspirasikan oleh sister Zabrina A. Bakar dalam bukunya, Hidup bukan Rahsia; Anda, Saya dan Kita. Carilah buku ini di kedai buku berhampiran anda.

Dah azan subuh, jumpa anda minggu hadapan!
koshary.

11 comments:

Kimmy Ai said...

hahaha.. rupenye itu mimpi ke? kreatif gila mimpi suami tendang muka isteri.

kalau dekat cairo tak banyak sangat orang minta sedekah.. kadang2 kalau ada budak2 minta sedekah time tu tengah minum ke makan ke.. kimmy bagi je makanan kat diorang.. ;D

Mummy Nana said...

Citer psl anjing.. akak pun phobia ngan anjing.. boleh sakit jantung nampak anjing.... huhu... hahaha..nie mesti kes nak ngorat isteri org eh psl tu dlm mmpi pun kena sound camtu... ahaks....(gurau jek tau)... mmmm kat sini pun byk jek org mintak sedekah.. tapi atas nasihat org2 sini jugak.. diorg kata jgn bag psl nanti endup diorg beli arak/dadah jek.. tu hobby diorg....

.s.o.f.i.a. said...

nice one!!!!

balik dari sana jangan lupa hadiah keychain untuk aku ek!!! =)

(komen sangat out dari entri..... lantak ah!!)

Clarky Afif said...

bagus bagus!

tolong menolong amalan mulia.

tapi kan, kat Malaysia ni aku tak taulah..orang kena ragut depan mata pun yang lain tengok saja. bukan nak tolong. yang eksiden mati terbakar dlm kereta sebab staf petrol station tak nak bagi guna alat pemadam kebakaran tu satu contoh juga la.

kusut said...

nak kata kita ni terlalu kiasu pun aku rase tak jugak. penah aku tengok eksiden depan mata aku (which takde org was hurt cuma baby terpelanting atas jalan is not a nice sight) kitorang berenti nak tolong tapi mat2 motor lagi laju lah. by the time kitorang nak keluar kete dah ade lebih 10 org kat situ.

so ramai je yg murah hati. cuma media kite selalu sangat la cerita yg buruk

nur.sa said...

senyum pun sedekah. betul, senyum pun boleh buat org rasa tenang..

tengah tensi-tensi, bila datang kawan sekadar senyum, rasa sejuk aje hati. tak payah cakap pape.

dya adriza said...

ok! ini kisah berangkai. saya mengaku saya sukakan entry ini.

Buat lagi macam ni ok. Ada pengajaran di sebalik kisah..

koshary said...

to all: sorry lambat sikit reply, ter-banyak pulak aktiviti harini. =p.

@kimmy ai
hehe, yup! tapi tu mimpi benar tau, lagi lagi yg bab flying kick tuh!

rasa mmg ya, dekat cairo kurang sikit en. kimmy bagi makanan apa? to3miyyah? =D.

owh2, baru tadi ada pakcik mintak sedekah, ada orng nak bgi segenih, dia boleh plak mintak fanta. pergh. tergelak on the spot. =D

@mummy nana
wuish, entahla kenapa, tapi bila anjing tu besar color hitam mmg la lagi fobia. hehe.

ieshh, takde takde. kalau ngorat isteri orang yang bujang siapa nak ngorat plak kn? =D

betul jgk kn, bagi duit then beli drugs n alcohol. yg budak2 tak cukup makan tu kita boleh caya.

ada sekali tuh, dia mintak duit dpn kedai aiskrim, dpt duit trus beli aiskrim. takpela aiskrim, bukan drugs. =)

koshary said...

@sofia
=), thanks!
uihh boleh sajaaaaa!
pilih nak keychain bentuk bentuk zaman firaun ke nak yg ada ayat Quran.
nanti bgtau yeh! betul ni! =)

@clarky afif
ahaa, ak pernah dengar pasal cita tuh, dia nak mintak fire extngshr but orng pump station tu taknak bagi.

mungkin kdng2 kita kena tambah optimist kita sikit kot, rasanya orng pump station tu bajet cam orng tu nk rompak ke apa, sbb tu tk bgi.

semoga kita terbuka minda dan hati untuk hulurkan tangan kan. =)

koshary said...

@kusut
Uish, baby terpelanting atas jalan mmg bukan pemandangan yg bagus.

mat motor mmg bagus kdng2, yg kemalangan highway plus melaka ritu pun ramai gk diorng, cuma dah takde apa nk tolong dh kn, harap kat police and paramedics je la.

maybe tabloids kita kurang sket bab nak puji hero hero ni, diorang rasa kutuk sini sana lagi best. (pandangan peribadi) =)

@nur.sa
memg setujuu! cukup suka bila kdng2 kita buat tak malu senyum kat strangers tngh jln tiba2 dia senyum balik. besttt! =D

saya tngh senyum kat akak ni! =DD

@dya adriza
thank you so so much!
ini inspiring.
am glad that you like it!=)

akan diusahakan, semestinya!!

Fina Sophie said...

hi kosh. lambat reply entri2 dekat 100p. a bit busy lately.

well, urm, about sedekah senyum tu. haha. leh kata fina jenis org mudah tersenyum. lg2 kalau hati tengah senang, rajin bg senyuman dekat org. stkt snyum sj boleh buat org happy. kegembiraan boleh berjangkit dgn snyuman. mslhnya kdg2 kan, bila kita senyum dekat org, some people buat muka confuse lol. mybe diorg fikir eh aku kenal ke minah ni XD