Thursday, October 14

Mr. Tenok Yang 'Budiman'


Saya tau, memang kurang hajar bila student panggil lecturer dia macam tu. Tapi, saya tak dapat terima apa yang dia dah buat pada saya..

Kamu tahu..

Masa tu, ada taklimat Aural Oral Test English. Mr. Tenok tu la yang bagi taklimat. Lepas tu, ada beberapa students yang lambat, terus masuk and duduk. Agak hingar bingar sekejap bila diorang tanya member2 diorang yang lain, apa yang diorang tertinggal. Tapi, Mr. Tenok terus diam dan tunjuk ke arah diorang:

"Babi mana yang bising tu hah?!!!"

Babi?!! Kau memang seorang lecturer yang gila.. Sepanjang aku belajar, tak ada seorang pendidik pun yang aku jumpa mencarut mengutuk depan students macam tu. Silakan mampos!!

Tibalah hari Aural Oral Test English tersebut..

Kamu tahu..

Masa tu, saya dan empat orang classmate, bersama dengan empat orang students unit lain, jadi orang terakhir untuk oral test. Biasalah, nama di hujung2..



Mr. Tenok sebagai pengawas kami sebelum masuk ke bilik examiner. Masa tu, dah hampir ke jam dua. Mr. Tenok menghampiri kami dan tanya:

"Kalau saya balik awal, boleh?"

"Boleh, Encik. Balik la.."

"Ni kelas apa yang tinggal ni? Kajian Sosial?"

"Kajian Sosial dengan Pengajian Islam"

"Pengajian Islam?? Mana Pengajian Islam??"

Saya dan classmate yang lin pun angkat la tangan. Pandang muka dia, senyum. Tapi, muka dia elok2 senyum, terus sirna. Kenapa?

"Saya benci.. Ustaz dengan Ustazah!"

Kami terkedu. Semua yang di situ terkedu. Students Kajian Sosial pun terkedu.

"Ustaz Ustazah.. gedik, mengada2.. perasan bagus! Berlagak alim!"

Nada cukup perlahan ditutur. Kami? Sentap!! Dari senyum, muka saya berubah merah, tahan malu, tahan marah. Tapi, itu ekspresi wajah saya, wajah sahabat2 lain, saya tak sempat nak ambil tahu.

"Kamu!"

Dia tunjuk ke arah sahabat saya, Saufi.

"Kamu Ustaz?"

Saufi angguk.

"Tak macam Ustaz pun. Muka macam playboy!"

Serentak, semua yang di situ gelak, melainkan saya, Saufi, dan Mr. Tenok.

"Bukan! Playboy baik sangat. Muka kamu macam muka gigolo!"

Makin gamat tawa di situ. Saya sendiri tertanya-tanya, kenapa rakan2 sekelas saya yang lain pun gelak jugak? Kamu tak rasa ke kamu dihina?? Mr. Tenok terus keluar dari bilik itu.

Saya tengok Saufi. Dia cuma tesenyum secara paksa. Muka dia merah. Masa tu, saya rasa nak maki hamun je lecturer tu. Tapi, saya cuma menghamburkan pada kawan2 sekelas. Baru diorang tau, lecturer tu bukan melawak, tapi menghina. Saya sendiri pun pelik, kenapa la benak sangat akal mereka masa tu sampai tak boleh beza melawak dengan menghina??

Students Kajian Sosial yang lain pun terdiam melihat kemarahan saya. Dan, tanpa dipaksa, air mata saya mengalir. Saya, seorang yang ego dalam bab menangis, akhirnya tewas dengan peristiwa itu.

Saya cuba bertenang sebelum masuk ke bilik examiner. Tapi, air mata saya terlalu pemurah hari itu. Rakan2 yang lain memainkan peranan mereka sebagai sahabat, menenangkan saya.

Kamu tahu..

Dua minit sebelum masuk bilik examiner, Mr. Tenok lalu di hadapan kami.

"Assalamualaikum"..

Gaya dia. Seriously, saya menyampah! Seolah-olah, dia menganjing kami selepas puas menghina kami. Rakan2 yang lain jawab salam dia, tapi saya tak nak. Saya fikir, untuk apa mendoakan kesejahteraan orang yang bencikan kita, hina kita.

Dan dia, mampir ke saya. Dia bagi salam sekali lagi. Saya tahu, salam itu khusus untuk saya. Dan, dalam kekerasan hati saya, terselit juga sedikit kelembutan. Lalu salamnya saya sahut perlahan.

Saya tau, dia senyum sinis lepas dengar salam yang dihulur disambut. Dia terus berlalu..

Mulai hari itu, saya menggelarnya: Mr. Babi!!

Kamu tahu..

Hari tu, ramai yang menasihatkan saya, biar apa pun yang orang lain nak kata, nak kutuk. Biar Allah yang membalasnya. Kita sebagai seorang bakal pendidik, mendidik ilmu agama, belajar sifat sabar, masakan kita boleh mengelar seorang pendidik begitu?

Ya, kamu betul. Terima kasih kawan2. Tapi, izinkan saya menurunkan pangkat gelarannya, Mr. Babi kepada Mr. Tenok.

Kamu tahu..

Esoknya masih ada oral lagi. Dan dia masih buat perangai lagi. Di pergi ke kelompok pelajar Kajian Sosial, dia kutuk kami, menghina kami. Dan, paling 'best', students Kajian Sosial pun gelakkan kami, benarkan saja kami jadi bahan jenaka Mr. Tenok.

Saufi paling teruk dihina. Saya sendiri pun tak tahu, kenapa la dia punya marah dengan Saufi. Ok, saya akui Saufi memang ada raut wajah yang tampan. Tapi, sesuaikah untuk dijadikan bahan senda sebagai playboy atau gigolo??

Saya marah Saufi..

"Kau ni Saufi. Apsal kau relaks je Mr. Tenok tu kutuk kau macam tu?!!"

"Dyan.. aku ok la. Aku dah biasa dah.. "

"Kau gila?? Sampai bila kau nak biar dia kutuk kau macam ni? Pijak kau?!!"

"Dyan.. sabar Dyan. Jangan emosi sangat.. biar la dia nak cakap apa dengan aku, aku ok.."

"Kau ni apsal baik sangat? Entah2 betuk kau ni palyboy? Gigolo?"

"Astaghfirullah.. Mengucap Dyan.. aku takkan buat benda2 macam tu. Kau kan kawan aku, takkan kau tak percaya aku? Dyan.. biar la apa orang nak cakap dengan kita. Kau tahu kan, perjuangkan agama di akhir zaman ni umpama berjalan di atas bara api. Macam ni la apa yang kita rasa. Kita kena kuat Dyan. Kita ada 4 tahun lagi kat sini.. Kau dah lupa? Kita dah lama kena kutuk, sejak awal2 masuk sini lagi.. kita kena kuat Dyan"

Dan, sekali lagi air mata saya gugur untuk kali kedua kerana makhluk binasa bernama Mr. Tenok itu. Terima kasih Saufi atas nasihat kau..

Kala ini, saya terfikir. Baru sedikit tohmahan yang dilontarkan kepada kami. Belum cukup lagi dengan tohmahan yang dilemparkan buat Rasulullah SAW, buat saudara2 Islam yang sedang bergelut dengan maut yang ada di mana2 sahaja atas dasar peperangan.

Saya akui, saya bukanlah seorang 'ustazah' yang baik. Malah, saya sendiri tidak layak untuk dipanggil dengan gelaran suci itu. Tapi, saya mohon, gelaran suci itu janganlah diperkotak-katikkan seolah-olah kami menyampaikan ilmu yang salah.

Maaf.. Saya tak berniat nak membuka aib orang lain. Tapi saya mohon, kamu bakal pendidik, waimah bukan pakal pendidik sekali pun, jangan sekali-kali menghina orang lain sebegitu sekali terutama anak murid kamu..

Sebab, kata2 seorang guru adalah satu doa!

12 comments:

Azrul Hisham said...

banyakkan bersabar k...serius bila baca cerita kamu ni rasa geram pulak kat Mr.Tenok tu...huh

one2paii said...

serius gua pun terasa gila,kalo gua la..da melenting..gua teringat kisah gua masa kat kolej,penah bergaduh bertumbuk sebab lec tolak kepala gua..adakalanya kita perlu bertindak mengikut keadaan..namun bersabar lebih bnyk pahala yg kita dapat..bila org mempersendakan agama kita,jgn kita diam,kita bangkit dan tegakkan

aYaz said...

masyaAllah..
ada manusia yg pendek akal camtu..
mudah2n anda dan sahabat anda tabah dan sabar selalu...
dah nama dunia,kan?
byk org,byk ragamnya..

kusut said...

hm.. manusia banyak jenis. cuma kita je yg boleh decide kita nak jadik playboy ke ustaz ke

bagus kawan tu. tinggi sabar dia. mungkin dia bleh jadik ustaz yg bagus

cik ain said...

kenapa xlapor pada pihak atasan? i means pengetua ke atau cikgu2 lain!

kalau org mcm tu, ain pun xnk hormat!

faten helmi nuur said...

hurm, sabar , itu yang terbaik, mungkin mr tenok terpelajar, tapi tak cukup budimannya, tapi bila awk gelarkn die mr tenuk, itu pun dah sama macam awk merendah kan nilai pemikiran awk , sama taraf dengan dia, so,jngnlah awk menggelarnya sebegitu, pangil lah dia dngn nama yang terbaik, sebb stiap apa yang kita sbut itu , adalah stu doa bukan? kalau kita mendoakan kesejahteraan die, dan sabar, saya yakin lambat laun mr tenuk akan sedar juga, saya akui, memang semua akan merasa terhina, bukn kah sabr itu adalah yang terbaik, cukup lah kalau awk menunaikan tanggungjwb awk, dlm menyampaikan ilmu yang sepatutnya.anda bukan hanya mendpt keberkatan di dunia, malahan dapat mngisi tabung pahala di akhirat,

iEra naDira said...

bagusnya saufi :)

Well, salam kita wajib jawab.

Dan kalau ada orang hina cerna caci kita, jangan melawan. Kerana pada waktu tu, malaikat ada bersama kita. Sedangkan kalau kita melawan balik, syaitan pulak akan ganti tempat malaikat. :D

Miss Kira said...

banyakkan bersabar k..
lecturer tu cetek otak..sbb tu jd mcm tu...

koshary said...

memang kadang kadang tu bila jadi macam ni susah nak tahan geram marah.
sampai tahan marah boleh bersin bersin jadiknya.

tapi apa pun, ya. kita kena sabar. banyakkan selawat. insyaAllah nanti akan dipermudahkan.

semoga bersinar bersama dakwah.=)

Sofia said...

Mr Tenok tu Islam ke?
Ingatkan agama lain...

Baiknya Saufi..

Dyan kena byk bersabo! Memang macam ni dunia pendidikan.. Walaupun sy xamik pendidikan islam , amik pendidikan matematik pun ttp kena benda yg sama juga.. Lebih2 lagi, bila fresh graduate ni... Muke masing2 xmatang lg sebagai pendidik.. Tp, jangan dinilai dr wajah, nilailah dr isinya...

r.k said...

kalau benda ni jadi depan ghua dalam 3 4 tahun lepas , ghua rasa Mr . Tenuk masih tak sedarkan diri lagi sekarang ni ..

tapi itu dulu la , Kalau sekarang , ghua boleh senyum je la .. time changed people thought and way of thinking .. jangan mudah butthurt Ustazah .. dunia ni banyak rahsia tersembunyi ......

Miftahul Faraha said...

lambat kau bagi tahu, dyan. pasal bende nie. aku paling pantang kalau ade orang kutuk2 budak kite. dah cukup tersiksa aku hadapi. tengoklah macam mane nanti, agama Islam itu tinggi ke rendah nak dimain2kan.