Friday, October 22

Misteri Kem Bina Semangat

Setelah beberapa hari berkampung di kem bina semangat, Cikgu Shahrul berasa lega yang teramat sangat. Sempena menghadapi perlawanan peringkat negeri, Cikgu Shahrul membawa skuad bolasepak sekolahya ke kem tersebut bagi melakukan latihan fasa terakhir dan sessi motivasi. Begitulah rutin sebagai jurulatih setiap tahun andai pasukannya layak ke peringkat negeri.

Sedang asyik menonton Highlights EPL di rumah tiba-tiba telefonnya berbunyi. Pantas dicapai telefonnya. Di hujung talian ,kedengaran suara Ibu Adli. Adli merupakan ketua pasukan bolasepak sekolah yang baru pulang dari kem bina semangat dengannya sehari lepas.

"Ya,Puan Maimon..boleh saya bantu?..maklumkan apa ya?..bila?..Apa?? sejak empat hari lepas?

----------------------------------------

"Adli, kamu pastikan semua kawan-kawan cukup sebelum kita balik. Saya tak mahu dengar ada yang tertinggal. Faham?" tegas Cikgu Shahrul kepada anak buahnya itu.

Muka Adli cukup serius bagaikan Gattuso, kapten pasukan AC Milan. Adakala mukanya pucat keputihan bagaikan Pepe, pertahanan Real Madrid. Ada sesuatu yang tidak kena, mungkin masalah peribadi. Mustahil pelajar sekolah rendah sudah ada skandal seks seperti John Terry mahupun Wayne Rooney.

" Mungkin terlalu penat" kata Cikgu Shahrul dalam hati sambil senyum sinis.

Kelihatan Adli bersama rakan pasukan yang lain bekerjasama membersihkan kawasan kem tersebut dengan membuang sampah dan kerja-kerja pembersihan yang lain

"Kita bertolak. Dah cukup semua?" Tanya Cikgu Shahrul setelah semua berkumpul.

"Cukup.." jawab Adli dengan suara ala-ala Undertaker


Lantas mereka bergegas pulang dengan menaiki bas sekolah sambil menyanyikan lagu-lagu bolasepak. Namun Adli masih seperti sebelumya.


----------------------------------

"Hello Cikgu Shahrul..saya mintak maaf ya..Saya tak sempat maklumkan..dia tak dapat ikut ke kem bina semangat tu..tak sihat.dah masuk 4 hari dah ni cikgu." Suara Puan Maimon, ibu Adli.

Peluh sejuk menitik di dahi Cikgu Shahrul yang rebah di atas sofa ruang tamu. Siapa yang dibawanya pulang dari kem bina semangat itu?

14 comments:

print said...

Lu dengan bola mmg susah nak dipisahkan. Cerite menarik bro.
boleh buat skrip filem ni.
hehe...

nora said...

Tak sangke awak ade bakat menulis.
saye ingat minat bola je.

saye suke cite ni.

:: eaRthLiNg :: said...

Seram campur lawak. Ringan dan santai.
jalan cerita membuatkan saya berfikir untuk memahaminyer.

Teruskan menulis.

aYaz said...

makhluk yg menyerupai adli la tu..

Kniedaz said...

hoh? suspen

CikGadis said...

jeng3.. makhluk Allah la tue!

.s.o.f.i.a. said...

sumpah aku suka citer nie!!!!!

genre : komedi seram. david teoh musti manyiak sukak nie...

kusut said...

kuruss semangat ye. haha

chenta said...

fuh~~seram juga ni..

r.k said...

ah sudah , kalau lu nak buat sambungan ghua cadangkan yang 'adli' tu ade lepak dengan Cikgu kat rumah , belajar taktikal . pergh !

pandai betul 'adli' duplicate adli yang langsung beliau tak pernah jumpa . pergh !!

.pergh !!!

humbleyat said...

kalau tahu citer seram..tak mo baca dah huhu

Fina Sophie said...

continue weh! yg lain sokong pun msti sokong punye!

CikGadis said...

ada sambungan ker?

CikGadis said...

ustaz gua pu pesan mcm tue gak hahahaha