Friday, October 22

Menulis Blog dengan Beretika


Blog bagaikan satu fonomena kini. Kemunculan blog sebagai wadah baru penulisan bagaikan satu cara untuk menyebarkan pemikiran kepada umum. Kegilaan menulis di blogpun bermula. Bagaikan tidak lengkap hidup kita apabila tidak mempunyai blog, tambahan lagi apabila bergaul dengan rakan-rakan lain yang gila menulis blog.

Kegilaan berblog kian bertambah apabila ramai yang menyedari bahawa blog adalah antara perkara yang boleh menyumbang sumber pendapatan. Lalunya, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mempunyai blog sendiri, mempunyai komuniti sendiri dan mempunyai pengikut yang tersendiri hingga akhirnya ada yang muncul sebagai idola dalam dunia blog.


Keghairahan mengejar trafik, menjual barangan dan perkhidmatan, mencari populariti dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, adakah anda menyedari bahawa anda sebenarnya telah tergolong dalam golongan orang yang melakukan jenayah? Tak percaya? Cuba fikirkan sejenak kandungan blog anda.

Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti menghasut?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti memfitnah?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti menghina?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti plagiat?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti penipuan?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti perjudian?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti pornografi?
Adakah kandungan blog anda bebas daripada jenayah lain sepenuhnya?


Adakah anda seorang yang beretika apabila menulis blog? Atau, anda sebenarnya tidak tahupun apa yang dikatakan beretika ketika menulis blog. Sila baca Etika Menulis Blog, Wujudkan Etika Blog? dan Isu Blog Lagi untuk memahaminya secara gambaran kasar.

Tanpa etika, anda mungkin akan terjerumus ke kancah hasutan. Fitnah. Mungkin juga menjurus kepada jenayah lain seperti penipuan. Memaparkan maklumat sulit yang tidak sepatutnya anda sebarkan juga merupakan satu kesalahan. Ada masa, anda tidak menyedarinya langsung yang anda telah lakukan kesalahan tersebut apabila menulis blog. Anda tak sedarpun telah menghasut orang lain kerana anda beranggapan itu hanyalah pendapat pribadi. Anda tak sedarpun anda telah menfitnah orang lain kerana anda menganggap tulisan berkenaan hanyalah rasa hati dan prejudis anda sahaja. Namun, apabila tulisan berkenaan telah tersebar, tidak siapa menyangka yang impaknya sangat besar.

Menulis secara beretika di blog secara tidak langsung dapat mengelakkan blog anda terjerumus ke kancah jenayah. Apabila anda memahami tentang etika, anda tidak akan menghasut, memfitnah, menuduh secara melulu tanpa usul periksa. Anda hanya akan menulis tentang sesuatu yang sahih sahaja bersumberkan maklumat yang sah. Anda akan mempunyai prinsip tersendiri semasa menulis termasuk sentiasa menginginkan suasana aman walaupun secara maya.

Etika yang ada dalam diri anda buatkan blog anda tidak mengandungi hal-hal yang boleh menyebabkan anda dipandang serong oleh pembaca yang lain, diteropong pihak berkuasa seperti SKMM dan akhirnya, blog anda secara tidak langsung akan disenagi ramai pembaca.

Akhirnya, trafik yang anda harapkan untuk menjana sampingan melalui iklan akan datang dengan sendiri serta bersifat jangka panjang pula. Anda akan mempunyai bilangan pembaca tetap yang ramai dan sentiasa bertambah. Nama blog anda menjadi sebutan dan tidak mustahil, anda mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan walaupun hanya menyertai satu agensi pengiklanan seperti nuffnang sahaja. Namun, semua itu memerlukan kesabaran. Perlukan masa yang panjang juga. Adakah anda sanggup menulis blog secara beretika sebegini?

18 comments:

iEra naDira said...

Berblogging pun kena hati-hati.. disebabkan blog kita boleh jadi kes polis tau.

----------

Adakah kandungan blog anda bebas daripada aktiviti menghasut?

jom hasut orang jadi baik. :D

.s.o.f.i.a. said...

kalau blog carut2 agak2 bley jadik kes polis tak.....??? =)

if the answer is YES, korang lawat2 la aku nanti ek!!!! he he.....

r.k said...

selalunya perkara tanpa sedar ni yang merbahaya . sebab ainya tanpa sedar .

tapi lagi bahaya jika dengan sedar melakukan jenayah ..

ah , bahayanya .

kusut said...

mungkin benda2 camni bila dah makin matang baru boleh paham implikasi dia. rasa tanggungjawab tu lebih kuat dr emosi. yg muda2 ni cuba la kawal emosi ye bile blogging. jgn sampai kene buang kolej sebab tulis yg tak patut pasal lecturer/staff akademik

lecturer and staff akademik pun ada yg blogging jugak. kan?

[z@ck] said...

try to be neutral.that's more i like it.

MuJE said...

gile serius aku baca post ni! maybe cara penyampaian serius kot. "hehe" pon takde...=)

ya, content sesebuah blog itu sangat penting dan aku tujukan kpd diri aku sendiri sebab blog aku ntah pape...lol!

maharam said...

iEra: buat benda baik itu, namanya ajak...bukan hasut ;)

maharam said...

S.o.f.i.a: Dah lama ke tulis blog gitu ni? ------> gurau je

maharam said...

r.k: Dah tahu bahaya...sila hati2

maharam said...

Kusut: Semua orang dah ada capaian yang mudah. Ramai yang dah terima padah dengan FB, twitter, blog dll...termasuk kena buang kerja sebab terlalu banyak layari FB.

Kalau student ada blog, pensyarah pun ada. Kalau pekerja ada FB, bos pun tentu ada juga...

maharam said...

Z@ck: sepatutnya memanglah perlu neutral namun bukan semua orang dilahirkan dengan etika yang tinggi.

maharam said...

muJE: sekali sekala serius apa salahnya kan?

bermula dari ntah apa-apa, akhirnya nanti pasti akan ada sesuau yang bermanfaat boleh diisi kan?

fndrocka said...

Blog aku ada semua yg dinyatakan tu...pornografi,plagiat,hasutan,fitnah,carutan, dan lain2

humbleyat said...

satu peringatan dan panduan yang bagus;)

sambil menulis sambil beringat..hehe

Fina Sophie said...

nice entry :)

maharam said...

Fndrocka: Tahniah! Apa yang anda tulis gambarkan siapa anda

maharam said...

Humbleyat: Kena selalu beringat supaya silap yang sedikit tidak jejaskan masa hadapan. Kalau hanya kerana sebaris ayat di FB, seorang pelajar kolej didakwa dan masuk penjara, bagaimana keadaan hidupnya pada masa hadapan setelah bergelar banduan?

maharam said...

Fina: terima kasih. hanya perkongsian ilmu. Tak boleh kedekut ;)