Thursday, October 7

Mendarat di Kuching Pula

Semporna dah sampai, Kota Kinabalu juga dah jelajah dalam entri yang lepas. Kali ini kita melancong ke Kuching Sarawak pula ya.

Sama seperti ke Kota Kinabalu, aku juga sering mendarat di bandaraya Kuching. Namun, hanya selepas tahun 2009 sahaja aku mula mencatatkan pengalaman berkenaan dalam blog walaupun sebelum ini entah berapa kali aku ke bandaraya bertuah ini. Pernah juga beberapa kali aku berada di Bumi kenyalang itu selama berbulan tetapi tiada catatan aku buat tentangnya.



Aku mula mencatat tentang Kuching semasa ke sana hujung tahun 2008 yang boleh dibaca di entri Kuching yang Kukenal


Bila fikir balik, rasa rugi pula sebab pengalaman sebegitu kita akan mudah lupa kalau tak tulis. Aku pula tak suka tulis diari sebab dari pengalaman lepas, diari yang aku tulis itu akan dibaca oleh orang lain di belakang aku. Jadinya, nak selamat tak payahlah tulis. Namun, yang ruginya, pengalaman berharga itu akan hilang begitu sahaja. Aku ni pelupa sebenarnya.

Bila ke Kuching, tak sah kalau tak sampai ke Tebingan Kuching atau waterfront. Area tebingan ni sangat popular di kalangan pelancong terutama deretan kedai cenderamata sepanjang jalan. Kat sini juga boleh dapat kek lapis sarawak kalau tak sempat nak pergi ke kilang tempat buat kek ini. Deretan kedai di sini menyediakan pelbagai jenis barangan cenderamata termasuk tikar buluh dan kayu yang sangat terkenal itu. Ramai yang tidak lepaskan peluang untuk beli tikar-tikar ini. Aku? Aku beli kat Nilai 3 je...maklumlah, rumah aku ni macam padang bola je...tak ada perabutpun.


Kat tebingan waterfront ni juga ada perahu untuk menyeberang ke tebing sebelah sana (perkampungan melayu). Dah lama aku teringin nak seberang sungai ni, tetapi tak ada peluang lagi. Tambangnya masa dahulu 30 sen je, tetapi sekarang tak tahulah dah naik ke belum. Dah naik kot!


Kat sini juga, pemandangannya sangat cantik terutama pada waktu senja. Boleh tengok gambar-gambar senja kat entri Ketika Senja Bercinta dengan Malam, Aku Tersisih dek Kelam.


Banyak pengalaman menarik semasa di bandaraya ini aku catatkan, sama ada pahit atau manis. Baca Hari yang Panjang dan Melelahkan untuk pengalaman lucu, letih, penat dan semuanya, tetapi tetap indah.



Makanan menarik di Sarawak selain kek lapisnya yang popular itu adalah Laksa Sarawak dan Me Kolok. Laksa Sarawak ni diperbuat daripada mehun, rasanya memang sedap. Nak cerita macam mana rasanya pun payah sebab rasa itu hanya macam Laksa Sarawak, tak boleh nak bandingkan dengan makanan lain. Me kolok pula macam mehun sup tetapi me yang digunakan itu bukannya me kuning, lebih macam maggie yang dicelur. Rasanya juga tersendiri. Walaupun tak berkesempatan sampai ke Sarawak, kita boleh rasa kedua-dua makanan ini di Kuala Lumpur sebenarnya. Ada beberapa buah restoren yang berasaskan me dan laksa menjual kedua-dua makanan ini.

Hujung bulan nanti hingga awal bukan hadapan, insyaAllah aku akan berada di perut bandaraya bertuah ini. Nanti aku akan tulis lagi pengalaman yang lain...itupun kalau panjang umur, kalau ada pengalaman baru yang lain. kalau pengalamannya sama sahaja, baca ajelah mana yang dah aku tulis tu ya ;)

Lebih banyak gambar boleh tengok di blog seperti link kat atas. Mana boleh tulis panjang kat sini...kesian orang lain kena baca kan...kan ...kan...kan

11 comments:

sYazY_dZaiMa said...

wah,tempat lahir dan bermastautin syazy!!yeayy!!sekarang dah 50sen, kalo selepas 6pm, tambang jadi rm1,hehe..tq post bnda nie, macam seronok pulak rasa,heee :)

ASaDa RyutaRo said...

lama dah x nampak bandar kuching.. =P

anyss said...

sYazY_dZaiMa: Waaaaa dah m unculpun orang Kuching ya...hujung bulan ni saya ke sana. Jom lepak sambil minum tepi sungai ;)

Orang Kuching sendiri tak mau hebohkan keindahannya hu hu hu banyak lagi boleh cerita...kek lapis, ladang lada hitam, pasu sarawak...tetiba rindu gunung santubong

anyss said...

AsaDa: Dah rindu me kolox ya :D
tak pe...nanti2 boleh balik lagi...

cik ain said...

bila la berkesempatan dpt ke sane ^_^ moga2 ade rezeki AMIN!

tak dapat pergi, tp dapat tengok pemandangan memalui foto ni, pun dah cukop rase seronok!

anyss said...

Cik ain: airasia kan ada...tunehotelpun ada...selalu-selalulah check website. Ada kala lebih murah dari tiket bas ;)

ztie said...

tempat saya! ehehe... thanks coz review pasal kuching. Satu lagi mee.. Pernah rasa mee belacan tak? Sedap gak tu...

cIk JanNah said...

best nye!
dalam msia smua negeri dah pergi kecuali sarawak! bila la saya nak smpai. mgkin tgu mmber baik saya dari sarawak kawen baru kesempatan ke sana

:)

anyss said...

ztie: Tak pernah dengar me belacan sebelum ni.

nasi goreng (something di hujung namanya, saya dah lupa. sejenis buah dimasukkan dan buah itu kaler hitam. Saya betul2 dah lupa nama nasi goreng tu...) juga sangat sedap. Tak jumpa kat tempat lain.

anyss said...

Cik Jannah: pergi Kuching, tak rugi tau. Kalau pergi 2-3 hari, round bandaraya tu sampai lunyai kaki. Jangan lupa pi gunung santubong...cantik sangat pada waktu pagi ------> cara promot tu ada gaya macam orang sarawak tak jadi tak?

Falina said...

mee belacan mmg ada..mmg sedap..lain dr lain..kuah dia dr belacan, tapi tak la masin sgt rasanya. blh la sebaris mcm laksa swak cuma dia tak se'pemos' (kata org swak)mcm laksa swak dan mee kolok.

kalau pasal nasi goreng yg ada buah yh khitaman warnanya..tu nasi goreng dabai..buah dabai tu dimasinkan supaya tahan lama. biasanya buah dabai musim dia tak pjg..boleh tahan harganya ikut grade