Friday, October 1

Melayu. Materialistik?

Malam tu aku seronok. Dah lama tak pakai kain pelekat dengan baju Melayu untuk pergi ke masjid.  Terasa akan freedomnya...ahaks!
Yelah, tak pergi masjid selalu tu satu hal, nak pakai kain pelekat lain pulak jadinya. Bukan apa, tapi kain pelekat walaupun teramat selesa dan simple, tak berapa sesuailah dengan cuaca dingin dekat benua Eropah. Jadi, kalau pegi masjid pun takdelah memakai kain pelekat.
Tapi, kali ni (lebih setahun dulu sekarang ni) aku di tanahair tercinta tengah bersiap untuk ke masjid yang hanya 5 minit jauhnya dari rumah mak bapak aku. Keluar rumah, turun bukit sikit pastu naik bukit sikit, sampailah ke masjid kawasan rumah aku. Seronok rasanya dapat berjalan dengan bapak aku dan adik beradik aku ke masjid. Teringat zaman muda mudi, lepas sembahyang Isya’ aje cabut main Polis Sentri dengan kawan-kawan. Elok nak masuk witir je berlari masuk balik, dengan peluh yang masih mengalir tak berhenti-henti. Nasib baik pak cik-pak cik yang sembahyang kat belakang time tu semua yang rock-rock belaka. Bukan jenis mat report...
Tak sampai sekangkang kera kami berjalan, terdengar bunyi deruman enjin kereta bergerak perlahan dari belakang. Teringat aku cerita Jangan Pandang Belakang tapi bila difikirkan, time tu bulan puasa, momok, pochong dan segala jenis pelesit dah kene ikat jadi, aku dengan beraninya mengalihkan pandangan ke arah bunyi enjin tadi.....


Sebuah Mercedes-Benz yang agak baru rupanya. Perlahan-lahan tingkap tinted belah driver diturunkan menambahkan suasana suspense malam tu. Gangsta mana pulak tersesat ni...?

Semaikom! Yang korang semua nie dok jalan kaki nie buat apa?
Laaa...Haji Mat (nama sebenar dirahsiakan) rupanya.  Tergamam kejap kami tiga-empat beranak. Apa punya soalan pulak ni...?

Apalah jalan kaki, macam Indon!
OK. Takpelah...
Vrooommm...Haji Mat menekan minyak keretanya. Tak sampai dua minit, ternampak lampu third brake light keretanya menyala dan sejurus lepas tu terpadam. Nampak gaya, Haji Mat jiran rumah sebelah kami pun nak ke masjid jugak. 5 minit jalan kaki pun nak bawak kereta ke?
Takpelah, mungkin dia ada sebab tersendiri. Terseliuh kaki ke, sakit belakang ke, ada bisol kat tapak kaki ke, itu sebab musabab dia sendiri. Itu keputusan dia. TAPI kenapa dia nak kene pandang rendah dekat golongan pejalan kaki? Apa yang pelik sangat berjalan kaki? Apa, tak standard ke berjalan kaki?
Betol, itu sikap Haji Mat yang seorang ni. Orang lain tak macam tu kan? Kan?
Tak.
Malangnya, ramai sangat orang Melayu yang bersikap macam nie. Nampak orang kurang sikit, mulalah memandang rendah, memandang senget dan mempertikaikan nilai seseorang tu.
Selalu sangat kita dengar...

Eh, betol ke si Apis tu Doktor? Dia bawak Nissan Bluebird buruk je...entah-entah tak pass exam kot masa kat obersea dulu tak...?
Sedangkan si Apis tu dah jadi Doktor Pakar yang gaji bulanan dia dah masuk 5-6 angka sebulan. Dia tak minat kereta lagipun dari dia beli kereta mahal-mahal, baik dia gunakan duit dia untuk menolong adik-beradik dia yang masih belajar dan menyimpan duitnya saja.

Eh, ye ke si Minah tu Engineer? Aku tengok rumah dia kosong aje. TV pun TV lama. Entah-entah dia pomen aje tak...?
Tak. Minah bukan pomen. Kot iye pun dia pomen, apa salahnya? Rezeki halal jugak. Minah memang seorang engineer tapi, dia tengah kumpul duit untuk beli rumah baru. Lagipun Minah tak suka rumah penuh dengan barang banyak-banyak. Minimalist orangnya. Nampak semak katanya.

Si Bob tu kata dia Manager kat tempat keje dia? Aku rasa dia kelentonglah. Takat piun aje dia tu. Kalau Manager, takkan dia bawak motor aje...
Bob sebenarnya penggemar motor. Dia akan carik apa jua alasan untuk menunggang motor kesayangan dia termasuk untuk pergi balik kerja hari-hari. Yelah, buat apa duduk dalam kereta menghadap traffic jam berejam bila aku boleh sampai rumah dalam setengah jam kalau aku naik motor?
Bak kata pepatah omputih...Don’t judge a book by its cover. Tapi, orang Melayu kita, nak-nak zaman sekarang nie suka sangat memandang cover aje dan cepat aje buat konklusi pasal kehidupan orang lain.
Apa perasaan anda bila menghadapi situasi macam nie? Aku tak tanya pernah ke tidak, pasal aku rasa semua orang pernah melalui diskriminasi materialistik macam nie. Apakah yang kita patut buat? Macam mana kita nak ubah sikap yang macam nie?
~Tamat sudah setakat ini~

Walaupun namanya macam biskut Chipsmore tetapi, Chip (nama manja) sebenarnya adalah seorang Melayu tulen. Ketulenannya mungkin dapat dipertikaikan (tulen bang...) kerana dia selalu sangat menulis dalam bahasa Omputih di blognya sendiri, Hikayat Skuter Hijau...
     

19 comments:

r.k said...

buat relax je , lazimnya mereka yang melenting balik dan berjuang bagai nak rak tentang diri mereka tu lah yang lebih membuatkan orang melihat wang sebagai agenda utama . Kalau buat taktau , lama-lama mesti tak jadi isu ..

chenta said...

apa perasaan bila hadapi situasi mcm ni?

confirm la bengang..tp sabar je la.tuhan lbh mengetahui segalanya..

Chip said...

@r.k.: Bagus nasihat tu. Memang ikut teori, lelama tak jadi isu tapi yang aku pelik kenapa orang Melayu-Islam yang suka sangat buat perangai gini? Aku tengok Mat Salleh rileks je. Boss aku pegi balik keje naik bas pun takde sorang pun heran...

Chip said...

@chenta: Hahaha..tulah kengkadang tu bengang gak kan?

Kira, banyak lagilah orang perangai gini ke, limited kat golongan tetua aje?

nur.sa said...

muda tua sama aje. pandangan yang tak boleh blah. suka judge orang negatif padahal kebenaran nya tuan diri aje yg tahu. aiya..aiya..

MuJE said...

yang paling penting, kita tahu apa yang kita buat. Orang lain nak komen macam2 wakluuuuuuuu laa...

humbleyat said...

memang ramai yang berpandangan sempit mcm tu, hmm..tak taulah nak kata apa melainkan satu hari nnti mereka kan lebih berfikiran terbuka.jgnla materialistik sgt..isy..tak sukanya

tp klu gi masjid naik kereta mewah apa salahnya, membuktikan bhwa umat islam sentiasa maju ke hadapan, tapi kalu setkat nak menunjuk, batalkan sahaja niat tu..

kusut said...

nak kata semua melayu macam tu agak tak betul lah. tapi aku paham apa maksud entry ni. selalu sangat

aku rase malay community ni generally are quite easily amused dgn pangkat n kedudukan. yg tak bagus nye mcm yg Chip cakap lah.. tapi ade bagus dia jugak la sebab kat situ kita secara tak sengaja instils a form of discipline dlm diri kite.

anyway,
although 'never judge a book by it's cover'.. but to other proverb does say 'clothes make the man'

Kazaztan Team said...

rasa ye selagi mnausia dikuasai oleh nafsu smpi bila2 pun maslah materilistik ada...tp pd kite yg terkena keadaan mcm tu..cara terbaik diam kan aje..tak perlu nak persoalkan..tak perlu diberdebatkan...tuhan menguji manusia dgn pelbagai cara... mungkin haji mat di uji dgn harta benda...& anda yg berjalan kaki pula di uji dgn kate-kate mcm tu...

Danial Ikhwan Jaafar said...

im feeling u bro. aku rasa kalau aku taknak beli kereta dan cuma nak guna public transport nanti ada yang dok cakap,

eh si D ni kenapa tak beli kereta? bukan ke dulu dapat biasiswa? tak cukup duit ke sebab enjoy je?

contohla. dan kalau kat luar negara memang relaks je naik bas gi kerja. hatta gaji 5 angka pon relaks je.

Chip said...

@nur.sa: Laaa...yang muda pun gitu jugak ke? Ingatkan dah zaman serba baru nie, orang dah start tukar attitude dah. Nak camaner kan?

Chip said...

@MuJe: Tulah...kalo boleh, nak aje aku "waklu"kan diorang nie tapi masalahnya, orang-orang macamnie salunye antara orang-orang yang kira dekat jugaklah dengan kita...

Chip said...

@humbleyat: Angle yang menarik tu - bukti Islam makin maju. Tapi, sorry to say dalam kes Haji Mat nie, lebih pada malas dari buat kerna agama.

Oppss...sapalah aku pulak untuk judge apa yang dia buat...hehehe

Chip said...

@kusut: Ini macam kita bole bukak peraduan berbalas proverb. Keep them coming yea!

Aku setuju jugak dengan proverb yang kau cakap tu. Problem aku ialah proverb tu yang patutnya jadi the final 5%-10% dah jadi lebih 50% kepentingannya pada orang kita. "Clothes" dah lagi penting dari "the Man" himself.

Chip said...

@Kazaztan Team: Ha'ah lah kan? Dugaan. Sesamalah kita berdoa dapat atasi dugaan masing-masing. Kalau kita nie tak kuat, takdenya Tuhan nak uji kita. Aku akan try ingat nasihat ni...

Chip said...

@Danial: Hahaha...kalau orang nak kata, ada aje angle dia. Student pun bole di buat bahan mengata

Miss Kira said...

so.. don't judge the book by its cover..

huhuhu

kusut said...

hehe sebab tu aku suka dunia internet ni. orang tak nampak fizikal n tak pandah rendah org lain based on dressing semata2

@Chip those proverbs aku rase are meant to be used when suitable. bukan dlm semua situasi. memang don't judge a book by its cover.. sebab assumption tu memang musuh; tapi jugak clothes make the man sebab kita kene jaga dignity diri

CikGadis said...

org melayu memang suka memang rendah kaum sndiri.. tue yang sedey tue