Wednesday, October 20

Meditasi : Mencari Tuhan

salam peeps.

oh lupa. jawapan untuk teka-teki ialah: waktu muda, lelaki rabun jauh kerana bila tidak memakai cermin mata, mereka akan nampak makwe mereka saja di depan mata dan tak nampak awek lain yang lalu-lalang. bila sudah tua, rabun mereka dekat kerana boleh cuci mata tengok awek muda yang lalu-lalang instead of tengok muka wife di depan mata.

okey. wah wah. Clarky menulis dengan serius kali ini. tiada selingan tentang Mr. D, Sarah mahupun Nissan Skyline GTR titanium exterior with grey leather interior itu.

eh apa ni! sambung balik. 

meditasi yang aku ingin ceritakan di sini tiada kaitan dengan yoga. ia merupakan meditasi Islamik yang aku pernah cuba. marilah kita kelik READ MORE untuk mengetahui lebih lanjut.




kenapa kita perlukan meditasi? untuk ketenangan. memanglah kita katakan bahawa solat beri ketenangan tapi adakah kita cukup khusyuk dalam solat untuk dapatkan ketenangan itu? meditasi ini membantu melatih diri kita untuk khusyuk dalam solat juga. ia juga salah satu cara untuk kita dekatkan diri dengan Allah, berkomunikasi denganNya tanpa had formaliti.

penjelasan saintifik?

kita ada 4 jenis gelombang otak.
minda kita yang berfikir, yang beraktiviti, stress dan 80% negatif berada pada gelombang Beta. manakala pada Alpha, kita sedang berehat, berlibur, dan tenang. seterusnya gelombang Theta boleh didapati ketika kita tidur-tidur ayam atau cat nap, dan Delta adalah apabila kita tidur mati dan tidak bermimpi.

konsepnya: semakin rendah gelombang, semakin tinggi tenaga. maknanya tenaga tertinggi adalah apabila minda kita berada pada gelombang Delta. pada waktu begini, hubungan kita dan Allah semakin mudah.

bagaimana?

senang saja. caranya, duduk di kerusi yang selesa dan sandarkan tubuh. letakkan tapak tangan kanan ke dada kiri, tepat di jantung. pejam mata dan mula bernafas. tarik nafas....dan hembus. ketika hembus itu, sebutlah Subhanallah. buat sehingga betul-betul minda kamu kosong.

waktu meditasi, mengadulah dengan Allah tentang segalanya. mintalah apa saja yang kamu suka. jujur denganNya tentang rasa kamu, adakah kamu kecewa, sedih, pedih? jika kamu gembira beritahu kenapa. minta dengan terperinci apa yang kamu mahu, contohnya kamu mahu bercinta dengan lelaki bernama Darius, berwajah Iqram Dinzly, yang merupakan anak Datuk dan amat penyanyang.

sebelum habiskan meditasi, ucaplah terima kasih kepada Allah kerana sudi mendengar rintihan dan permintaan kita.sebelum buka mata, gosokkan kedua tapak tangan dan usap ke muka mula dari dagu dan naik ke dahi. perlahan-lahan, buka mata kamu.

buat selama 10 minit pada waktu pagi, atau setakat tumpuan kamu mampu. jika kurang dari 10 minit, ulang pada sesi-sesi yang lain sehingga capai 10 minit. jangan lebih. oh ya, jauhkan gajet elektronik serta jam tangan anda kerana meditasi ini boleh merosakkan barang-barang tersebut.

selamat mencuba!

6 comments:

kusut said...

good post lah clarky.

aku rasa apa2 form of meditasi ni (termasuk solat) sangat bagus sebab ajar kita satu form of discipline, self-restraint and paling penting, reti nak fokus.

aku perasan ramai anak mat salleh (ramai yg dah tak pecaya tuhan), diorang ni mcm tak reti nak fokus and tak reti duk diam

Clarky Afif said...

anak Melayu pun dah ramai macam ni, kusut. kalau takde pegangan, mmg kita tgk diorg ni akan jadi liar dan 'loud'.

koshary said...

clarky, good point!

kan senang nak tenangkan fikiran,
alter brain wave dari stress and all.

ni siap develop iphone app untuk induce brain wave susah susah. takut jugak sebenarnya bila induce artificial wave and hoping kita nyer brain akan sync dgn wave tuhh.

solat and zikir option terbaik.

nur.sa said...

nak try ni.tp mungkin susah sikit awal2 utk saya sebab sukar nak fokus. huhu.

eh, maksud kat sini mengadu dalam hati kan..?bicara hati ke hati dengan Dia?

Clarky Afif said...

koshary: tq,betul.mungkin salah satu cara utk illuminati nak kuasai otak kita. hihi tak habis2 ngan illuminati.

nur.sa: tak perlu fokus, cuma perlu kosongkan minda dan rileks. fokus cuma akan naikkan gelombang otak ke Beta.

Fina Sophie said...

entri yang bagus clarky, thanks! sesuailah apply dekat saya ni.. (- -")