Wednesday, October 13

.MATI.

Salam Alaik!
Ape khabar semua? 
Camne dgn kehidupan seharian & amalan korg setakat ni?
More to dunia ke akhirat ke?or seimbang?

Post yg lepas aku buat sal kahwin kan?
Kali ni aku buat post yg ade input plak..
Asyik pasal dunia je kan..
sape nak buat pasal akhirat kalau cmtu?
Meh bace meh:)


Saban hari,kite selalu je dgr ada org meninggal kan?even kawan2 yg baru sebaya dgn 
kite pun de yg meninggal...
baru je sembang2 dgn dy,lepak2 dgn dy..tup2..dah meninggal.

Ade je org cakap cmni:

"Eh,Samdol yg meninggal?Bukan ke dia muda lagi?"

"Relax lah beb..kita muda lagi,dah tua nanti masjid tu lah rumah pertama gua nanti."


Semua org tau,kematian tu tak mengira usia dan waktu.
Tapi kita sering je buat dose kan.
Kite semua tau,tak alert.
Oh manusia!

TAHUKAH KITA?


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:




“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.


Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”


"Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. "


1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

So,kite haruslah sentiasa mengingati mati. 
Bukan setakat ingat je,kite kenalah mnyediakan 
persiapan utk berangkat ke sana.

Alah,macam nak gi berkelah or memancing..
mesti nak kena sediakan alat2 n bahan2 kan sebelum 
nak pergi kan.

TAPI

Bezanya,tempat yg kita nak gi ni adalah 
alam yg hakiki n kekal 
utk selamanya.
Lagi satu perbezaan,tempat yg kita bakal tujui ni,
tak ditetapkan masa.
Bila2 je kite akan dihantar ke sana.
Kite mestilah xnak pergi tanpa ade 
persediaan n tanpe bawa ape2 kan?
So,kite mestilah kena sediakan persiapan yg lagi 
banyak n kukuh mulai dari skrg.


Ustazah aku pernah cakap,kalau kadang2,
bila kita duduk sorang2,hati tetibe rase sebak pastu cam nak nangis..
tu maknanya,iman kita sedang menangis..
Kalau korg pernah rase cmtu,cepatlah2 bertaubat.
Wallahu'alam~



P/s: Sentiasalah kite tajdid(perbaharui) niat n tujuan kita 
semuanya atas niat yg satu iaitu kerana Allah.
P/s: Ini semua utk perngatan diri aku gak:)
P/s: Sori kalau ade kata2 yg mengguris hati dan jantung.


~WSALAM~

5 comments:

nur.sa said...

pernah teringat mati, mesti akan ada rasa takut. sebab lepas mati. tempat seterusnya adalah ditempatkan dalam kubur/tanah. teringat diri ni banyak kekurangan amalan. :(

ASaDa RyutaRo said...

like! =)

mengingati mati akan mendekatkan kita kepada Allah SWT..

nak tahu cmna mengingati mati?

kalau nafsu rasa nak buat maksiat ke, cuba fikir dulu.. kalaulah tengah syok 'berasmaradana'.. time tu maut datang. sempat mengucap tak?

sama2 muhasabah diri :)

hentakbelipat said...

insyaallah...sebak hati pagi2 bacae nih..memang sedar banyak dose pun kn....

cik ain said...

tahukah x korang semua..

orang yg mengingati kematian adalah orang yang berIMAN.

koshary said...

kawan sekolah saya, dia keluar sekolah masa form4, selepas spm, kami dapat berita beliau dah kembali ke Rahmatullah.

Yang mangsa kemalangan highway plus baru baru ni pun bila tengok senarai mangsa ada yang 18, 19, 25 tahun.

Zikrulmaut.
ya, mari usaha tagdid iman kita.