Friday, October 8

Malaysia Memang Tak Sempurna

Memang iklan ni antara yang terbaik pernah aku tengok lah. Gandingan lawak jenakanya memang meninggalkan kesan. Yang paling lawak, yang pasal pengalaman dijajah tu!

Kau nampak tu, dan yang tu. Kau ambik dua tu, kau gandakan seratus!

Hahaha, nak cakap pengalaman kena jajah ni memang menyeksakan sampai guna isteri dan mak isterinya sekali!



Tapi, pengakhiran iklan Merdeka ni, yang video kat atas tu yang paling aku suka. Aku suka ayat yang terakhir tu.

You know aa, Malaysia is not perfect. But with people like you fellas around, I'm glad I call it home man

Lepas tu tak pasal-pasal "Terima kaseeyyy!!" hahaha

Apa pendapat anda tentang negara anda, Malaysia? (aku kira semua orang di blog 100penulis ni rakyat Malaysia hehehe) Memang bagi aku negara ni tak sempurna. Kata negara Islam, tapi kebersihan hancus di kebanyakan tempat. Masalah sosial lebih kurang je dengan negara lain. Buang bayi, bila bulan 5, bulan 9. Yelah, sambutan Hari Kemerdekaan bulan Ogos, dan sambutan Tahun Baru setiap awal Januari. Tolak tambah 9 bulan, lebih kurang dalam waktu tu jugak lah.

Tapi, walau secacat mana sekalipun Malaysia yang aku cinta ni, aku tetap takkan ke mana-mana. Aku berazam nak buat negara ni tempat yang best untuk keluargaku pada masa akan datang. Bermula dengan diri sendiri. 

=)





18 comments:

Apis said...

haha.. lawak yg menjadi! huhu..

Azrul Hisham said...

kelakar habis :)

kusut said...

haha best! aku suke org2 yg positive and focus on the good things. yes kite kene realistik tapi aku rase people yg give out positive vibes sangat lah warm

Danial Ikhwan Jaafar said...

Apis, Azrul Hisham,hehehe...lawak, lawak jugak, mesej kena ambik serap terima LOL XP

Kusut, betul, orang yang positif ni biasanya senang didekati, kalau pon die complain sekalipon sedap didengar. Cuma bau kentut tu tetap sama busuk. =P

nurdani said...

hantar ke matahari waktu malam.hahaha

sungguh tak boleh blah tapi memang best la iklan ni.
and i'm proud to be malaysian ;p

.s.o.f.i.a. said...

ha ha......... lawak tapi sweet la..... =)

Mummy Nana said...

Comel jek iklan Adflin nie... mmg betul Malaysia xsempurna. tapi tempat tumpah darah ku jua.... Ada rezki mmg nak balik berbakti kepada negara... Insyaallah...

koshary said...

love this post dude!
kalau ikutkan kita dh mmg kehadapan, toleh belakang sikit dah tahu tahap kita dekat mana. tapi takkan berhenti dekat sini saja kan?

MuJE said...

oh, aku terharu dengan iklan ni! torrbaaeekkk!!!

fndrocka said...

Proud to be malaysian..of course

Danial Ikhwan Jaafar said...

ye nurdani dan fndrocka! proud to be malaysians! jadi jangan jatuhkan nama malaysia walaupun dengan perbuatan yang nampak kecik - buang sampah contohnya =)

s.o.f.i.a, sweet eh? tapi memang lawakkan.

Mummy Nana, good to know that. looking forward to welcoming brilliant malaysians working abroad. ;)

koshary, thanks dude. ye, kene maju lagi. bukan dari pembangunan fizikal je, sosial pon sekali. jangan mentaliti masih kelas ketiga. ;)

MuJE, memang torbaek la!! XD

nur.sa said...

negara mana2 pun sama macam manusia jgk. tak ada yang sempurna. tapi, saya tetap bangga jadi rakyat malaysia. kalau bukan kita, sapa lagi yang nak bangga dengan negara sendiri kan.

Chip said...

Malaysia memang tak semporna... jom kita start betolkan mana yang patut. Boleh start kempen kat sini. Pilih topik pastu sebarkan habis-habisan dekat alam siber nie...Amacam?

Danial Ikhwan Jaafar said...

ye, memang kena bangga. disertakan dengan usaha nak majukan negara. bukn hanya pembangunan fizikal, tapi sosial ke mentaliti attitude. heh

Danial Ikhwan Jaafar said...

Bro Chip, alright, jom kita betulkan mana2 yang patut, mula dari diri sendiri. =)

Fina Sophie said...

mulakan dari diri sndiri. suka perkataan tu :) so true. dari sibuk nak betulkan apa yg ada d sekeliling, apa kata, diri sndiri mula dulu, kan? :)

Danial Ikhwan Jaafar said...

ye benar itu fina sophie. =)

CikGadis said...

hahaha. klakar