Wednesday, October 13

makanan dan babi

aku bukak dashboard blog. usha2 entri blog yang aku follow. tetiba aku dirtarik oleh satu entri yang bertajuk 'Mari Dapatkan Babi di Giant' by kak anna.


masa tu aku dah dok pikir dan terbayang: seekor babi yang diikat pada sebatang tiang dalam Giant tu. hahaha!


bila buka je entri tersebut, cerita lain laaa yang diceritakan.. =.='
hampeh pemikiran aku ni kan? :))

ok, balik pada entri akak anna ni. sebenarnya entri tersebut berkisarkan tentang bahan masakan yang terang2 terkandung babi, diletakkan pada rak makanan halal! mai kome, usha sini untuk  baca kisah beliau tu.
thanks to kak anna.. :)

walaupun kita duduk Malaysia, yang terang2 dilabel sebagai negara Islam, tapi dalam bab2 ni kita tak boleh terlepas pandang jugak.

sekarang kalau nak beli bahan2 makanan je, MESTI check, ada logo halal atau tak? MESTI check, bahan2 yang terkandung dalam makanan tersebut, diragui atau tak, etc.

kadang2, ada jugak makanan yang terang2 ada logi halal, tapi bila check kandungan makanan tersebut, sah terdapat babi. jadi, kat sini, siapa yang jadi mangsa? kita juga kan? so, kena ALERT lah.

so far yang aku tau, yang aku dapat info, makanan kesihatan corn-flakes dari brand kellogg's diragui halalnya, even ada logo halal! hmm..ntahlah.. nak percaya atau tak. tapi kalau dah masuk bab2 halal haram dari segi makanan ni, aku taknak ambik risiko, so ban aje.

pada kaurang2 yang ada info tentang isu ni harap share juga ok? :)

hanys: rasa macam duduk oversea pulak, tapi kat oversea pon susah ke nak cari halal foods?

8 comments:

nabilah_2908 said...

betul tu...

sekarang ni...nk makan apa pun kena cek dulu...dh rasa tk selamat dh..kena sentiasa berhati2..

Fina Sophie said...

tiba2 rasa mcm.. eh negeri sbh ni ngri islam ke tak eyh T___T sbb everytime shopping beli brg2 dapur, bnda wajib dan utama adalah teliti brg2 yg nak dibeli smda itu bnda halal or tak. kalau malas sgt, beli je bnda yang biasa dibeli, sebab dah yakin halal haram dia. but selagi kita berhati2, it wont be a problem kot.. sensitif sangatlah rakyat malaysia ni.. ;)

jdlah rakyat yg berdikari dan pengguna yang bijak :)

Fynn said...

isu halal haram ni mmg,totally susah nowadays,
bukan takat sebab encik babi ni je,
byk lg fast foods, and etc yg tak de sijil halal,
tp mcm ade,
kejap dpt bite yg dh kena tarek lak.
conclusion,masak sendiri jelah~~~

nur.sa said...

kena bijak, waktu membeli barang, kena chechk ingredients, dan tahu coding yg berkaitan.

mahu yang halal,pun kena berusaha walaupun duduk di negara yg majoriti rakyatnya Islam..

.s.o.f.i.a. said...

adoyai!!! makan coklat, kata tak halal...... makan eskrem pun tak halal....... makan burger pun diragui halal...... minum air kotakpun dikata minum benda tak halal....... apa aku nak makan, nak minum ek?????

JAKIM pun buat la kerja betoi2...... dah berzaman dok telan benda tu tetiba kuar info benda tu haram walau ada sijil halal... cemana tu??? =(

kusut said...

aku rase yg cause problem maybe some companies tak paham apa tu halal and camne nk dapatkan proper halal certification. sebab tu jadik konfius.

kita ada jabatan agama, and elok la kita percaya kat diorang. suspicion tu kata lain dia ragu2 atau was2. keje syaitan tu. mungkin ade la yg terlepas tapi bukan ke diorang tu terdiri drpd manusia jugak? and manusia takleh lari dr buat silap

takut takpe.. jangan paranoid

[z@ck] said...

yang duduk oversea ni lagi selalu kena aware bila beli barang makanan.time kat Msia aku jarang nk check label sebab boleh dikatakan most of makanan diyakini halal.tapi bila duduk oversea ni, jadi macam tukang check quality pula.dibelek2 label tu satu persatu.baca kandungan semata.memang dah expert dah pasal kandungan yang halal or tak ni..hehe

in a good way, it makes us better consumer.bukan main ambil je tapi baca dulu sebelum beli =)

Att Ashburn said...

setuju dgnn zack.
betul2. ada kes termakan bacon siap sbb tak perasan label, padahal itu coklat.
hati2 la ye