Wednesday, October 13

Mahu Berpesan : Jangan Hilang Ikhlas

Menjemput anda datang ke blog saya..

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sihat-sihat saja dan bahagia selalu. kepada yang masih berduka ditimpa musibah semoga sentiasa tabah dan berusaha untuk mengatasi segala dugaan. yeah! senyum selalu..

Sebelum tu nak mintak maaf kepada semua.. kot-kot ada terbuat orang terasa atau apa-apa. kadang tu tak perasan dah mengguris perasaan orang lain dengan perkataan yang ditaip.. heee..

Kali ni hanya mahu berkongsi cerita yang agak best dengan anda semua. cerita ni bukan cerita dongeng atau rekaan. cerita betul punya yang disampaikan turun temurun.. jadi saya pun nak jadi 'penurun' cerita ni. saya pernah bercerita tentang kisah ni kat blog sendiri dulu, tapi mahu kongsi jugak bercerita di sini. hehe..

Dikisahkan bahawa seorang Abid(ahli ibadah) Bani Israil telah didatangi oleh kaumnya yang mengadu tentang perbuatan segelintir manusia mensyirikkan Allah dengan menyembah pokok. si Abid menjadi amat marah dengan aduan itu lantas mengambil kapak untuk menebang pokok sembahan tersebut.

Dalam perjalanan ke pokok sembahan itu, beliau didatangi oleh iblis laknatullah. Iblis bertanya akan tujuan beliau, lalu berkatalah si Abid, "Aku hendak menebang pokok yang menjadi sembahan manusia."

iblis membentak, "aku tidak akan sekali-kali membiarkan engkau menebangnya!"

Maka terjadilah pergelutan antara iblis dan si Abid. dengan mudahnya si Abid dapat menjatuhkan iblis ke tanah. namun iblis tidak patah semangat lalu terus memberi tawaran kepada si Abid.

"Engkau adalah orang yang fakir dan tidak punya harta. jika engkau tidak menebang pokok tersebut, aku akan memberimu 2 Dinar pada setiap hari." si Abid bersetuju dengan tawaran itu lalu pulang ke rumahnya.

Pada hari pertama si Abid mendapat wang 2 Dinar seperti yang dijanjikan. begitu juga pada hari kedua. namun, pada hari ketiga wang 2 Dinar tidak lagi ditemukan. dengan marahnya si Abid mengambil kapak lalu berkata, "Aku mesti menebang pokok itu!".

Sebelum sampai ke pokok sembahan, iblis datang menghalang si Abid daripada meneruskan niatnya. maka berlakulah pergelutan di antara mereka. kali ini iblis menang dan dapat menjatuhkan si Abid ke atas tanah.

Si Abid kehairanan, "bagaimana engkau boleh mengalahkan aku sedangkan beberapa hari yang lepas aku dapat mengalahkan engkau dengan mudah?"

Lalu iblis menjawab, "Pada ketika itu engkau marah kerana Allah dan ikhlas mengharapkan keredhaan-Nya. maka Allah memberi kemenangan kepadamu. namun pada kali ini, kemarahanmu bukanlah kerana Allah, tetapi kerana wang 2 Dinar. maka aku berjaya mengalahkanmu."

Apakah maksud ikhlas?
Ikhlas ialah perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seorang muslim semata-mata dengan niat mengharapkan keredhaan Allah. bukan kerana riak(menunjuk-nunjuk) atau untuk mendapat sanjungan dan pujian makhluk.
Sama-sama kita pupuk dalam diri, semoga sifat ikhlas ni sebati dalam diri kita. yeah! satu ungkapan yang menjelaskan perbuatan ni, "ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di kegelapan malam."

Jangan plak ada yang ikhlas buat benda aniaya orang! adeh.. sama-sama beringat dan ikhlaskan diri dalam beramal. bukan beramal je, dalam hubungan sesama manusia pun kena ada sifat ikhlas ni gak. =)


nota kaki :
cerita ni ditaip mengikut olahan ayat sendiri tapi tak mengubah jalan cerita. mybe ada yang pernah terbaca kat mana-mana sebelum ni dan nampak lain ayatnya. hehe..

Blog saya sudah ada header baru. apa komen anda? komen biar ikhlas.. ngeeee ;P

5 comments:

Kimmy Ai said...

yea! dah baca entry ni dari blog asada! hehe.. ;D

p/s : next entry buat la pulak pasal jalan2 sekitar egypt.. nak buat list melancong dalam buku 555 neh.. XD

[z@ck] said...

weyh..agak2 nk pi melancong kat egypt pakai duit byk tak?hehehe

r.k said...

kisah ni bagi kat kanak-kanak memang bagus , dorang senang ingat ..

ghua pun dapat cerita ni masa kanak-kanak , sampai sekarang lekat .

nur.sa said...

yea, tahu kisah ni.

ikhlas, teringat dalam cerita indon, kiamat sudah dekat. sampai pergi menuntut ilmu ikhlas.. :) susahnya mahu belajar ikhlas.

Fina Sophie said...

read ur latest entri. sejuk ja mata. bestnya jd one of 100penulis ni. kehkehkeh