Thursday, October 21

Lucu Kan????


lucu kan, rm 20 yang kita sedekahkan kepada masjid terasa amat besar tetapi tak terasa apa2 bila kita belanja di pasar.

lucu kan, betapa sukarnya mengeluarkan perkataan untuk mengeluarkan beberapa perkataan mengajak kawan ke arah kebaikan,tetapi amat mudah menyebarkan dan mempercayai gosip.


lucu kan,bila kita rasa amat lama berzikir selama setengah jam,tetapi kita merasa amat sekejap menyaksikan perlawanan bola sepak selama sejam setengah..

lucu kan,kita naik semangat bila ade tambahan masa dalam perlawanan bola sepak,tetapi kita merungut bila sembahyang terawih panjang sedikit dari biasa.

lucu kan,berat untuk membaca satu juzuk al-Quran,tetapi dengan mudahnya kita membaca seratus muka surat novel kegemaran kita.

lucu kan,kita merebut mendapatkan tempat duduk di depan dalam perlawanan bola sepak atau konsert,tetapi kita selesa berada di saf belakang solat jemaah supaya kita senang keluar nanti.

lucu kan, bila berita gosip hiburan cepatnya tersebar di media massa dan elektronik,tetapi apabila kita sampaikan satu dua ayat Allah, ramai yang keberatan untuk berkongsi maklumat.

lucu kan, semua orang ingin pergi ke syurgaa, tetapi tidak beriman serta berusaha ke arah itu..

***
LUCU KAN??, tergelakkah anda? berfikirkah anda? sekadar ingatanku kepada muslim & muslimat sekalian..saya hanya insan biasa...

8 comments:

d_tieah said...

Nice sharing..
Manusia selalu lupa..
Hehe..
Ingatan buat diri sendiri jugak.. :)

Miss Kira said...

nice sharing.. xD

nur.sa said...

lucu kan,berat untuk membaca satu juzuk al-Quran,tetapi dengan mudahnya kita membaca seratus muka surat novel kegemaran kita.<--- dushh. toink. toink. kena kat saya. tapi terima kasih mengingatkan.

aYaz said...

astaghfirullah....
muhasabah..
sama2 mgingatkan antara 1 sm lain..

nas said...

dtieah- taw xper...as manusia biase slalu je terlupa..same ngan aku!

nas said...

miss kira- thenks :)

nas said...

nur.sa-
same la ngan aku..on9 berjam2 boleh..sembahyang kat surau sat xleh...insaf2..

nas said...

ayaz- taw xper....hu3.....thx 4 reading :)