Friday, October 29

Lauk Cinta Kita


Aku tengah baca nota Organologam.
Tiba-tiba telefon genggam aku berbunyi.

"Zara, apa khabar kau sayang?"

Kawan lama aku di matrikulasi.
Selalu habiskan masa bersama - sama.
Dia tanya aku dah makan tengah hari ke belum.
Soalan popular dia terhadap aku.

"Tak, malas aku nak makan. Aku makan biskut aprikot je. Aku tak jumpa lauk cinta pun.",
aku balas SMS dia.
Laju.

"Benci la aku. Kau ingat lagi ya?...", dia balas dengan nada merajuk.

"Mesti la aku ingat. Aku mesti ingat sampai mati."

Selepas itu, perbualan kami berlanjutan disebabkan dia membuat panggilan istimewa
buat aku. Dia panggil istimewa, jadi aku cuma gunakan istilah itu semula.

Takkan la aku lupa kawan aku yang seorang ni.

Pernah korang dengar lauk cinta?

Masa kitorang di matrikulasi, ada satu hari tu, kitorang pergi cafe bersama-sama.
Macam biasa, ambil lauk, ambil nasi, pergi bayar.
Sampai di kaunter, aku bayar untuk makanan aku.
Dia punya belum siap lagi.
Lama benar belek lauk-lauk.

"Pakcik, lauk cinta ni takde masak lain ke? Asyik goreng je."

Aku toleh belakang.
Eh, budak Aii yang cakap dengan pakcik cafe.

Pakcik cafe : Lauk cinta? Lauk apa pula?
Aii : Lauk ni pakcik.
Aku : Lauk apa kau kata Aii?
Pakcik cafe : Ni hati ayam la dik.
Aii : Saya panggil cinta. Hati kan ada kaitan dengan cinta.
Aku : Jangan la panggil camtu kat sini.
Pakcik cafe : (gelak gila) Nanti esok pakcik masak lauk cinta kamu ni pedas ya dik?
Lauk kahwin ada ke?
Aii : (malu)

12 comments:

Miss Kira said...

hahahaha..lauk CINTA...

ztie said...

cantik ah lauk cinta. mana dpt idea? ehehe...

tak letak kat atas sikit ke?

ila-ali said...

lauk cinta?? so sweeet!

kusut said...

eheh lauk cinta pasal ada hati.. ironi sungguh sebab tujuan beli tu nak makan hati

izfanora said...

huhu.. klu sebut cinta, terbayang warna merah, pink.. huhu..

nie hati ayam.. :)

humbleyat said...

bez jugak guna term lauk cinta tu..;)

teringat adik2 sy yg wat nakal,
"hari ni makan haiwan apa plak yerkk..?"

nampak kejam jer..padahal hakikat lauk ayam, ikan dll tu semuanya haiwan kan?huhuhu

Amni said...

lepas ni g mana2 kalau nak makan hati ayam, bagitau nak lauk CINTA... kebetulan cik abang suka makan lauk CINTa...lalalalalal.... hehe

Q said...

tak baik makan lauk cinta banyak-banyak tau. hahah

nur.sa said...

hati=cinta, haha. suka hati goreng. sedap.

Kimmy Ai said...

hehehe.. saya tak makan lauk CINTA. isk3~

Fina Sophie said...

gelak baca komen humbleyat XD

okey. belum makan bolehla panggil lauk cinta. kalau dah makan, mcmna?

"ai, makan hati ke dikkk???"

XD

CikGadis said...

hati goreng = cinta goreng.
kalo jantung goreng?