Friday, October 29

Lagu Saduran dalam Industri Hiburan

Dah banyak entri saya sebelum ini terlihat berat, ilmiah dan terlalu memaksa anda untuk serius. Jadinya, kali ini entri saya sangat santai. Memberi peluang kepada anda berhibur sambil berfikir dan menilai.

Sangat sering kita temukan hasil seni yang seakan-akan sama, terutama dalam penulisan kreatif. Paling mudah dikesan adalah dalam bentuk lagu dan musik. Sejak era 70-an lagi, Syarifah Aini pernah dendangkan lagu yang alunan muziknya sama seperti lagu 'Seasons In The Sun'. Lagu yang berjudul Cahaya Keinsafan merupakan lagu saduran dengan seni kata ditulis Ismail Haron. Jadi, apa kata kalau kita nikmati lagu-lagu ini dalam versi yang berbeza;

The Beach Boys- Seasons in the Sun





Pada tahun 1974 penyanyi Terry Jacks telah menjulang lagu Seasons In The Sun ke puncak carta lagu.

Terry Jacks - Seasons In The Sun (1974)



Lagu itu ada dinyanyikan semula oleh kumpulan Westlife.

Westlife-Seasons In The Sun (Studio Version)


Di Malaysia, syarifah Aini berjaya melagukan dengan lenggok yang indah.

Sharifah Aini - Cahaya Keinsafan (1974)



Itu belum lagi saya cari versinya dalam irama dikir barat.

Ramai mengatakan lagu sheila on 7, “anugerah terindah” mengutip karya cat stevens yang berjudul “father & son”. Banyak lagu popular di Malaysia juga merupakan salinan lagu-lagu asing dalam bahasa asing juga. Kita tidak pasti adakah mereka mendapat kebenaran hak cipta dari penulis dan penerbit asal untuk melakukan saduran berkenaan.

Sebuah filem Hindi berjudul Tinak Tin Tana telah mencetuskan kontroversi hebat apabila mengambil melodinya daripada melodi lagu “Yang Sedang-Sedang Saja” dihasilkan penyanyi dangdut Malaysia, Iwan. Iwan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah muzik filem berkenaan, Sanjeev-Darshan kerana plagiat. Beliau memenangi kes ini dengan dibayar sebanyak RM1 juta.

Apa kata anda hayati lagu paling mahal harganya dalam sejarah industri negara kita ini seperti di bawah;

Asal: Yang Sedang Sedang Saja Ciptaan dan nyanyian Iwan



Plagiat: Tinak Tin Tana dari Filem Man



Bila dah wujud dalam bahasa Hindi, akan dialihbahasakan ke dalam beberapa bahasa yang lain. Namapun benua India, sangat luas. Macam-macam bahasa ada. Mmmm teringin nak dengar kalau-kalau ada dalam bahasa Malayalam.

Kache Tui Aina (Indian Bangla song)



Sebenarnya, sangat banyak lagu-lagu berbentuk saduran, ciplak dan alih bahasa boleh ditemui kini. Barangkali, penciplak atau penyadur lepas tidak pernah menyangka bahawa kegiatan mereka ini akan sangat muah dikesan akhirnya. Kemajuan dalam bidang teknologi menjadikan dunia semakin sempit tanpa batas sempadan lagi. Kiranya anda mahu menyadur mana-mana hasil seni, pastikan anda menggunakan saluran yang betul. Hazami melalui lagunya Sonata Musim Salju mengatakan bahawa dia menyadur lagu tema untuk telenovela Winter Sonata (Korea) menggunakan saluran yang betul. maksudnya mendapat izin.

Asal: OST Winter Sonata



Saduran: Hazami - Sonata Musim Salju



Bezakan kedua-dua lagu berikut. Anda cuba teka siapa yang terbitkan album lebih awal. Siapa plagiat siapa? Anda yang tentukan....

I no can do ~ Fabrizio Faniello



Cari Jodoh - Wali Band




Menyadur lagu tidak salah sekiranya "dengan izin". Izin ini melibatkan hakcipta. hakcipta pula berkaitan tentang bayaran dan royalti. apabila memohon izin sebegini, bermakna perlu membayar harta tertentu untuk hakcipta tersebut. Adakah anda pasti yang semua lagu-lagu saduran dalam pelbagai bahasa itu membayar hakcipta seperti sepatutnya?

Sekian, entri berbentuk hiburan kali ini. Selamat berkaraoke ya...

7 comments:

Amni said...

baru tau ni... tau lagu hazami tu je.. sebab minat giler ngan cite winter sonata... hahaha...

minat giler lagu seasons in the son... masa tu westlife bawak... tak tau pon pasal terry jacks sebab memang tak mengikuti sangat industri muzik walaupun minat muzik.. hoho..

nur.sa said...

pergh. kaya la iwan dpt gantirugi rm1juta. Tatau lak dia menang.

anyway, lagu izwan pilus nyanyi lagu mcm cite korea full house tu dpt izin tak?

Fina Sophie said...

ya westlife slalu juga nyanyi balik lagu2 lama. WESTLIFE IS THE BEST! after all these years, westlife tetap pojaan hati ini wakaka

maharam said...

Amni: Ramai yang demam dengan winter sonata...kecuali saya :D

maharam said...

nur.sa: Hak cipta perlu dituntut. Bila menang, banyak manfaat yang dapat termasuk dari sudut ekonomi.

Sebab dah kaya kot Iwan tak buat album lagi ;)

Lagu Izwan Pilus saya tak pasti dapat kebenaran atau tidak

maharam said...

Fina: Semua lagu-lagu tu popular semula bila Westlife nyanyikan semula...lebih rancak dan merdu didengari. Tambah pula penyanyinya boleh tahan kacak

CikGadis said...

kagum lak bila ada jugak lgu mesia yg disadur.. dangdut lak tue =)

Jemput singgah teratak CikGadis : Selamat Hari Raya Haji