Wednesday, October 27

lagu dulu dan lagu sekarang

salam readers:

aku duduk2 sambil online sambil2 dengar radio via handphone. nak harap dengar radio online??
heh! jangan harap! tersengguk-sengguk lagu tu berjalan karang. connection broadband, macam tu lah gayanya, harap sedia maklumlah.

sedang aku dengar lagu2 yang dimainkan kat hotfm tu, tiba2 dj kata "dengarkan lagu Alamak yang dinyanyikan oleh Salam dan Altimet" lebih kurang macam tu lah gayanya dj tu celoteh. (tapi aku rasa macam skema je ayat dj tu kan??hehe)

masa tu aku dah rasa macam, "hah?! Alamak?! oh, ok.."
oh, paham tak apa maksud yang aku rasa tu? maksudnya, aku macam konfius sikit, sikit je ah. sebab tajuk lagu adalah ALAMAK! macam ada yang tak kena pada tajuk lagu tu. ah! relek dulu.. layan lagu tu dulu.. mana tahu best kan?
Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Alamak aku terjatuh dalam perigi
Tiada siapa tahu
Ketakutan ku bersendirian
Check kaki tangan kiri kanan
Semuanya okay tapi
Cuma tak pasti samada kepala okay
Ternampak dua tiga buku di sini

Warnanya berbeza isinya sama
Tajuknya lain cintanya sama
Oh kenapa tak kita bersama

Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
Kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka
Dan bagaimana boleh melarat begini
Ku kata

Alamak
Kau kurang memahami
Jadi kita semua sebut sekali lagi

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
Kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)

Alamak aku terjaga dalam perigi
Ingin ku ceritakan apa ku mimpi tadi
Kelam kabut capai tali terus daki pergi lari
Apabila ku tiba
Ku ceritakan kepada semua
Mereka tak percaya
Dianggap aku berjenaka
Mentang-mentang ku tak berkasut
Hanya disarungkan selipar
Selipar
Oh kenapa tak
Tak kita

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)

(credit lirik lagu to liriklagumuzik)

ok. dah dengar? oh lupa, kalau nak dengar silalah google ye. kat atas ni liriknya aje. hehe

so, apa kaurang rasa?

seriously, aku tak berapa berkenan lagu ni. sebab apa? sebab liriknya mungkin? atau sebab melodinya mungkin? atau kedua-dua sebab tu mungkin for sure! heh~

itu sebab, playlist dalam hp aku banyak lagu2 lama. bukanlah nak kata ketinggalan zaman.. tapi bagi aku, lagu2 lama ni lagi best. lagi berkesan dalam hati, which means, lagu2 yang dimainkan boleh menusuk terus ke jiwa. oh! bukan jiwang ok. lagu rock pon aku layan jugak what. heh heh~

tapi bukanlah semua lagu baru tu tak best, tak menusuk. ada.. even sekarang aku addict dengan lagu Pujaan Malaya dan lagu Kanda Dinda lagi! tapi.. yang lagu2 lama STILL melekap dalam jiwa sampai sekarang. STILL lagi ada banyak permintaan dalam radio. itu sebab wujudnya sinar.fm, right? :)

paling boleh nampak perbezaan lagu dulu and lagu sekarang, adalah lagu2 raya. itu paling menonjol. lagu2 raya sekarang yang dah ditambah irama rap/ hiphop bagai.. aduh, siyes aku tak berkenan.
  
so far itulah pendapat aku tentang lagu dulu and sekarang. nak cakap taip panjang2 karang ada yang menguap pulak kang.. 
nak komen lebih2 atau senang cakap, komen 'pedas2' karang kena saman pulak.. dunia sekarang dunia saman menyaman, harap maklumlah itu ye..
heh heh~ ;p
ok, cau! see u in next entry in 100penulis!
(pssttt..kalau nak lebih, datanglah sini, hee~)

9 comments:

suziesanji said...

lagu dulu memang lagi best la.. kalau karok, suka ngan lagu dulu2 nya...

[z@ck] said...

memang boleh nampak big difference between lagu dulu dan sekarang.periuk belanga pun boleh bagi inspirasi tulis lirik.hahaha

ASaDa RyutaRo said...

sama la.. lebih berminat dengan lagu rock kapak era 80-an dan 90-an..

tak dinafikan ade lagu-lagu sekarang yang best.

mungkin para penulis lagu perlu menumpukan lebih perhatian kepada kualiti lagu daripada kuantiti. buat banyak lagu tapi orang tak sudi nak dengar, tak best jugak kan..

nn said...

lagu lama banyak yang still sedap di dengar. lagu baru banyak yang sekejap je dah muak dengar. maybe penyusunan melodi. maybe penjiwaan lagu. dulu pernah juga tengok interview kat tv. artis lama cakap dulu nak record lagu ambil masa and kos tinggi sebab every rangkap kena record. now, dah boleh main copy paste je part chorus. biasalah, teknologi maju and orang nak save cost and time. thats why lah kot lagu baru tak se best dulu.

DaRa MaNiskU said...

lagu dulu2 mmg bes.
lirik pjg2 tp lbh mndalam mksdnya,ayat yg lbh puitis tp bukan yg simple/bhsa pasar...

lbh prefer lagu lama..

ztie said...

lagu lama best sebab lebih berseni. Sekarang bukan tak berseni. Cuma kurang menyerlah kot

fndrocka said...

Aku suka je lagu baru..sixth sense...butterfingers..spider..faizal tahir..

dya adriza said...

Saya plak jenis x minat yang lama. rasa cm x up 2 date gitu hehe. tp itu saya la, org lain saya nampak cam lebih prefer pd lagu lama..

tapi, lagu lama or baru, saya lbh suka tengok pd liriknya saja. kalau lirik best, melodi hampeh, still sedap didengar. tp kalau melodi best, lirik hancus, so selamat jalan daa..

irama dan lirik memainkan peranan penting sebenarnya. itulah yg menunjukkan kita sama ada berseni atau tak..

Azizul Hakim said...

Lagu Baru pun ada maksudnya bro,,sumaperlu lebih memahami..kalau dah faham pasti tertarik