Wednesday, October 27

Kuatkan Daya Ingatan anda

Gara gara lemah ingatan juga lah membawa padah. Hehehe pasalnya terlupa nak buat asignment 3 yang dah lama diberi. Tapi tulah macam mak marah anak jugak selagi tak kena denda mesti lupa and tak buat sampai bila2.




Anyway, entry yg dulu akak telah janji nak kongsi tips supaya nak kuatkan daya ingatan. Hah, memang banyak rupanya. Selain dari apa yang akak tahu sendiri atas nasihat mak ayah, cikgu cikgu  dan orang orang sekeliling, banyak jugak kita boleh cari sendiri dan baca terutama sekali di internet nie. Jom.


Apa yang kita perlu amal kan dan jauhi untuk mengelakkan kita dari mudah lupa atau meningkatkan daya ingatan kita?

  • Sentiasa bersihkan diri supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.
  • Makan kurma, kismis dan madu.
  • Jangan melihat najis. Tak kiralah sendiri punya atau orang lain. Hmmmm no wonderlah akak cepat lupa... hehehe.. anak ada 3 kan semua akak nak kena cucikan...
  • Jangan minum air yang ada semut. Tak tahulah betul ke tak kesahihannya tapi maybelahkan mungkin sebab semut ada mengeluarkan cecair yang menyebabkan otak kita lemah. errrr ye ke? Nasib baik dok Ireland nie xjumpa semut. heheh..
  • Jangan suka tengok benda benda tak elok mcm gambar2 lucah ke atau sewaktu dengannya. Lagilah zaman2 sekarang nie haish kalau tak seksi seksi mcm takboleh jekkan org zaman sekarang ni...
  • Pastikan mendapat  rehat yang sewajarnya dan amalkan tidur yang cukup supaya otak kita sentiasa cergas. Emmm ada alasan nak kena tido dan rehat selalu nie. ahaks.
  • Jangan ketawa terlalu banyak. Orang kata sekali kita ketawa ada titik titik yang menghitamkan hati kita.
  • Rajin rajin membaca buku buku yang berilmiah.
  • Dan yang paling penting solat jangan tinggal dan rajinkan diri membaca ayat ayat suci Al-Quran.
Oh.. banyak lagi kot sebenarnya yang akak pun dah lupa. Tapi nie dan ini antara artikel orang lain yang ada berkaitan dgn topik nie. Tak salah untuk kita kongsi bersama.


Semoga kita sama sama dapat manfaatnya. Insyaallah.

11 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hooo.. jangan minum air bersemut tu betul kot. selalu orang pesan camtu..

makan makanan halal dan berkhasiat bagus untuk minda jugak.

pernah ustaz sy pesan dlu, selalu mengaji dan tidak tinggal solat 5 waktu boleh mengelak penyakit nyanyok.

humbleyat said...

hah satu lagi..jangan baca tulisan kat batu nisan hehe

Mummy Nana said...

Asada... tulah kalau nampak semut dlm air cam takut nak minum jek... ahaks.. tapi kadang bedal jugak.. hahaha.... nak2 kalau air yg sedap2... xkan nak buang kot... nanti membazir pulakkan...hehe

humbleyat: hah betulll betull tu satu lagi org kata jgn buat... ;-)

ASaDa RyutaRo said...

1st time lak dengar pasal tulisan kat batu nesan. ye ke boleh melemahkan minda? hurm..

ztie said...

saya merupakan antara yang paling lemah fikiran. Mudah nak lupa.

KeCiK said...

Rasa macam tidur banyak sangat tu yang lemah ingatan.

:)

fndrocka said...

Dan jgn hisap dadah atau gam

Fynn said...

hahaha...teringat komander aku ckp;
bile nak exam or test,die tak tgk taik!

LOL

nur.sa said...

makan terlalu banyak benda masam pun tak elok, leh lemahkan ingatan.

nabilah_2908 said...

betul..betul..sy pun pernh dgr org kata...jika melihat tulisn pada batu nisan boleh lemahkan daya ingatan..:)

Nia Azirah said...

jgn mkn ubt.tp klo aQ skit amcm?