Tuesday, October 12

kualiti dan kuantiti

Pung pang pung pang jam 10. Aku satu apa pun tak buat lagi. Nak tulis apa benda entah kat korang semua ni. His...

Komuniti Penulis.
Korang ada terfikir tak? Kita di komuniti ini untuk apa sebenarnya. Kalau untuk pembaca mungkin mereka datang untuk membaca. Tapi untuk kita, para editor di sini apa tujuannya?

Komuniti.
Dengan senang lenang tak sampai 2 bulan, 100 orang purata penulis-penulis blog sudah keluar masuk menjadi editor di sini. Senang. Semua orang mahu berkomuniti atau dalam agama kita panggil berjemaah. Dalam komuniti kita berkongsi idea, cerita dan pengalaman. Juga berkongsi pembaca dan peminat. Hehe..


Dengan kekuatan 80 orang penulis sekarang, tentunya agak sukar bagi seorang Admin yang menjadi nadi dan harapan dalam komuniti ini. Betul. Saya sudah beberapa tahun berada dalam komuniti penulis. Tapi dengan sistem portal, pembahagian kategori penulisan memudahkan pelawat atau pembaca memilih bahan pilihan mereka. Namun sistem portal mempunyai masalah pembaca. Ada penulis pilihan yang punya ramai peminat. Ada penulis tamak yang posting karya 10 sekaligus dan menghilangkan karya lain list feed.

Kita disini bertuah dengan sistem berjadual, kita mampu berkongsi pembaca dengan adil.

Cuma yang tinggal hasil penulisan. Kualiti atau sekadar tulisan kosong berkongsi tentang minum petang kita.

Terpulang pada yang membaca dan menilai, semua atas kamu, tulisan itu kosong atau tidak. Dalam seni penulisan, anggapan kosong itu adalah baik. Pemikiran yang mendalam untuk melihat kedalam satu-satu karya itu perlu. Tapi tak semua orang suka.

Kualiti penulisan adalah diatas penilaian pembaca. Kalau seseorang yang sudah punya nama macam pipiyapong penulis blog hilang punca, dia tulis 3 ayat sahaja pun komen sampai 40, 50.. Kualiti tu faktor yang lain.

Ok2. Aku memang dah lambat dateline. Sorry bos. Haha.

7 comments:

kusut said...

aku rasa, kalau semua tulis yg berat2. nanti blog tu kurang entertainment value dia. so borak2 kosong yg entertaining pun bleh jadik sangat penting as satu form of comic relief la lebih kurang.

tapi kosong pun bukan yg takde makna lah. kosong yg ringan, atau lucu, atau cute.. ape2 la asalkan ade something

hentakbelipat said...

lebih kepada hiburan mgkin satu cara santai untuk perinteraksi dalam kelongsong penulisan ini..jika topik itu berat..untuk menjadi satu bahan yang fun...boleh juga diselitkan unsur2 humor..yes agree with kualiti..sentiasa jaga kualiti dan isi penulisan..

Danial Ikhwan Jaafar said...

setuju. semua kena sederhana. entri yang menarik. ;)

nur.sa said...

first, suka dengan entry ini.

2nd, setuju dengan kusut. tak semua perlu post entry isu yang berat-berat, sebab bila entry yg dicampur-campur isunya kat blog tu lagi best. ada variety. at least, sesuatu entry tu boleh buatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama ada entry yang boleh buatkan kita senyum dan gelak sendiri.

cik ain said...

entry yang santai, semua pembace boleh terima, dan ade kesan dalam diri pembace.. rasenya dah cukop kot :) yg penting ada daya tarikan..

*ain budak kecik masih belajar :)

chenta said...

tulis blog bila ada mood.kadang2 entry sarat marat, kdg2 lawak jenaka yg simple...ikut mood sbb bce blog pun ikut mood.kdg2 kalau tgh mood santai, tak best plak nk bce blog sarat marat...

tp setuju gak part yg entry simple, tulis sepatah dua..tapi sbb terkenal, komen berpuluh2, beratus2..

fndrocka said...

Utk para editor..menulis di sini mungkin capaian pembaca yg berbeza dan lebih luas