Monday, October 11

Kongsi Knowledge - reflection

oleh kusut, G4

penah amik gambar kat tasik atau sungai atau laut atau lepas hujan tak? takkan tak penah kan. tempat2 yg ada kawasan air adelah satu peluang best utk amik gambar yg cantik.

camne? gunakan bayang2 kat air tu. bayang2 (bukan shadow.. tapi as in 'anjing dan bayang2') atau reflection dlm bahasa mat salleh.



ok ni teknik fotografi yg tak semestinye guna DSLR. kalau ada digital camera/compact camera, atau kamera yg guna filem tu pun boleh. kan tak perlu DSLR pun boleh bergembira dgn fotografi! ^^




apa yg kita nak bile amik gambar reflection ni ialah simetri. 100% simetri memang sangat hebat la kalau dapat tapi personally aku prefer kalau reflection tu ade cacat sikit. nampak lebih organik. tapi tu aku je kot. kebanyakan fotografer profesional bila amik gambar reflection ni, diorang letak titik horizon betul2 kat tengah, biar nampak reflection sama banyak dgn subjek. yg mane2 pun cantik.. terpulang pada situasi la kot


ok ni google image search 'reflection' yg aku buat. yg aku point out tu seme gaya fotografer pro lah. sangat simetri, sangat vibrant. tapi diorang guna DSLR kot. mungkin ade adjust2 kat photoshop mane kite tau kan :P





cara dia..
macam last week nye entry pasal komposisi tu kan, cuba letakkan subjek dgn komposisi yg menarik.. pastu kat bawah (atau tepi.. mana2 lah) subjek tu biar la kawasan air tu. sekarang make sure kebanyakan reflection (if not semua) subjek tu ada kat dalam gambar sblom snap gambar tu.

contoh gambar setelah mengorek album aku-

swan yg dekat ni reflection dia tak full.. so aku rasa kurang best sikit. kalau dia nye reflection full mesti gambar ni lagi cantik. tapi nasib baik ade yg jauh sikit tu (belah kanan) yg reflection dia full. tapi... air terlebih berkocak la pulak. fussy sungguh aku ni. hish

personal preference aku bile amik gambar reflection kan.. permukaan air tu aku suka ada ripple sikit, tint sikit.. pastu macam biasa, kabur2 (depth of field.. ni aku tak cerita lagi kan?).


yg gambar ni aku suka. ok encik2 yg tengah berborak tu enter frame la pulak. tapi takpelah.

selain air, mane2 permukaan reflective pun boleh buat jadik sumber gambar cun. contohnye kalau nak buat comedy.. cari la benda bulat yg reflective, pastu amik gambar muka pelik2.

***

so kalau lepas ni konon2 nak gi jalan2 amik gambar tapi hujan, bleh la try cari reflection cantik2. kadang2 pasal ade reflection sikit pun bleh jadik macam cerita. cerita apa tak tau la.. tengok nasib. hehe. tapi kalau ade amik gambar reflection tu rajin2 la post kat blog masing2 ye. ^^

13 comments:

Mummy Nana said...

Suka tgk gambar org cantik2.. akak xreti amik gambar.. tu yg xde DSLR tu.. guna compact digital camera pun tekan button auto jek....;-(

hentakbelipat said...

setail la...thanks wit this info..aku salu jumpe lopak kasi pijak bia bekocak je air tu..boleh buat effect reflecting rupenye

Sumandak Kinabalu said...

Thank you Kusut...
Lepas ni nak cuba ambil gambar pula...
Kalau bernasib baik akan dipostkan :)

nur.sa said...

oh, tips baru. kusut, memang kalau nak amik gambar reflection dekat air je ek. kalau cermin aci tak? T____T maaf la kalau soalan ni sedikit 'pandai'. nak tahu aje. :P

kusut said...

@nur.sa boleh je. mane2 reflective surface bleh buat reflection cam yg benda bulat aku cakap tu. in fact, kalau selain air dia jadik lagi best sebab dia luar biasa sikit

@sumandak have fun while u're at it. go crazy and amik gambar banyak2 ^^

@hentakbelipat kadang2 kita tak perasan tapi benda2 basic.. ni bile dah tau best la nk amik gambar :P kadang2 org kreatif ni pun bergantung kat opportunity and luck jugak (which makes them more lucky than creative really. hehe)

@mummy nana eh takkan tak reti. kalau bleh snap gambar reti le tu hehe. akak bila amik gambar tu amik je banyak2.. tapi off flash kot nanti marah pulak org lain :P

chenta said...

wah..bertambah lagi info menarik...syabas!

anyss said...

Salam,
Terima kasih Kusut, banyak info ni.

Saya selalu jugak amik gambar refleksi dalam air ni (kalau ingat hu hu hu)

Paling frust, setiap kali saya nak amik gambar reflek air kat masjid Baitul rahman, Aceh...angin kat muka kolam buatkan reflek tu tak nampak sangat.

Satu kali, saya lupa nak pi jenguh tasik tu...masa tu lah airnya tenang. Bayangnya sangat cantik dan kawan saya dah berjaya rakamkannya dengan cantik sekali. Bayangkan betapa KECHIWAnya daku saat itu hu hu hu rasa nak guling2 masuk kolam je

cik ain said...

kusut mmg photographer ke? atau designer?

Chip said...

Idea yang menarik.

Eh, building tu nampak familiar la. Kat mana ye?

kusut said...

@chenta - no worries. a pleasure to be able to share ^^

@anyss - haha tu la kadang2 org amik gambar ni lebih pada luck then creativity kan?

@cik ain - bukan fotografer (DSLR pun takde :P) penah jadik junior designer kejap. sekarang unemployed, blogging and buat 3D sepenuh masa ^^

tak sabar nak balik m'sia restart career!!!

@chip - tu kat adelaide masa northern lights (link). penah dtg sini ke?

humbleyat said...

teringat zaman studi dulu2, collection gmbr2 refleksi dijadikan pameran..kreatif betul..;)

Chip said...

@kusut: Tak penah berkesempatan nak sampai Oz tapi ada kemungkinan aku ada ternampak bangunan tu kat Fesbuk kengkawan dan sedara-mara yang kat situ.

Tapi, bila tengok sekali lagi, ada gaya building yang di design oleh Gaudi kat Barcelona. Pelik (dah nak sampai tahap huduh) tapi still menarik...ahaks!

kusut said...

@humbleyat best kan teringat zaman student. adventure! hehe

@chip bangunan tu sebenarnye dull je. tapi sempena northern lights tu, city of adelaide pasang lampu2 utk kasik facelift kat bangun2 kat street tu. menarik! but kinda gets old pretty fast :P