Monday, October 4

Kongsi Knowledge - komposisi

oleh kusut, G4

amcam setakat ni bermain2 dgn compact kamera korang? pecaya tak aku cakap tak perlu DSLR pun boleh bergembira dgn fotografi? aku tau.. baru satu trick and satu basic skill fotografi yg aku dah cover. baru 2 minggu je pun segmen ni kan?



anyhow..
minggu ni kita cerita pasal komposisi :D

ape tu komposisi? 'composition', org putih kata, maknanye susunan/olahan gambar yg kita amik tu.




honestly lah, masa aku mula2 belajar guna kamera dulu pun aku tak tau pun apa tu komposisi. kalau nak amik gambar, aku aim kat apa benda yg aku nak tu, biar dia kat tengah, pastu snap. sekian.

tapi sebenarnye tak salah kalau subjek tu tak berada kat tengah. in fact, lagi cantik!

kalau belajar fotografi, komposisi ni banyakkkkk rules dia. kalau rasa nak belajar bleh google 'basic composition' nanti jumpe la. tapi utk fotografi suka2 kan, aku rasa yg paling penting adalah
1 - rule of thirds
2 - balance

rule of thirds
penah tak tekan2 compact camera korang, pastu kat display tiba2 keluar dua garis menegak n dua garis melintang across skrin tu? garis grid tu adelah guide utk rule of thirds.

rule of thirds ni explains tempat2 paling best utk letakkan subjek dalam imej (foto, lukisan, etc) yg dibuat. tempat2 tu adelah kat titik pertemuan garis2 guide yg aku cakap tadi tu. ok tengok kat gambar bawah ni k

ni gambar bunga liar haritu

dengan guide rule of thirds

lagi satu contoh..
tupai kat london

the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would


balance
ni adelah untuk jadikkan gambar yg kita nak amik tu tak jadik berat sebelah. hehe memang obvious lah kan.

maksud aku camni, bila kita letak subjek kita tu off-center (bukan kat tengah2 gambar) kita kene pastikan ada objek lain kat tempat yg opposite subjek tu. apa benda yg boleh buat gambar tu jadik balance balik? honestly.. could be anything. walaupun cuma bayang2 atau ton warna yg lebih cerah.

tricky.. tapi kadang2 kita boleh rasa satu gambar tu tak seimbang (off balance) bila kita tengok gambar tu. maaf aku takde contoh gambar yg paling sesuai nk jadikkan contoh masa ni. tapi tengok gambar kat bawah

basikal!

bayangkan kat sebelah kanan basikal tu kosong, takde pokok, takde kerusi, takde orang. akan rasa lah tak 'belen' gambar ni. tapi sebab ade something la belah kanan tu nampak ok la sikit. tapi still bukan paling cantik, aku kurang suka gambar ni. hehe


so cuba bile amik gambar, elakkan subjek tu ade kat tengah. ingat tips utk fokus lock haritu? so gudluck and have fun ye!

ps: amik gambar.. letak le kat blog ye :D

***

kalau nak request tips apa2 dlm bidang yg berkaitan, boleh la tanya ye. aku cuba bantu apa yg boleh. kalau aku tak tau, i'll at least point you in the right direction.

klik sini utk baca post kongsi knowledge yg lama ^^ dan sini utk pegi blog aku

17 comments:

nur.sa said...

kalau ambil gambar makanan,kan.. mungkin sangat sesuai guna teknik ni. sebab kadang-kadang gambar makanan lebih best bila berada di tepi sudut gitu. betul tak?

sYazY_dZaiMa said...

wah,suka2 kalau cerita pasal gambar nie,hehe..

@nur.sa, saya pin suka ambik gambar makanan. mak saya panggil saya si tukang gambar makanan,haha~

KeCiK said...

agak2 kamera vga 1.3 boleh buat tak mcm nih?

ASaDa RyutaRo said...

hehe.. best! best! =)

ASaDa RyutaRo said...

kadang2 tu main ambik sukati je gambar, rasa tak lawa, ambik balik posisi lain. ngee =P

chenta said...

alamak!yg haritu pun tak publish lagi..hehehe

gmbr dh ade dh utk ari tu. nnt org letak link kat entry yg fokus tu ye ^_^

kata kila said...

suka pasal gambar gambar ni ekekekkee

kusut said...

@nur.sa - a'ah cantik! cari point of interest, position kan dia kat off-center. tapi kat sudut tapi jangan hujung sangat

@syazi_dzaima - haha biasenye yg suka amik gambar makanan tu mesti ade blog/photoblog :P

@kecik - vga 1.3? tahun berapa punya make tu ek? tapi rule of third ni tak payah garis2 grid (guide) tu pun takpe. guna kamera zaman dulu yg isik filem tu pun boleh gak :D

@asada - lama tak nampak bro :P. a'ah tu yg best kamera digital. tak suka boleh delete je. takyah risau abis filem cam zaman dulu hehe

@chenta - dah tengok gambar buah kat ur blog tu. guna hp ke?

@kila - glad u liked it. aku pun enjoy share benda2 simple camni ^^

[z@ck] said...

cantik gila gambar diatas.DSLR ada nilai sentimental tersendiri.bagi aku, bila pegang DSLR, rasa sangat pro.eceh.hahaha

kusut said...

caya tak gambar2 tu aku amik tak guna DSLR pun :D

sungguh ni!

chenta said...

kusut : yg gmbr buah tu guna camera hp je..npe??

tp gmbr utk entry yg fokus tu, tak publish lg..ehhehe :P

kusut said...

hehe tanye je sebab macro dia cantik la. tak sangka hp pun bleh amik gambar camtu. :P

chenta said...

thanks :)

tp rasanya sebab cahaya yg cukup, sudut yg ok, teknik yg btl..kan??

lepas ni nak try guna camera plak :)

Sumandak Kinabalu said...

Saya suka ambil gambar, tapi kalau nak baca buku fotografi...hampeh! Mana nak ingat tips, trick or whatever yang terlalu banyak tu...hehehe

Entry ringkas macam ni lah yang bagus. Tak serabut kepala nak baca...hahaha
Sebelum nie, memang ambil gambar main suka hati. Tapi ada sharing macam ni boleh lah belajar sikit2..Of course lah yang lain tu kena usaha sendiri kan ^ ^

kusut said...

memang.. tips kalau cari memang berjuta. yg penting kene cuba la. bile dah cuba tu baru senang nak ingat.

owh lagi satu penting.. have fun :P

humbleyat said...
This comment has been removed by the author.
humbleyat said...

bila la nak cuba test power tip2 kusut ni..huhu...semuanya bez2...