Monday, October 18

Kongsi Knowledge - flash

kusut, G4, author blog kusut-blogs. lain2 info pasal kusut bleh cari kat blog tu ye

ok minggu ni kite cakap pasal flash. simple je. tapi kebanyakan kita tak berapa tau camne nak guna flash betul2, and tak sedar pun kadang2 kita sepatutnye guna flash. tips ni utk mane2 jenis kamera. tak perlu DSLR pun boleh berseronok dgn fotografi ^^

entry minggu ni sebenarnye adelah rewrite dan repost dari dua post dahulu kala kat blog aku. yg entry asal tu dalam english so aku translate lah

ok ape tu flash?



mesti most of you guys seme dah tau ape tu flash. lampu terang pada kamera yg akan menyala sekilas (betul ke penggunaan perkataan aku ni?) bila kita amik gambar la lebih kurang. tujuan utama flash adelah utk terangkan keadaan yg gelap. hati yg gelap takleh nk tolong ye

menggunakan flash
paling pertama sekali yg kene paham pasal flash ni, dia ada jarak yg ideal utk guna which is lebih kurang 3 meter la lebih kurang. dekat sgt nanti gambar jadik terlalu terang.. jauh sgt nanti gambar jadik dull and mungkin sikit grainy. semua tu maknanye gambar rosak lah

satu situasi yg biasanye kita tak guna flash walaupun sebenarnye adelah sangat sesuai utk guna flash is masa ada kat bawah matahari terang(sekitar tengahari atau lewat petang) yg mana bayang2 subjek tu sendiri buat rupa subjek kurang cantik atau tak nampak terus. so masa ni sangat la sesuai utk pasang flash. tambahan cahaya (atau mat salleh kata fill light) dr flash akan jadikkan subjek lebih jelas

tengok contoh ni
tak guna flash - cahaya kat belakang terlalu terang sampai tak nampak model kita

dengan flash - subjek jelas, background pun jelas. mungkin sikit overexpose (dekat sgt)

kat blog aku ade penambahan sikit pasal penggunaan flash (link sini). entry tu dalam english btw


kenapa jangan guna flash?
ok secara personal nye, aku kalau boleh elak sgt2 dr guna flash. sebabnye aku rase kalau guna flash, gambar jadik kurang cantik. tapi ni kes guna flash yg pada kamera la.. bukan beli flash unit yg fancy tu. bile guna flash, gambar jadi 'flat' and hilang la sense of distance. tengok contoh ni. gambar kat tempat yg sama, tak ubah lighting pun cuma flash je beza dia.

nampak tak efek dia?

tapi bila keadaan terlalu malap, kena la guna flash kan. atau bila dah tau gelap, pastu peluang amik gambar sangat la limited pun terpaksa la guna flash. kot2 nk bergambar dgn encik maher zain kat tempat yg gelap (that doesn't sound right), backstage konsert dia la katakan, pasang je la flash tu. takkan nak suruh dia berdiri lama2 lak kan? lagipun gambar kurang cantik sebab flash lagi baik la dr dapat gambar blur sampai tak kenal muka siapa tu.

kalau nak baca sikit lagi bleh pegi kat entry asal kat blog aku ye (klik sini)

***

ok harap2 makin banyak kita tau pasal kamera, makin seronok kita main dgn kamera and fotografi ye. have fun!

9 comments:

nur.sa said...

pernah gak rasa tak kenal muka sendiri bila amik gambar pakai flash. macam pakai fair and lovely bertahun-tahun. putih yg amat..

sebab realitinya diri ni gelap sikit. hahahaa.

Fina Sophie said...

hahaaa sa komen itu agak lawak :D

anywayy.
sy dah g blog kusut and dah baca sikit. flash bwh daylight mcm something new pula. tp actually pernah try bandingkan pic with and without flash bawah daylight, ada beza. tp jrg buat. lepas ni nak praktikkan yg ni pula.

thanks for the tips kusut!

kusut said...

@nur.sa
tak sangka lak flash boleh cerahkan kulit! XDXD

@fina
memang biasanye org kata kat tengah2 outdoor apsal nak flash? tapi bile try flash.. shadow kat muka boleh hilang nampak baru bleh nampak muka betul2 baru la pecaya

satu je la.. flash ni makan bateri sikit

hentakbelipat said...

setail...aku pun ingat kalau kat tghari bute xpyah gune flash..thanks!!

kusut said...

@hentakbelipat
boleh je. tapi ingat pasal jarak tu. kalau jauh sgt pun buat rugi je la kan. hehe

Sumandak Kinabalu said...

Saya pun tak suka pakai flash. It makes the pictures look 'weird'...
Apapun kalau malam memang terpaksa lah kan, kang di tuduh gambar skandal...hahahaha
Thanks Kusut kerana memberikan inspirasi kepada kami yang hanya mampu memiliki kamera kompak ^ ^

ztie said...

saya tak suka guna flash! tapi apakan daya. kalau dah gelap or diaorang ni berdiri tak reti nak stay. gunala flash... hmm.... tapi makan batteri lak. tak dapat nak amik banyak2. haish

Chip said...

Aiseh... tengok tajuk aku ingatkan cara nak pakai Adobe Flash. Ada chan tak untuk mana-mana editor (saudara Kusut ke?) bagi tunjuk ajar dalam bab nie...?

kusut said...

@Chip
adobe flash? jurus yg aku dah lama tinggal. masa guna dulu flash 4 sampai flash mx. hehe kalau ajar karang sesat barat pulak :P