Friday, October 8

Kita Tertipu atau Ditipu?






Entri gua kali ini memang berlainan dari apa yang gua hasilkan dari blog gua selama ini. Muzik. Gua rasa hampir seluruh manusia meminatinya. Masing-masing mempunyai genre kegemaran mahupun lagu kesukaan semasa dan sepanjang masa. Penyanyi merupakan watak penting dalam penyampaian sebuah lagu. Lagu yang baik jika disampaikan oleh penyanyi yang tidak berkarisma, maka ianya turut menjadi tidak baik. Begitu juga sebaliknya.

Kali ini gua ingin mengetengahkan penipuan dalam muzik. Dalam erti kata kasar ciplak. Video diatas menunjukkan lagu yang sama pernah dinyanyikan oleh penyanyi tempatan satu ketika dulu. Memang ianya sama, hanya liriknya digubah dalam bahasa melayu. Persoalannya, kedua-dua lagu tersebut telah berjaya menambat hati atok dan nenek kita semua di era tersebut. Bahkan ianya menjadi hits dan evergreen sepanjang zaman. Adakah atok dan nenek kita sedar dengan semua ini?


Tipu. Itulah first impression gua, kali pertama mendengar dendangan lagu ini dalam bahasa asalnya. Secara logik, adakah kemungkinan mereka mengambil lagu kita dan menggubahnya ke bahasa mereka?. Sungguh kasihan mereka di era tersebut, amat mudah disogok dengan karya yang tidak tahu asal-usul keasliannya. Mungkin kemudahan komunikasi terbatas di era terebut. Dalam kata kasar " Zaman dulu mane ade internet"...


Gua malas nak mention tu lagu apa dan pernah dinyanyikan oleh siapa. Gua juga rasa, hampir semua tahu akan lagu dan penyanyi yang gua maksudkan. Memang sakit hati dan geram apabila tahu akan kebenaran ini. Terpulanglah pada anda semua untuk menilainya.


So, beruntunglah kita di era internet ini. Bagi penggemar lagu ini yang sudah tiada, Tertipulah mereka buat selamanya.


"Gua rase, Atok gua akan tertipu sampai bila-bila......."



12 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

kah kah kah.. Sedangkan lagu negaraku kita ni pun ciplak.. Nak buat cemana..

cIk JanNah said...

ayamak saya tak tahu sebab saya tak suka dengar lagu. pelik tak?

Danial Ikhwan Jaafar said...

pulak..terkejut jugak gua. perghhh...
kebetulan terjumpa ke bro?

Chip said...

Yang aku pelik sampai sekarang, ada kugiran Melayu tahun 60'an yang bernama Orkes Nirwana. Orkes Nirwana pernah mengeluarkan album berjudul Tak Menagapa.

Kita fast-forward ke tahun 1991 pulak dan band grunge dari Seattle, USA bernama Nirvana mengeluarkan album hitnya Nevermind.

Siapa ciplak siapa lak nie...?

kusut said...

kes lagu (atau movie, atau apa2 la) negara lain di alih bahasa kat negara lain tu memang dari dulu berlaku. cam fiq cakap la

cuma zaman dulu takde undang2 moden yg merentas benua. bila makin moden makin banyak undang2 (termasuk la yg mengarut) baru la orang tu claim tiru orang ni claim tiru. i bet orang zaman dulu did not mind as much as now.. especially zaman saman menyaman ni kan. boleh buat duit.. banyak gile oooo

meor-name-depan-ku said...

kesian jugak gua kat Iwan. Lagu yang sedang-sedang saja diciplak dan dialih bahasa ke bahasa hindi...tinak tin tanaa.

fndrocka said...

Lagu isabella dgr khabar lagu jepun

nur.sa said...

wah, siapa tiru siapa? kesian pd yg cipta paling awal lah. kena ciplak aje hasilnya. yang meniru tu boleh kata takde idea lah tu. meniru hasil kerja orang. lepas tu femes pulak lagunya oh T_T tatau nak cakap. nasiblah kita ni bukan penyanyi.

Fina Sophie said...

tak sgka pula pasal dua lagu ni (- -") punyalah diagung2kan. anyway, kdg2 org tak kisah pd term ditipu dan tertipu tu. yg pnting dia suka apa yg dia dgr. dulu originaliti tak amik berat sgt, jd sbnrnya kes mcm ni byk je kan.

anyway, ada lagi. cth mcm lagu siti nurhaliza 'aku cinta pdmu' yg ada persamaan dgn lagu celine dion 'i love u'.

lagu 'tak bisakah' peterpan ditranslate ke lagu berbhsa hindi 'kya mujhe pyaar' - yg ini sebijik.

etc.

anyss said...

Salam,
Lagi banyak lagu2 dialihkan bila dengar dalam bahasa daerah.
Pernah tahu lagu Siti Nurdiana & arwah acik dalam bahasa iban?

Kalau dengar lagu2 dikir barat, lagi banyak...kalau dikir dr thailand banyak ubah lagu2 hindi...

anyss said...

Salam,
Lagi banyak lagu2 dialihkan bila dengar dalam bahasa daerah.
Pernah tahu lagu Siti Nurdiana & arwah acik dalam bahasa iban?

Kalau dengar lagu2 dikir barat, lagi banyak...kalau dikir dr thailand banyak ubah lagu2 hindi...

CikGadis said...

errr. eden xto nak jwb apa. no komen.