Thursday, October 21

Kenape Allah temukan kita dengan orang yang salah



Idea hilang, mencari-cari tapi tak jumpa. Sejak dua menjak ni memang mood jiwang jer. Hailaaa. I really have to stop this madness. Apa-apa pun, cikda nak share sedikit mengenai tajuk kat atas la kan. I do not own this, diambil dari Sebutir Mutiara Seindah Wanita. Dengan niat berkongsi =)

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

9. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNYA..

13 comments:

Clarky Afif said...

betul, betul. sapatutnya kita gembira (pastilah nangis bila patah hati) bila putus hubungan.

sebab nanti kita akan jumpa orang yg lebih baik lagi.

pandailah aku. yang aku masih single mingle ni apehal? haha!

aYaz said...

begitu lah sunnatullahNya..
smooth aje planning DIA,
manusia hny berusaha dan berdoa,
DIA yg aturkan,tetapkan segalanya..

koshary said...

*cikda mood jiwang =p*
hehe.

pertemuan jodoh itu memang dah ketentuan,
kita cuma perlu lakukan usaha, usaha ni takdelah sampai gi ngorat tackle semua orang pulak kn, hehe.
Betulkan diri, dan usahakan pertemuan itu agar diikat atas Rahmat-Nya dan dijamin halal.=)

nur.sa said...

setiap yg berlaku ada hikmah. mujur juga kalau ditemukan dengan yang salah, hati akan jadi lebih kuat lepas tu..

kusut said...

sokong koshary cakap. usaha tu penting. usaha ni bukan la sebelah pihak je kan? asik dia je usaha.. kita pun nak kene usaha jugak sama2

Aida Ismail said...

@clarky afif : inshaAllah, kita pasti jumpa yang lebih baik..takpe, kita single dulu..nanti dah sampai masa, Allah pasti hadirkan si 'dia' =)

Aida Ismail said...

@ayaz : alhamdulillah, cuma kadang-kadang, manusia cam kita ni banyak mengeluh, walhal kita taktahu Alllah dah aturkan yang lebih baik untuk kita..subhanallah

Aida Ismail said...

@koshary : see, koshary pun tahu kan cikda mood jiwang! hehehe...silly, am I? nak ngorat semua orang..never..hehe, tapi perempuan ni malu nak usaha, better wait...kalau takde, takpe la kan..itu yang kadang-kadang pompuan lebih suka menulis, meluahkan rasa hati.LOL =P this is so ridiculous..hehe, inshaAllah sama2 mencari cinta halal =)

Aida Ismail said...

@nu.sa : betul tu, apa yang penting kita kena yakin dengan janji Allah kan? =)

Aida Ismail said...

@kusut : pompuan segan nak usaha =D hehe, takpe takpe mesti ada jalan dan petunjuk yang terbaik =) inshaAllah

humbleyat said...
This comment has been removed by the author.
humbleyat said...

sebenarnya tanpa kita sedari, apa yang ditakdirkan untuk kita semuanya ada hikmah..and depends pada kita nak mencari hikmah tu atau tak ...:)

Fina Sophie said...

sy tak kawen lagi, jadi tak berani cakap soal pertemuan hati yang salah dan yang sesungguhnya dicipta utk kita. tp saya sure ttg, bila kita putus cinta, sbnrnya selepas tu ada yg lebih baik.. for me i'll never regret things happened in my past no matter how heartbreaking it is, sebab pengalaman2 tu yang buat siapa saya sekarang :)