Wednesday, October 20

Kenapa Susah Bertemu Jodoh?

Sengih-sengih menjemput anda ke blog ASaDa RyutaRo.. (^^,)
Assalamualaikum semua.. semoga sentiasa ceria dengan senyuman manis. hehe..

Nak bermotivasi lak kali ni. actually dipetik daripada ceramah Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. semangat nak berkongsi ilmu ini bersama. maklum saja berkaitan dengan diri yang belum lagi bertemu jodoh. hahaha..

Jom sama-sama kita tengok antara sebab susah sangat bertemu jodoh dan huraian daripada ASaDa RyutaRo.

Sebelum pergi lebih jauh, perkara pertama yang perlu anda tahu, jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan. kalau belum sampai jodoh, maksudnya Allah belum temukan si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' usaha kita jugak. takkan nak tunggu bergolek datang pulak. check diri kita, kat mana silapnya. jom kupas sebab-sebab ini semua :

Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh.
Macamana nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh. mulut je kata nak jodoh, tapi tu la.. 'aku bukan tak nak berjodoh. tapi.. adoi.. keje banyak ni. tak menyempat la nak meng-usha bakal isteri.' maksudnya kat sini fokus tu ada, tapi bukan untuk mencari jodoh.

Belum bersedia untuk bercinta.
Payah la den nak cakap kalau macam ni. nak berjodoh camana kalau tak ready lagi nak berkasih sayang. karang mendera anak orang pulak. persiapkan diri okeh. chaiyok! jangan pulak umur dah lebih had masih kata tak ready nak bercinta. ada sebab-sebab lain la tu..

Terlalu memilih kriteria pasangan.
Heh.. kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri atau suami tu, siapa la yang layak agaknya ea. 'den taknak melayu, nak bugis atau jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak. tinggi sajo nak yang 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.'

Adeh.. tak salah memilih, tapi kena la berpada dik oi. jangan sampai nak yang sama cam bidadari kayangan yang boleh terbang. sampai bila nak berjumpa?

Hati kotor, masih banyak benci dalam hati.
Kalau banyak sangat benci dalam hati, kesannya orang pun jadi benci jugak dengan kita. apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang. mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

Banyak meminta tetapi kurang memberi.
Kalau kita asyik nak mintak pertolongan orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. apa salahnya kita pulak yang membantu orang lain dengan ikhlas, mana tau pintu rezeki kita terbukak n salah satu rezeki kita tu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. sape tau, kan.. kan..

Fobia dan serik bercinta.
Yang ni parah nak ubat. satu je ubatnya, kena redha dengan pengalaman cinta tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka. yeah! semangat kena ada.. jangan pasrah terus putus asa. orang yang putus asa takkan berjaya..

Hidup tidak seimbang.
Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa bersosial. paling parah tak bertemu manusia lain pun! entah kenal ke tidak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom 'orang bujang' yang melampau. adoih.. jodoh mana yang nak melekat? kena berubah!

Ada sifat-sifat negatif yang ketara di dalam diri.
Mempunyai sifat negatif dalam diri yang sangat ketara menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita. so, nak dapat jodoh lagu mana? menyanyilah lagu hiba dik oi.. sama-sama check dalam diri. adeh! aku ni pun belum berjodoh. errkk!

Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.
Dah berusaha mencari jodoh kena la berdoa. seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. semoga dengan doa yang ikhlas itu Allah SWT permudahkan untuk mendapat jodoh yang serasi. jangan putus harapan dengan bantuan Allah, sesungguhnya Allah bersama hamba-Nya yang sabar.

Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan.
Dasar lupa tanggungjawab la ni. kawen elok-elok dah, esok lusa cerai sebab ada perempuan lain atau lelaki lain. alasannyo sonang joh, takdo jodoh.. macamano nak ado jodoh kalau tak istiqamah dengan hubungan yang sedia ada? adeh.. ni masing-masing kena ambik perhatian.. please lah, jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah dalam berumahtangga.

Terlampau selesa dengan hidup bersendirian.
Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. nak bertemu jodoh tang mana? perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

Rumusan daripada semua ni, kita kena berubah dulu sebelum mahukan jodoh tu datang kepada kita. kena buat perubahan secara positif! hendak seribu daya, tak hendak banyak pulak dalih..

Di samping itu, jangan meremehkan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh fakta-fakta di luar jangkaan seperti sihir atau sumpahan yang mana memang sukar untuk difahamkan. walaupun begitu, berpeganglah pada syariat dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang syirik. Sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku sekiranya Allah tidak mengizinkannya. dan pastinya setiap yang berlaku ada berjuta hikmah yang tersembunyi.

Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat diri anda. asada jugak. ada sesiapa nak jadikan asada suami, boleh email ea. hehe =P

14 comments:

d_tieah said...

Lps ni nak hantar resume kat emel asada..
Haha..
Entry yang terbaik dr Egypt ye..
Semoga bertemu jodoh dgn org sana ek Asada.. :)

nabilah_2908 said...

terkena pada btg hidung sendiri bila baca n3 ni...huhu...

" SERIK" & " SELESA HIDUP SENDIRI" ...jom ubah....(^_^)

sy pun doakan semoga Asada bertemu jodoh juga 1 hari nnti.. ;)

Sumandak Kinabalu said...

5 tahun yang lalu pernah ambil keputusan tak nak BERCINTA lagi, apalagi KAHWIN. Sebab serik sangat and kecewa tahap majimbu...hahahaha
Tapi kuasa Tuhan siapa yang tahu kan. Akhirnya sedar sendiri yang Tuhan cipta kita BERDUA melainkan ada sebab yang 'mission impossible' tak boleh dapat jodoh...

Jodoh ditangan Tuhan tapi tak boleh lah nak tunggu sampai Tuhan bagi. Kena usaha juga...Betul tu jangan terlalu memilih. Cantik menarik kaboom belum tentu dapat membahagiakan rumahtangga. Harta kekayaan jangan pandang. Wang memang satu keperluan tapi percaya kepada diri sendiri yang wang boleh dicari, yang penting berusaha.

p/s chayo2 Asada ^ ^

kusut said...

good share lah asada. suka part fobia bercinta tu.
'kena redha dengan pengalaman cinta tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka. ' advice yg bagus ni

part yg terlalu banyak benci pun worth noting. aku rase ramai blogger suka 'benci' dr 'sayang' (as in sayang the opposite of benci lah)

Fina Sophie said...

yeap2. n the opposite of LOVE is not HATE, but IGNORANCE. kalau kau bleh ignore org tu, mls nak fikir pasal dia n fikir mcm takda sebab atau kepentingan apa2 utk ingat dekat dia, means, takda langsung perasaan suka/cinta.

hoho.

asada, well written. ini nota utk diri sndiri ke ape ni? XD

sy pun tak stuju dgn org yg if gagal bercinta (most likely org susah nak lupa first love), terus takda hati nak bercinta lagi. oh man, don't waste ur time find another love! (okey maybe u can give urself lil time to gather urself allll together), org kata cinta itu takpayah dicari, ia akan datang sendiri, tp kalau tak cari lepas tu tak buka diri sendiri utk dicntai dan mencintai, then how? :D

just remember, love takes time :) meet new people everytime, read good books, pray, selalu perbaiki diri (contoh bg perempuan, bljr masak hehe) and, somewhere in the middle, u'll find the one. :)

cIk JanNah said...

jodoh pertemuan ditangan tuhan. memang dah tertulis mcm 2. tapi jodoh pertemuan tak kan berlaku bila kita manusia tak berusaha. kalau tak berusaha mana nak dtg jodoh kan?

bila dah bertemu jangan pulak cerewet dan memilih. kene ukur baju dibadan sendri org kata. nie dri sndri tak semegah, tak sehebat, tak se-perfect mana tapi nak cari jodoh yg lengkap serba serba..(peringatan kat diri sendiri)

btw asada semoga bertemu jodoh yg baik2. :)

chenta said...

asada!tahniah ok..entry yg sgt bagus ^_^

mcm byk je yg berkaitan dgn diri ini..hehehe :P

kalau i email asada, nk buka ke?hahahahah

nur.sa said...

pehh.. asada sempat lg promote diri.haha..


tapi, banyak yg betul dalam banyak-banyak point tu. dan kena batang hidung lg. hoho.

tapi satu persoalan, kalau betul2 tak reti nak berusaha cari jodoh tu camne? sebab ramai jgk kawan berbunyi persoalan tu. erm..

Miss Kira said...

asada nk buat promosi ka??
hahahaha...

entah la..skrg middle ja.. dah mls nk lovey dovey dah..

Amni said...

bukan kitak pun entri tok kitak penah psot kat blog kitak ka? kmk rasa macam pernah baca jak kat blog kitak... =)

Fitri Sara said...

Rasanye sy hampir xder ciri- ciri kt statement atas tu, kcuali satu je TKDer DaYa PNariK, abih tu nk kna bt plastic surgery ke almond london weight mnagement hah¿

Fitri Sara said...

Rasanye sy hampir xder ciri- ciri kt statement atas tu, kcuali satu je TKDer DaYa PNariK, abih tu nk kna bt plastic surgery ke almond london weight mnagement hah¿

azlee parman said...

Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai dsb. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

azlee parman said...

Menarik tajuk ni. Syaitan adalah musuh yg nyata sepertimana maksud firman Allah. antara angkara syaitan / jin adalah badi, pendamping, pembenci, sihir pelalau dsb. Apa yg penting jgn jemu berusaha dalam kehidupan. Saya seringkali membawa rakan dan saudara ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar yg bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Setahu saya perubatan cara Islamiah yg diberi olehnya selaras dengan syara’. Tujuan saya tidak lain tidak bukan utk membantu sesama kita agar tidak tertipu dengan bomoh palsu yang berlegar dalam masyarakat. Ada juga rakan yg sempat merakam foto perubatan beliau dalam sesawang: http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102