Tuesday, October 19

kenapa dipandang rendah profesion ini?

Artikel ini adalah sumbangan dari Adie McArchie

Salam 1 Malaysia.

sekarang ni, orang asyik pandang askar, doktor, polis, juruterbang, macam2 lagi la. dan yang paling akhir mesti guru. tapi bukan semua orang la. kenapa jadi macam ni? satu peribahasa yang pasti, 'seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit jua'.


akhir-akhir ni, banyak kesalahan-kesalahan guru yang dipampang di akhbar dan media2. hanya sebab itu, profesion ini dipandang rendah. sedangkan banyak lagi profesion lain buat salah, tapi tetap dipandang tinggi. guru pun manusia jugak. kenapa harus dipandang serong kalau ada buat salah tetapi tidak profesion lain kan? tidak adil.

bukan emo, cuma rasa tidak adil. ingat puisi Usman Awang (Guru oh Guru)? kalau kita baca balik, sedar tak yang semua profesion-profesion ni akan bermula dengan seorang guru? tak ada guru, tak ada lah mereka2 yang dibangga-banggakan tu. apa2pun, hargailah guru walaupun sedikit. peace!

p/s: sori.. gambar tak ada... dan, ini pendapat aku jek... =)

http://akumcarchie.blogspot.com/

12 comments:

sizuka[Izzati] said...

tulah.even kalau org tua2 tnye 'blaja dkt mana?''maktab pakcik/makcik'..'maktab aje??'.hohhhh~

MuJE said...

ni mesti kes miming teacher shida ni...haha pape pon, aku respek sangat dengan cikgu! kalau aku jumpa cikgu yang betul-betul nak mendidik anak-anak bangsa dia dan bukannya sekadar nak ada kerja dan gaji, memang aku akan ingat sampai mati lah!

kusut said...

guru2 dapat nama tak baik tu seme media punye pasal la tu. bloodsuckers yg suka ada news yg negative and even more for sensationally bad news. sebab bad news sells

kalau tanye sape2 pun mesti diorang kata profession guru tu mulia. sebab semua org pernah ada cikgu/guru. aku rase selain mak and ayah kan, guru pun sepatutnye ade dlm doa2 kita hari2

chenta said...

ini pendapat sy je ye..

guru mmg profession mulia..tak boleh nak sangkal lagi..dr guru la kita bermula...tp terus terang, sy mmg tak berminat dan tak sesuai nk jd guru..mungkin sikap yg cepat marah dan kurang sabar kot..huhuhu..

sy ada kwn2 yg merupakan seorang guru..tp disebabkan mereka, sy kurg nak respek guru skrg..guru dulu mmg mengajar dgn ikhlas utk anak bangsa dia..tp sesetgh guru skrg..erm....smpai sy prnh ckp dgn kwn sy,kalau sy ada anak, sy taknak anak sy belajar dgn guru mcm tu.sy akan selidik dulu guru tu mcmana...

ini pendapat sy je tau..jgn ada nak emo tetiba..hehehe

nur.sa said...

guru2 ni mmg terbahagi kpd dua. yang rajin dan yg kurang rajin. sama jgk dgn profesion lain pun. contoh lecturer. yang dah rasa selesa dengan kedudukan mereka tulah yg menyebabkan pandangan mcam ni timbul.

tapi sendiri mahu ingat,guru tu penting sangat. takde dia dulu, boleh ke kita sampai ke tahap di mana kita hari ni?

p/s: saya sayang semua cikgu/lecturer yg pernah mengajar saya dr tadika-form 5, matriks juga uni.

pelangi said...

Rasullullah pun guru jugak..yang mengajar kepada kebenaran..nak tahu..guru sebelah kakinya dineraka, sebelah lagi di syurga..tak ke berat namanya tugas tu..huhuhu itulah yang aku hadapi sekarang..makkk

Adie McArchie said...

hi all..

thanx for the feedback and comment.

post ni bukan luahan hati eh. jgn salah anggap tau. juz nak kongsi pendapat.

semua manusia buat salah. guru pun manusia. kadang2 rasa tidak adil bila semua kesalahan tu disandarkan pada guru.

apa2 pun, sama2 kita renung2kan diri, muhasabah diri. =)

Fina Sophie said...

anyway kan, saya datang dr family berlatar belakang guru. mama bekas guru, ayah bekas guru yang skrg ni kerja di kementerian pelajaran.

saya tak pernah pandang rendah profession guru. saya masih percaya, semua tindak tanduk individu itu, adalah atas individu itu. mungkin ada kena mengena sikit2 dgn latar blkg individu tu tp utk mengaitkan agama dia, bangsa dia, negara dia, atau profession dia dengan pembawaan dan keperibadian seseorang tu semata-mata, mmg tak patut.

my two cent.

Sumandak Kinabalu said...

Tanpa cikgu siapa lah kita...
Terima kasih cikgu diatas segala-galanya...

KeCiK said...

mulut orang bro. sekarang ikut trend. dulu pakat ramai2 boikot barang israel. lepas tu sembang kencang pasal freedom flotilla plak. lepas tu freemason. sekarang? senyap.

Recently org ckp pasal teacher shida. org ckp tak senonoh. tak bole jd contoh.

Depan mata artis wanita nyanyi huha huha ada org tegur? isteri pemimpin tak tutup aurat ada org tegur?

Nope.

then arrtis skrg dah bole jadi tokoh belia? enuff said. tepuk dada tanya selera. this is so wrong. dah terbalik.

ijatnuar87 said...

ambe pom sorang bakal guru,insyaallah taun dpn ambe posting la...tempat maner?xkisah la,sebab ambe nk berbakti utk anak2 bangsa...dipandang hina tu,dah jadi kebiasaan,sebab pada ambe,kalau xder cikgu,maka xder la org2 yg berjaya kat dunia ni...stat dari praktikum lagi,ambe sokmo2 doa supaya anak2 murid ambe akan lebih berjaya dari ambe...smoga niat suci ambe ni diberkati illahi...

fndrocka said...

Berharap semoga makin ramai yg betul2 nak jd cikgu..bukan jadi cikgu sebb cari kerja lain tak dpt