Friday, October 29

Kenapa Aku Nak Sangat Jadi Batman...

Aku ingat nak jadi Batmanlah. Bukan pasal aku suka pakai baju ketat-ketat pastu berlagak macam kelawar tengah-tengah pagi buta. Tak. Tak sanggup aku untuk menggadai nyawa aku tak tentu pasal. Bruce Wayne takde anak bini. Aku ada.

Jadi, apasal pulak aku nak jadi Batman? Meh aku ceritakan satu situasi yang mungkin pernah di alami oleh kita semua...
Malam minggu. Hujung bulan. Kita seronok nak keluar shopping atau tengok wayang ke dengan sanak saudara kita. Jadi, kereta kita di pandu ke kompleks beli-belah yang berdekatan tak pun yang terbaru, ter-mega hebat sekali. Memang dah tau dah tempat tu akan penuh tapi lepas 2-3 round parking tu, akhirnya kita jumpa satu tempat kosong. Tapi bila kita perhati betol-betol parking tu, kita perasan yang kereta kat parking sebelah tu parking ikut sedap dia. Senget. Takat senget sikit takpe. Nie senget sampai nak masukkan Kancil kat parking “kosong” yang kat sebelah tu pun dah tentu tak boleh. Apa yang kita nak buat...?
Nak report kat jaga parking tu, mau kene gelak. Nak pegi balai polis lagi lah tak payah. Ntah-ntah kita yang kene saman pasal membazir masa abang polisi tu. Nak tak nak, mala’un yang dengan selamba aje parking kereta senget-benget tu terlepas. Adil ke kalau orang yang tamak dan kurang prihatin macam nie terlepas begitu aje?
Tak, kan?
Tapi, hakikatnya dia terlepas jugak. Bukan dia aje. Banyak lagi manusia yang kurang bermoral yang terlepas begitu aje. Kalau kita tegur depan-depan, boleh aje tapi, berapa ramai dari kita yang berani buat gitu? Apa penyelesaian dia? Macam mana nak ajar manusia begini?
Jadi macam Batman.
Pakai topeng ke spek hitam ke untuk menyembunyikan identity kita. Banyak CCTV sekarang nie. Kalau buat keje Batman nie tak bertopeng, senang aje kita di kenalpasti dan di tangkap. Pastu carik benda yang tajam. Kunci pun jadi kot. Kita pakai kunci tu untuk toreh kereta penjahat tu cukop-cukop. Kalau ada kemahiran dan masa, kita toreh mesej: Lain kali parking betol-betol/Jangan park kat parking orang cacat dan sebagainya. Kalau terrer bab-bab seni nie, kita bole buat stencil mesej-mesej nie siap-siap. Tinggal spray aje. Muahahaha!ßGelak evil yang berpanjangan.

Amacam...?

Entri nie telah di plagiat dan di alih bahasa oleh Chip untuk 100penulis tanpa sebarang perasaan serba salah dari blognya sendiri: Hikayat Skuter Hijau. Kepada sesiapa yang teringin membaca entri asal sila klik di sini.
Gambar hiasan: Artis graffiti - Banksy oleh: BitBoy

15 comments:

xenom said...

batman antara adiwira yg logik tp hidup di bandar yg x wujud, betul x?

why sooooooo serious!

nur.sa said...

hahahahaaa.. ingatkan nak jadi batman tadi nak sorokkan kereta tu.. letak atas bumbung ke... biar tuan dia pening nak cari kereta sendiri..

safizan said...

jadi superhero biasa dalam khayalan tapi dlm dalam kehidupan sebenar macam x pernah nampak superhero.

KeCiK said...

Pernah dulu tgk Batman kat KFC Hour. Dalam episod Batman time tu dia mention kat Robin yg dia nak tangkap Two Faces kat Sarawak. Aku pon what?? Sarawak keluar dalam citer Batman !!

Joker - Why so serious?

:)

nas said...

teringin nak tengok batman ader kat malaysia...bila la nak main disini ek..hehehe

Miss Kira said...

why sooo serius.. ;)

Chip said...

@xenom: Betol, Batman cuma fantasi komik, TV dan wayang aje. Tapi kalau dah ramai orang tak dapat keadilan dengan pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan keadilan...lambat laun akan terkeluar jugak 2-3 bijik "Batman" nanti...

@nur.sa: Idea yang bagus tuh. Tapi kita start perlahan-lahan dolu.

@safizan: Hah, jangan terkejut, dah ada dah geng superhero nie kat US dan UK. Memula aku ingat main-main tapi rupanya betol. Cuba Google "Real Life Superhero Project".

Chip said...

@Kecik: Nie cerita Batman time 60an dolu ke kartun dia? Boleh korek kat YouTube ni...

@nas: Agak-agak kau dah jumpa Batman kau nak buat apa ye? Ahaks...

@Miss Kira: Why SoOO Seriousss..? Joker lakonan Heath Ledger memang antara Top 3 Penjahat dalam filem. Lagi dua Darth Vader (Star Wars yang asal) dengan Hannibal Lecter (dalam Silence of the Lambs).

KeCiK said...

@Chip: cite katun bro. kebanyakan karekter dlm cite tu badan besar kaki halus gila.

kusut said...

@kecik
aku ingat episode tu! ahaha tu cite katun batman tahun 90an tu kan? teringat lagi dia pegi hutan borneo.

hellboy pun penah pegi msia rasenye dlm satu komik dia. lawan penanggal.

tapi batman memang cool. respek movie2 baru dia yg saiko.

KeCiK said...

@Kusut

Gotcha! you got me! korang tanya je memori-memori pasal cite katun, for sure gua boleh re-call balik even 10 tahun lepas. tapi memori-memori akademik gua memang out.

:)

Q said...

nak pakai pelaka jadik joker. hahah

Fina Sophie said...

err.. tengok.. tp tak berapa menghayati. but saya rasa batman superhero paling hensem dari byk2 superhero X)

Chip said...

@Christian Bale iyelah tapi kalo Batman-batman yang lain (kecuali George Clooney kot) fail jugaklah. Ahaks...

CikGadis said...

haha. xbley belah. kenapa tak nak jadi superman? spende di luar. kontroversi satu malaya nanti. xnak?