Monday, October 4

Kedai Terbuka Aidilfitri oleh Nur Muhd Cafe 2010

** Saya berbaju warna hijau

Salam sejahtera...

Adakah dari kalangan blogger dan bloggie masih mempunyai "mood" raya?.  Kemungkinan ghairah terhadap raya betul-betul hangat tahap "gaban" ialah pada minggu pertama.  Selepas itu ia mulai surut seperti surutnya "stock" kuih muih dalam balang-balang (bukan balan-balan tau...ish..seriau saya..) kaca dan plastik di rumah masing-masing.  Rumah terbuka di kalangan orang awam juga rancak diadakan.

Kebiasaannya apabila tiba penghujung minggu ke dua Aidilfitri dan menjelangnya minggu ke tiga, pihak koporat ataupun agensi kerajaan serta swasta pula "mengambil alih tugas" mengadakan "rumah terbuka" bagi meneruskan kesinambungan jamuan hari raya Aidilfitri.  Wah.., jika bulan Ramadhan ada yang kata "bulan pesta makanan dan minuman", maka layaknya bulan Syawal ini dilihat seperti "bulan jamuan makanan dan minuman.  Alangkah indahnya jika nikmat seperti ini dikongsi oleh rakyat yang susah seperti di Afghanistan ataupun Palestin.

Saya telah pergi ke kedai terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh Nur Muhd Cafe pada 26 September 2010 (Ahad) selepas solat maghrib.  Kedai makanan dan minuman yang dimiliki oleh "Abang Rafi" terletak di kawasan lapang yang bersebelahan dengan tapak lama Pasar Besar Melaka dan berhampiran dengan asrama UiTM Bandar Melaka. Menu utama ialah mee kari, air ada tiga jenis.  Saya juga membawakan dua mangkuk mee kari untuk pengawal keselamatan yang menjaga bangunan yang menempatkan kedai saya sebagai berkongsi rezeki yang Allah SWT kurniakan.

Suasana pada awal masjlis :


7 comments:

ezzu said...

nie first time aku dgr ad kedai terbauka aidilfitri...heheheh...
best ker...??

Raja Fiqri Fauwaz said...

habis selamat hari raya.

Selamat makan-makan dan selamat bulan oktober.. :)

chenta said...

wah!tak ajak kita pun tau!kita duduk melaka je pun!heheheh :P

nur.sa said...

kedai makan, cafe dan restoren yang buat makan2 macam ni banyak jugak sekarang :D

kata kila said...

mcm best je.wiwit!

fndrocka said...

Kalau ada shopping complex terbuka stail gak

humbleyat said...

tula..byk juga dapat jemputan rumah, ofid dan kedai terbuka...tapi terpaksa korbankan semua juadah raya untuk habiskan puasa enam dan ganti huhu..sabar2, perkara yang baik akan dapat ganjaranNYA..