Monday, October 25

Kasyaf




Hari ini Kira nak cakap pasal Kasyaf.. Apa itu kasyaf??? Apasal plak tetiba tak ada angin rebut, Kira nak ckp psl benda ni..

Alkisahnya, baru-baru ni Kira baca enovel yang bertajuk Kasyaf.. Cerita dia memang best.. 

Tergerak di hati kenapa penulis dia meletakkan tajuk Kasyaf sebagai tajuk..

....Kasyaf...


Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. 

Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.
Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, 

Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.



Jenis-jenis kasyaf…

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.


2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.


3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.


4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.


5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.



Itulah alkisahnya makna kasyaf… dah taw kan??

KawaiiKira: teringin nak berjumpa dengan hamba Allah yang istimewa yang dikurniakan kasyaf..Ingin mengetahui tentang perasaan dan pengalaman mereka..

...the UNSPOKEN truth... the truth that never been revealed... =)

7 comments:

Fina Sophie said...

great post kira! sy baca dengan penuh minat @_@

Pert Doherty said...

owh.. ni la dia rupanya hal itu.. tp jangan silap ya kawan-kawan lepas baca artikel ini.. hehe.. buatlah ibadat kerana tuhan, dalam erti kita hamba dan lakukan kerana itu memang kewajipan tanpa harapa apa balasan.. jangan pula lepas baca buat ibadat tak pernah miss, tapi atas sebab nak dapat kasyaf.. ibadat macam tu dah hilang erti.. silap2 boleh terpesong akidah kerana bukan bertuhankan Allah pada niat melakukan ibadah..

tapi ape-ape hal pun.. nice artikel..

Miss Kira said...

thankz guys.. ;)

yup2..kita kena beribadat dgn ikhlas.. =)

humbleyat said...

best r artikel ni.pernah juga baca pasal kasyaf ni..

tapi dah ingat2 lupa la plak:)

congrats miss kira!:)

Hasni Sofyan said...

silahkan ijazah kepada ahlinya. Barang siapa membaca "Ya alimal goibi was-syahadah" 100x tiap selesai sholat fardhu insya Allah akan diberikan padanya Kasyaf dan iman yg sempurna

HatiTerpuji said...

Salam kepada semua..,
Kasyaf.., hmm..yg closely related..,from my experience..,not much, tapi..tetap detik hati...,yang disampaikan secara ghaib..terus ke hati.., n kita bertindak, atas rasional rasa itu..,dan, berbaloi..means, tepat...
Just, ingatlah..dugaan yang kuat biasanya dilalui pada mereka yg dijaga Allah ini..kerna hanya anda yg tahu, tidak orang lain..rejection n condemn is around.. Salam..

anas said...

Saya mahu berkongsi kisah saya sejak kecil hingga dewasa adakah ada kena mengena dengan kasyaf??

Sebenarnya saya baru tahu perkataan Kasyaf ini beberapa hari yg lalu....

article saya agak panjang...mohon admin ambil dan publish utk kita bincang sama....