Wednesday, October 27

jom tweet tweet!

Ramai yang ada akaun Twitter tapi tak berapa mahir nak gunakannya..betul tak? termasuklah mira..entah apa-apa je..orang ada twitter .. dia pun nak juga.. hehe
ok..mira dah godek-godek sikit macam mana nak guna secara optimum social networking ni sebab twitter lebih efektif untuk berkongsi apa yang berlaku dengan lebih cepat berbanding facebook.. sesuai sangat la kan untuk annonce entry baru.tapi, takde blog pon boleh je pakai.. takde plak prasyaratnya kena ada blog.. ye dak? huhu

so.......Here are some features on Twitter that you should know.Let's check these out.

1) Follow
Follow bermaksud anda akan menerima tweet dari orang yang anda follow. Tweet dari orang tersebut akan muncul di timeline/home atau application yang anda guna seperti Tweetie atau TweetDeck.
Orang tersebut juga akan diberi permission untuk menghantar direct message/ private message kepada anda.
Nak follow? just pergi kat profile orang tu dan tekat follow, nak block user pon boleh.. block kalau tak maw dia dapat mesej baru. Unfollow kalau tak mahu terima mesej orang tersebut. 
Kalau follower pulak adalah orang-orang yang terima mesej setiap kali kita tweet!

1) Timeline
Timeline sebenarnya adalah hompage kita, sama macam facebook, status kita dan status twitter yang kita follow, retweet kita dan retweet dari orang yang kita follow serta post dari list akan appear kat situ ikut masa. Maksudnya, yang terbaru akan berada atas sekali. Kalau nak tengok yang mesej-mesej lama.. scroll aja ke bawah~~
yang pasti ni bukan 'home' mira la
  crave for more..pe lagi? klik read more..
2. Post mesej.

Sama macam post status di facebook. Masukkan je apa nak tulis dekat field tu.. dan tekan Tweet, siaplah! Nak delete balik? ada delete di pilihan bawah mesej tu.


3. Reply dan Mention
-Dekat timeline ni, kita boleh terus reply sesuatu mesej..tekan je reply pada pilihan bawah mesej
Bila kita nak reply, dia akan keluar @USERNAME, kalau mira punya  @amira3112
itu untuk reply.


-mention pulak, bila kita nak masukkan nama orang lain untuk post baru..waktu nak masukkan nama orang tu, kita just masukkan @ dan dia akan keluar senarai yang kita dah follow, dan pilih je dari situ.. ala macam kita tag orang kat facebook bila kita update status..kalau tak follow atau difollow? hurm.. try masukkan username nya lepas @... yang ni tak pasti.
4. Retweet.
Retweet atau singkatannya RT boleh digunakan untuk kita 'share' sesuatu mesej yang kita rasa macam best kepada follower kita. Caranya? tekan je retweet pada pilihan di bawah mesej yang hendak di RT, mesej yang kita RT akan keluar pada timeline dan profile kita. Nak delete balik just pergi pada RT, dan klik undo retweet.
nak RT ? , klik saja,,,
dalam timeline dan profile pulak RT boleh dicam dengan simbol anak panah petak tu..

RT dalam timeline
pada profile

5. Singkatkan URL
Length field untuk kita post mesej hanya sebanyak 140 characters je.. jadi kalau nak bubuh URL panjang-panjang makan ruang la pulak.. jangan risau..
masukkan je URL ke Bit atau ke TinyURL dan singkatkan URL anda sebelum masuk dalam post.. senang kan?

6. Share picture dan video.
kalau nak share gambar. upload dulu gmabar ke salah satu site di bawah

untuk video pulak
kebanyakan third party uploader ni akan post dengan mesej yang kita nak tulis dan terus connect to twitter.
* link di atas sekalai dalam list adalah site yang selalu digunakan oleh pengguna Twitter.

7. Direct Message (DM)
direct mesej adalah private dan hanya orang yang tu je boleh lihat. ala-ala e-mail gitu.. senang saja,, klik pada tab Messages di atas, tab nya adalah di sebelah Home dan Profile. Tapi.. cuma orang yang follow kita je kita boleh DM.

8. Hashtags
Hashtags ni lebih kurang macam labels yang kita buat dalam blog. Simbol hashtags ialah #. Ada pengguna twitter yang bubuh hashtags dalam ayat mesej dan ada juga yang bubuh di akhir mesej. Contoh hashtags yang popular ialah #summer , #sweet dan #traffic.
di dalam post.
di akhir post
Jika anda tambahkan hashtags pada post anda, sesiapa yang mencari hashtags tersebut kemungkinan akan jumpa tweet anda. Ini salah satu cara nak tarik follower jugak lah.. spreading the horizon. Tapi jangan bubuh banyak-banyak sangat hashtags ni.. nanti dikira spam pulak. Maklumat lanjut boleh baca artikel ni.

Last sekali..kepada pengguna twitter, jom follow saya di sana..
klik aja banner bawah ni:

12 comments:

koshary said...

nicee tutorial about twitter!

since im out of fb, twitter is kind of fun, and less time consuming, with the same cyber social exp. walaupun agak berbeza la kn.

ohh plus, sekarang dh ada bnyk free software yg buat twitter exp more interesting mcm tweetdeck and echofon. ak guna tweetdeck, cool gak arh =)

izfanora said...

agak fobia sbnrnyer dgn web sosial nie.. hurm.. fb skrg nie pun terasa cm nk delete jer.. sesama lah kita guna teknologi untuk berkongsi perkara yang baik..

ztie said...

:) memang complicated kalau tak biasa. Sila2 lah bermain2 dengannya dulu baru ble faham. Saya dulu pun camtu gak. Tak faham2.. sekarang dah boleh ~

amira said...

koshary: huhu,,, ok..up tou lah

izfanora: hurm ada kenangan buruk ke?

ztie: betul2.. mula tak faham gak.. tapi ok la lelama

fndrocka said...

Main hashtag agak menyeronokkan!

fndrocka said...

Aku slalu gunakan twitter utk komplen crita tv yg aku tgk.haha.

[z@ck] said...

thanks! baru tau semua fungsi.kalau tak,sebelum ni just tau nak post status je =)

DaRa MaNiskU said...

bagus ek..dh follow mira.. lamer xjenguk..

amira said...

[z@xk] : huhu.. sesama.. kan sharing is caring

Amy Syaquena said...

thanks baru tahu semua fungsi..

Juelina Stanie (AJ) said...

oh gitew
aku br lg dlm tweeting nie
bookmark entry nie ^^

Fina Sophie said...

oh twitter.. :)

twitter tak ramai member dlm tu. mcm lbh bebas nak berckp sikit dlm tu. dlm twitter, i wuld update things i usually wouldn't say in fb and blog :P