Monday, October 18

Jenayah Sihir..





Seorang suami melafazkan talak kepada si isteri dalam keadaan dipukau, yang melibatkan ilmu hitam, sahkan talaknya?

Seorang isteri disihir oleh suami supaya dikunci mulut dan ditutup kes untuk mendakwa si suami yang asyik memukul, menendang dan perbuatan yang lain.Teraniayakah si isteri?

Seorang peguam sedang menuntut hak anak guam tiba-tiba tidak dapat berhujah di hadapan hakim, dan kelihatan di belakangnya seorang lelaki tua terkumat kamit membaca jampi sihir.Terbelakah hak-hak anak-anak guamnya nanti?

Seorang hakim ingin membaca keputusan yang adil dan benar tiba-tiba kaku melihat kertas keputusannya yang dibuat saban malam menjadi kosong tanpa tulisan dan tidak dapat dibaca langsung.Akan tertegak keadilan yang sering kita warwakan?

Sengaja saya letakkan situasi di atas supaya kita sama-sama dapat bayangkan penggunaan sihir yang meluas di dalam masyarakat kita.Apatah lagi, kesan-kesan ilmu sihir ini menghalang tertegaknya keadilan.Tetapi setakat hari ini, tiada lagi undang-undang jenayah sihir diwujudkan untuk menghukum si penyihir tadi.

Dan baru-baru ini, diadakan Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir bertempat di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan, Pahang Diharapkan paparan kertas kerja oleh Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa IKIP, Dr Mahyuddin Ismail dapat membantu kita dalam memahami skop-skop Undang-Undang Jenayah Sihir.


Selamat membaca ye.

18 comments:

one2paii said...

betul tuh..mmg bahaya ilmu sihir nie pada sang pendengki dan mangsa..kena la kuatkan iman dan pasang pendinding diri dengan ayat2 suci alquran serta amalkan

sizuka[Izzati] said...

sihir super-bahaya kot.jenayah senyap.hoho~

d_tieah said...

Aku kalo bab2 ilmu hitam ke sihir ke, pukau memukau ke mmg aku benci!!!
Sungguh keji la perbuatan cmni..
Ramai yg terkena dgn amalan syirik ni..
Haish..
Ape nak jdla manusia skrg kan..
Erm..

anyss said...

Salam,
Mmmmm kalau lebih percayakan kuasa lain selain Allah memang payah....tapi, ramai yang begitu ;)

Fina Sophie said...

entah kenapa, teringat pasal kes mona fendi.. they say pembantu diorang yg turut sama kena hukum bunuh tu sbnrnya kena pukau utk bunuh mangsa dalam kes tu.. btul ke?

so pukau really exist.. :/ hate.

Danial Ikhwan Jaafar said...

oh betul lah. ustaz harun din ada buat pembentangan supaya ada undang2 untuk jenayah halus ni. bagus post ni! =)

nur.sa said...

keji. sampai masa biar Allah hukum. kesian lah pada yang tak terbela.

hentakbelipat said...

huyo..main magic2 ni memang x aci ah...

Chip said...

Bagus post nie pasal meningkatkan kesedaran pasal isu yang serius nie. Kalau tak silap aku, Indonesia dah lama dah ada undang-undang anti-sihir nie. Jadi, kepada sesiapa yang terlibat dalam menggubal undang-undang di Malaysia, ada baiknya kalau kita belajar dari yang dah dulu makan garam dari kita.

Miss Kira said...

eheheh..mcm cita harry potter plak.. undang2 sihir.. hehehe

KeCiK said...

Super lah! hari ni tambah ilmu lagi!

Thumbs up!

kusut said...

@Chip
u sure bout that? hehe nanti diorang tuduh kita curi undang2 pulak :P. jkjk


tapi seriously.. camne nak tau siapa2 buat sihir? tak jadik witch hunt ke nanti?

humbleyat said...

wah..dah byk komen rupanya;)maaf labat respon sebab sibuk sesangat huhu

one2paii:
betul, yg penting jbn tinggal solat dan al-quran..nanti one2paii buatlah entry ayat2 pendinding yerk;)

sizuka[izzati]:
memnag jenayah senyap, sebab tu susah nak hukum si penyihir ni sebab kita tak cukup bukti..

d_tieah:
siapa lah yang tak benci perkara2 mcm ni..kasihan pada si mangsa yang terpaksa menderita kan? akhir zman, memang ramai golongan manusia yang telah sesat.:)

humbleyat said...

anyss:
bak kata cerita "ceplos", kehadiran syaitan didunia ini adalah untuk menyesatkan anak cucu kaum adam.jadi kita yang kena kuatkan iman kita..
upgrade your iman;)

fina sophie:
kes mona fandey adalah "landmark cases untuk kes bunuh guna ilmu hitam;)"
kes sosilawati juga bakal "landmark cases" kes bunuh terbesar tanpa penemuan mayat;)
al-fatihah untuk mereka..

danial ikhwan jaafar:
terima kasih danial. hanya sekadar berkongsi, harap dapat berkongsi pendapat juga yerk..
kertas kerja tu hanya usul untuk penubuhan undang-undang jenayah sihir, harap2 dapat dilaksanakan.

humbleyat said...

nur.sa:
betul tu nur.sa...memang ramai yang teraniaya...buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..apa-apa pun tunggu je kat hukuman di padang masyhar nanti ...

hentak berlipat:
tula pasal; sebab tu kita kena ada undang2 pasal jenayah sihir ni.
Dalam Al-Quran pun ada sebut hanya hukuman bunuh layak si penyihir dan mereka tak layak hidup kat dunia ni langsung...

Chip;
terima kasih chip,mengggubal undang2 pun bukannya satu kerja yang senang.memng patut kita buat pebandingan dan hukuman harus sesuai dengan keadaan kita dan betapa seriusnya kadar jenayah tersebut;)

humbleyat said...

miss kira:
terlupa cerita harry porter yerk ada undang2 sihir.walaupun fiksyen tapi boleh diaplikasi kan juga kan?

kecik:

terima kasih byk2 utk "thumbs up" kecik..

maju entri untuk G1..hehe..

ingatkan tak sempat post dah..

nasib baik isu ni baru lagi and
sharing is caring;)

kusut:
siapa2 buat sihir, rasa cam banyak petua mcm nak tau kita kene sihir.

nanti sy cek material seminar tu and post untuk part 2, kalau ada permintaan yg ramai ;)takut nanti ada org kata sy pakar sihir plak huhu...

Sumandak Kinabalu said...

Sihir boleh menyesatkan manusia. Dan orang selalu guna medium ni untuk mengambil kesempatan terhadap yang lain...
Hati-hati, jangan mudah tertipu...

humbleyat said...

sumandak kinabalu:
sifat sihir itu sudah menjadi perkara syirik..tapi kdg2 kita tak tau pun org hantarkan sihir sampai lah si mangsa itu menderita...sedihkan?