Tuesday, October 12

Jangan Biarkan Kuasa Menguasai Diri Anda..

Entry ini pernah dipublish di blog i dulu. Semuanya gara-gara pihak2 yang terlalu berbangga dengan kuasa mereka.. I publish semula kat sini untuk ingatan bersama. Bukan kita seorang kat dunia ni dan bukan kekal keadaan kita itu selama-lamanya...


Ni semua berkenaan dengan kuasa dan pangkat. Bila kuasa dan pangkat menguasai diri, orang boleh jadi lupa diri. Lupa asal diri dia dulu. Lupa yang dia pun pernah berada di bawah tanpa kuasa, sebelum naik ke atas dan punya kuasa. Hilang pertimbangan dan tak boleh fikir secara rasional kerana kuasa. Kerana kuasa juga, putusnya tali silaturrahim. Semua bermasam muka antara satu sama lain. Kerana kuasa, mula dibenci orang lain, hilang rasa hormat. Macam-macam lagi yang berlaku depan mata i ni bila kuasa menguasai diri seseorang.
Then pernah la i lepak dengan someone. Dia mengadu pasal bos dia yang terlalu mengagungkan kuasa yang ada. Akibatnya, hampir semua pekerja bawahannya mengata tentang dia dibelakang.. Susah kalau orang rasa dengan kuasa yang ada, dia boleh buat sesuka hati tanpa pikirkan perasaan orang lain. Gunakan kuasa untuk mengarah itu ini dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.. Macam2 lagi yang someone tu mengadu pada i..

So nasihat i (nasihat untuk diri sendiri juga ni), kalau suatu hari nanti kita ada kuasa yang sangat powerful, jangan ingat kuasa tu akan bertahan lama dan akan membantu kita sampai bila-bila. Ingat balik bila kita sebelum berkuasa. Masa tu baru kita boleh mengawal kuasa kita dengan baik.. ^_^

4 comments:

fndrocka said...

With great power..comes great responsibilities

chenta said...

tengok pada orang juga..

r.k said...

ya , duduk atas kalau jatuh sakit .. silap-silap boleh mati ....

chenta said...

lagi kalau kene dengki dgn org...terus down kot..hehehhe