Thursday, October 14

Inspirasi duniamu, kami bersamamu.

Inspirasi duniamu

Inspirasi yang paling suka digunakan sekarang ni adalah cinta. Dari cerita Hollywood be Bollywood, cerita Arab, cerita Melayu, cerita Jepun Korea, lagu Ramlee Sarip sampailah ke Lady Gaga. Inspirasi itu cinta, cinta itu inspirasi. Memang benar cinta itu inspirasi, dan kadang-kala digambarkan sebagai tujuan utama hidup. Cinta akan Tuhan, cinta akan Rasul, cinta akan Agama dan bangsa, cinta akan pasangan hidup yang sah, cinta akan sahabat, cinta akan diri sendiri.

Saya buktikan pada anda, yang saya cintai. =)
"Today, I get on a kid's Facebook account because it was his 18th birthday.  
Multiple friends had left him notes saying "happy birthday" and had written hundreds of notes telling him about their day and writing about stuff happening in their life.
He passed away 4 months ago. Their endless Love Gives Me Hope."

Selingan: malangnya inspirasi saya untuk siapkan bola getah tersebut tidak datang dari  cinta
Naik bulu roma saya masa mula-mula terbaca kisah pendek tersebut.
Memang benar cinta itu inspirasi. Namun, inspirasi pula tidak semestinya datang dari cinta semata-mata.


Inspirasi itu dapat lahir dari pemerhatian, dengan melihat termenung memerhati air sungai nil boleh memberi inspirasi untuk membina keluarga bahagia, siapa tahu kan? dah kalau kerana buah epal yang jatuh sudah cukup memberi inspirasi kedapa wujudnya teori graviti. Inspirasi itu dapat lahir daripada ikutan, didikan ibu ayah pada anaknya. Daripada pembacaan, penulisan, dan yang paling berkuasa, inspirasi yang datang dari hati kita sendiri.

Ya! kita mampu hasilkan sumber inspirasi yang kita perlukan untuk mencari tujuan hidup, sama seperti bagaimana badan menghasilkan sendiri enzyme dan sistem badan untuk kita terus bernyawa. Lihat diri kita dalam refleksi cermin, itulah inspirasi kita. Diri kita sendiri. Tak perlu cinta, tak perlu sungai nil. Hanya diri kita. 

Kami bersamamu

Sungguh, inspirasi itu luas, subjektif. Tapi ia tak dapat menghalang kita untuk terus mencari dan memberi. Seringkali saya terbayang, mungkin presentation semasa perbincangan kumpulan satu hari nanti tidak bagus, tidak mumtaz kata mereka, daif. Dimarahi doktor, dimalukan. Keluar dari bilik perbincangan, ternampak nota yang tertulis, "just do the best you can". Dari sedih jatuh basi boleh melompat penuh motivasi!.

Daripada bayangan tersebut, saya mendapat inspirasi, daripada menanti wujudnya situasi seperti itu, apa kata kita mulakannya sendiri, mana tahu dapat memberi inspirasi pada orang lain pulak kan? mungkin tak mampu setiap hari seperti pelopor asal idea ini, tapi sekurang-kurangnya kita membantu menyebarkan aura positive di kawasan kita.

Kerana kami tidak fokus dalam lecture sehingga lecturer Arab boleh merajuk
Ditinggalkan di pintu masuk restoran makanan Melayu di Mansoura, Mesir.
Seronok sebenarnya bila dapat buat macam ni, walaupun kecil dan impaknya tidaklah besar mana. Caranya mudah, tuliskan ayat yang anda fikirkan dapat memberi inspirasi atas sekeping kertas atau post-it-note. Dan tinggalkan ia di tempat awam atau mudahnya berikan pada sahabat atau orang yang tidak kita kenali sekalipun.

satu lagi perkongsian kisah,
"I have a very low self-confidence about my body image,
Today, somebody wrote on my whiteboard:
"Chloe, I am writing with my left hand so you can't identify me. You are beautiful".
Kind stranger, You Give Me Hope.
Saya dah lakukannya, mungkin anda pula? jom menginspirasikan dunia! kami bersamamu.

Di sebalik tabir

Mungkin nak menghasilkan satu post-it-note agak susah, terutamanya jika anda punya tangan tidak berseni seperti saya.

Penuh draft yang tak menjadi
Jika tak punya masa, ingat, keluar saja dari bilik, dari rumah, letakkan senyuman di muka anda. Cukup memberi inspirasi pada dunia.

Rujukan

Idea asal post-it-notes adalah hasil usaha admin anonymous thingsweforget. Hasil usaha beliau cukup memberikan inspirasi kepada saya. Berikan sokongan anda pada beliau.

Dua kisah pendek yang ada dalam post ini datangnya dari kumpulan website penuh inspirasi, anda boleh dapatkan pengalaman tersebut sendiri dengan melawat mereka. Gives Me Hope

Salam penuh inspirasi dari saya,

footnote: semasa saya sedang practical di sebuah hospital cuti semester lalu, seorang patient pesan pada saya, "nak, belajar elok-elok, nanti jadi doktor yang bagus". Esoknya patient tersebut kembali ke rahmatullah. Saya pegang kata-kata beliau sebagai inspirasi. bagaimana dengan kisah anda?

4 comments:

Kimmy Ai said...

wow, best la website tu.. anyway, kalau nak buat sticky note kat bandar kaherah macam tak jalan je.. mesti org arab nampak pastu buang.. hehe.. erm, tapi kalau letak kat kuliah macam jadi je.. hehe.. bagus, idea baru!



p/s : Al-fatihah.

Miss Kira said...

inspirasi?? hmmm... selalunya kwn2 suruh kira sentiasa berfikiran positif n tenang sbb sejak msuk u jd kurang confident sket.. depa agak risau di mana hilangnya kira yg dulu..

"U want the old u, just find peacefullness in urself..don't too stressed cause it make u further from ur aim. Be a cheerful n open minded person as before and remember Allah always, then Allah will remember u n u find the old u"

itu inspirasi kira..either masa kecewa or happy, kira ttp jdkn bnda ni sbg reminder.. hahaha

p/s: Al-fatihah

koshary said...

@kimmy ai
yup!yup!
rasanya kalau nak buat sticky notes better dekat kuliyyah or tempat mana ada orng kita. ada potensi nk dihargai sket. =D.
and yeah. the websites mmg cool!

@miss kira
agreed, sometimes we just have to go with the flow kan, work one day at a time. and just do the very best.

good luck in finding yourself back!=)
(pinjam inspirasi jugak yeh=D)

humbleyat said...

inspirasi diri ?family...
inspirasi kerjaya?keadaan masyarakat yang teraniaya...

so, be positive...;)