Saturday, October 30

Ibu, dengar tak??


 

Ada satu rumah. Ibu kata besar.
Boleh kata macam-macam ada sana.
Sungguh, adik tak tipu.
Ibu kata, makan minum semua elok.
Siap ada pembantu rumah lagi.
Semua pembantu baik-baik belaka. 
Cantik segak segala.
Memang bagus betullah. 

Ibu cakap lagi, dalam rumah tu ada taman.
Cantik! Boleh hirup udara nyaman.
Siap bangku sekali.
Boleh duduk-duduk.
Boleh siar-siar.
Nak buat apa pun orang tak kisah.
Tak ada yang marah.

 Tapi, ibu ada cakap,
Ibu tak mahu ada rumah macam tu.
Besar sangat! Ibu kata.
Adik tak faham, kenapa ibu tak suka.
Nanti bila adik dah besar,
ibu ada orang teman bila adik sibuk kerja.
Padahal ibu cakap tadi, macam suka tinggal sana.
Adik tak puas hati, adik tanya lagi.
Ibu, kenapa ibu tak nak ada rumah macam tu?
Ibu senyum je. Ibu cuma pesan, 
Adik mesti jadi anak yang baik pada ibu, ya.
Sungguh!! adik tak faham.
 
23 tahun berlalu. Baru adik faham. Tiada tempat paling bahagia di muka bumi ini selain hati dan kasih sayang anak-anak ibu. Ibu, adik mengerti. Adik sayang ibu! Ibu dengar tak?


Sedikit untuk pengetahuan kamu anak:


Sehingga 2009, seramai 1,947 penghuni di  RUMAH SRI KENANGAN (Rumah orang tua-tua). Sebanyak  59% adalah penghuni berbangsa Melayu! Manakala 19% Cina dan 16% India. Ketahuilah kau anak muda. Ketahuilah isi hati ibumu.   

Statistik Penghuni Rumah Sri Kenangan (Rumah orang-orang tua) mengikut tahun:

2006 - 1,953
2007 - 2,040
2008 -1,855
2009 - 1,947 
Sumber: http://www.jkm.gov.my
 

8 comments:

nur.sa said...

moga kita tidak tergolong dikalangan mereka yg lupakan ibubapa..

izfanora said...

ibubapa adalah insan yang paling berharga buat kita. hargai mereka selagi ada. jangan persiakan mereka..

Q said...

topik yang menarik. sesungguh sebagai anak, kits tak sepatutnya mengabaikan ibu bapa kita. nampaknya kita ada 'leaking of morality' dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kimmy Ai said...

isk3.. semoga kita tak terlalu sibuk sehingga terabai ibu bapa kita.. T_T

ztie said...

seorang ibu boleh menjaga hingga 10 org anak. Tp 10 org anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kasih ibu tiada ganti. Hayatilah ibu anda :)

mami!! Saya sayang mami! :D

humbleyat said...

dulu, ibu yang selalu manjakan kita..
sekarang, kita sbg anak harus manjakan mereka..susah ker?

hmm..renung2 kan....

Amni said...

selalu tengok kat tv anak2 yang kaya pon sanggup hantar anak kat sana sebab tak tahan layan kerenah ibu bapa.. baru hari tu baca kat news hantar ibu kat rumah tu sebab ibu kuat makan.. ya Allah... sedih nyer...

Fina Sophie said...

hmmm. :)