Saturday, October 9

I jual Gua beli

Artikel ini adalah sumbangan dari Phatlee.

nama lain untuk tajuk diatas ialah Shopping.

semalam gua gi shopping. Dengan wang sebanyak seratus dollar,gua dapat beli satu sweater calvin klein,
satu baju levis dan dua pasang kasut adidas.Serious gua puas hati.Dahlah murah.Branded lagi tu.perrh.
Apekah tujuan kita bershopping?
untuk beli bajulah kan.takkan beli ayam percik kot.

Kenapa perempuan biasa dikaitkan dengan perkataan shopaholic(suka bershopping) ?

First mungkin sebab kat dalam badan diorang memang dah ade gene "aku suka shopping".
(saper rase nak baling bulldozer sila lah ye)

Second sebab perempuan ni gemar bergaya dan diorang suka melihat kepada sesuatu yang cantik.
So dah nampak baju tu stylo lagi cantik.buat ape tengok2 lagi en.Belilah cepat.
Soal harga lain cerita lah beb.ehe.
Habis kalo dah semua benda kat kedai tu cantik macam mane?
haa..yang ini lu cepat2 lah beristifar banyak2,perasaan tamak dah mula menguasai diri lu nih.

Third sebab banyak baju2 yang berada di pasaran ketika ini adalah untuk wanita.
Tak caya cuba korang pegi butik2 baju hari ni dan korang lihat sendiri.
Hampir kesemua baju2 kat kedai tu adalah untuk perempuan.
Yang laki punyer kadang2 tak jumpa langsung section untuk diorang.Kesian giler en?

Aishah: Ko biar betul PhatLee. Aku pegi butik baju tadi takde pun nampak macam tu. Ko masuk kedai ape nih?
Phatlee: Victoria Secret
Aishah: Oii sengal. Tu kan butik untuk perempuan
Phatlee:Owh yeke?

Link: http://leeos.blogspot.com

21 comments:

PIDUT ASiS said...

hahaha..g victoria secret..memang tak jumpa la...
agak ar..barang lelaki agak kurang..tapi kalau jumpa,harga boleh tahan koyak dompet..

Post Terhangat...

Apa Yang Anda Takutkan?

nur.sa said...

tak semua pompuan kaki shopping. cuma akibat terbawa diri dengan kawan kuat pengaruh, dari takde duit pun boleh je shopping dengan duit pinjam kat kawan tadi. T___T

fndrocka said...

Cemana 100dolar boleh beli mcm2 tu.calvin klein bukan mahai ka.adidas lagi.mana kedai kau pegi ni

[z@ck] said...

aku pun minat shopping tapi consider diri boleh dikawal lagi la.hahahaha

Fina Sophie said...

hai phatlee :)

bukan apa, shopping ni kira mcm terapi utk pompuan kalau dia tensen. for me la. tapi biasanya mcm tu. ada tak pompuan yang tak suka tgok brg2 cntik? and actually, for me, kalau dah memang sengkek sgt2 pun, if pergi window shopping pun jadiah :D

cik ain said...

ngeeh~ mmg xdinafikan pompuan sebati dgn perkataan shoping! haha tapi kan aien xsuke coping le ^_^

bukan jimat, bukan kedekut, bukan xpandai bergaya..TAPI xkan la tiap bulan nk beli baju baru kan. asal boleh pkai brg lama, baju lama, So lenjan je sampai lusuh :p

kusut said...

aku pun kadang2 terjeles dgn pompuan nye fashion. banyak nye pilihannnn

shopping ni cam satu game la pada girls aku rase. pegi testing2 baju, compare prices, colour coordinate..
after a full day of shopping baru bleh buat decision. kalau terus beli, balik n pakai (mcm guys buat) tak kira shopping.

tapi in a way it's good fun. and kalau they bought benda yg sangat diorang puas hati, they will appreciate it more. well not always

KeCiK said...

umak aih. seratus dollar perabih shopping? omaiGod.

CK? Levis? adidas? dua lak tu?
omaiGod lagi satu kali.

seyesly, main bola dalam dua jam gua boleh tahan. tapi kalau shopping dalam 30min gua dah kibarkan bendera putih. tetiba je fitness takde. :)

Aida Ismail said...

haha, tapi ada betulnya..hairan jugak dengan si perempuan ni..cikda juga kaki shopping =D yang meriah punya, hahaha..planning of buying Armani Exchange A|X watch..crazy! hehe

koshary said...

@kecik, bro. same same la you and me. dulu ikut beli baju tunang akak, masuk kedai ketiga dah pancit. lari jogging sini sana tak pancit pulak. heyh. misteri.

masa beli baju raya, kami pecah yg laki ikut ayah, yg perempuan ikut mak. bila jumpa balik, yg laki dah siap beli baju semua siap baju atok lagi, yg perempuan boleh ajak pusing sekali lagi.

heyh.misteri.

mungkin ini sebabnya tiada victoria secret for men. =D

kusut said...

@kecik @koshary korang blom kawen kan? kene start training ni. nanti kene pandai entertain wife gi shopping gak (kadang2) utk amik hati diorang. kalau asik tak amik port je kang dia kata korang tak sayang dia kang dah haru hehe

Fina Sophie said...

ngahngahngahngahaha suka komen kusut.

trainingla awal2 ye. :P

anyss said...

Salam,
Sangat sangat SANGAT suka dengan komen kusut.

Aku pun tak suka sangat soping. Paling malas bila kena pi soping...2 jam melilau kat parkson je pun, masih belum beli beg. Nape lah semua tak cantik n rasa nak pegi kedai lain, tapi bila dah pi kedai sana, kenapa rasa kat parkson ni ada yang lebih cantik?

kaki dah sakit laaaaaaa hu huh u

Kan mudah kalau ada banyak duit...tak payah melilau banyak tempat. Beli je...pas tu boleh pi tengok wayang hu huh u ----> ayat tak leh blah!

KeCiK said...

@koshary - yup dude, misteri. belum ada lagi kajian saintifik dari mana dtgnya energy booster utk mereka ni tatkala mula bershopping. tamar jalis pon tak misteri mcm ni.

@kusut - training? Kalau folo mak gi usha kain kat Nilai 3 tu leh kira konsider training tak? rasa2 kalau sape2 nak g shopping leh la gua folo utk mulakan intensive training. gua beginner lagi. :)

Danial Ikhwan Jaafar said...

gi shopping dengan mak pon dah nak tercabut lutut, kalau kahwin sat lagi tak tau la camne.... =___="

MuJE said...

tolonglah jangan buat shopping mall yang besar gedabak dah. tak larat aku nak jalan taw...huhu

syer. said...

takde la..orang pompuan ni bersopin untuk melepaskan stress..bile ade prob..pastu bile nmpak baju baju comel comel wedges cun cun..terus boleh lupe prob tu..betolll..heee..

tapi ade kemusykilan la..mcm mne c phat lee ni dapat beli ck adidas bagai dengan 100 je??butik mne dye pegi??kagum sbentar :)

cik ain said...

ternyata disini LELAKI menunjukkan sikap yg xsuke coping! ngee ..

awek korang msti kadg2 coping dgn kawan2, xajak korang ek. hehe..

faten helmi nuur said...

wah gila bha , 100 dollar dpt mcm2 , memang jelas aku jelous bha ! huish, shopping nie best la, bnyk manfaat tau !! selain dari menghabiskan duit , korang boleh berexercise skali, yelah korg shoping kat mall yang maha besar dan gedang kan? ade k korg g soping kat kedai runcit pak ali? heish, so, bila jln2 tuh, scra tak lnsung dah korg buat exercise, tngok, bkn 2 in 1, 3 in 1 pon boleh :)

koshary said...

@kusut, semua girls sokong la apa ko cakap. maka terbuktilah dengan shopping bersama mereka merupakan salah satu misteri yang terungkai dalam menunjukkan kasih sayang.=DD

@kecik, and guys. jom lah start training. kalau tak training jangan kawen. =P

@girls, jgn jdi sampai tahap confession of shopaholic sudah la yeh. pening kepala laki korang kang.

kusut said...

haha mulakan training ye single guys. pegi teman mak shopping tu satu permulaan yg bagus kot.

dulu aku pun malas nk teman mak aku shopping tapi dia selalu scam aku kata nak gi farmasi la nak gi amik baju yg dia tempah la.. macam2 la. tapi seme tu akan singgah dulu kat shopping mall. skang ni bile pikir balik nasib baik la mak bawak pegi shopping.. tak le clueless bile layan wife shopping