Monday, October 4

Hilang Kepercayaan

SAHABAT


Setakat ini saya bernasib baik mempunyai sahabat-sahabat yang sanggup bersusah payah ketika susah dan senang. Bagi saya, tidak mudah saya hendak percayakan seseorang, kerana dalamannya tidak dijangka.( Mungkin peristiwa saya difitnah oleh "sahabat" yang baik pada masa itu). Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua kerana saya di pihak yang benar. Walaupun begitu, saya tidak tinggalkan persahabatan kami, tetapi cuba memahami dirinya supaya "dia" tidak membuat perkara tersebut tersebut kepada orang lain.Namun, saya diberitahu, dia masih bersikap begitu dan saya tidak sempat menghalangnya.

KLIEN/PELANGGAN



Seringkali kita mendengar dalam memajukan sesebuah perniagaan, kata-kata pelanggan adalah benar walau seteruk macam mana sekalipun. Tetapi, saya tidak berpendapat begitu, kerana klien/pelanggan adalah musuh utama. Mungkin hari dia bermanis muka, tetapi di belakang kita, cuba menikam sehabis mungkin dan cuba menjatuhkan kita. Jadi , tak kira sebaik/semanis/secantik/sekacak mana pun pelanggan tersebut, ambillah langkah yang sangat berhati-hati supaya tidak tersilap langkah di samping memberi harapan-harapan palsu kepada mereka.Contohnya, pengamal perundangan ketika di luar lokasi  mahkamah mempunyai pergaulan yang baik seperti keluarga, tetapi bila berbicara, kami bagaikan musuh yang berjuang untuk mendapatkan keadilan!.

LELAKI



Jangan marah ye, para editorian lelaki.Bukan tak percaya, cuma hilang kepercayaan apabila melihat lelaki-lelaki dikelilingi saya masing-masing mengkhianati cinta mereka. Tak kisahlah mereka ini berlatarbelakangkan agama, berpendidikan yang tinggi dan berpengalaman sekalipun.Sudah hilang rasa hormat kepada mereka jika mereka tidak setia dan melunaskan tanggungjawab mereka. Contohnya, isteri berpantang di kampung, mereka seronok ber"dating" dengan perempuan lain. Anak-anak dilupakan, isteri ditinggalkan.Ke manakah hilang rasa tanggungjawab dan ikrar kamu , kaum adam? Bukan itu sahaja, hampir saban minggu, menerima kes isteri dipukul suami (itu kalau suami yang betul-betul bersalah), si isteri lebam matanya, calar di belakang badan dan menyantau si isteri sendiri.Berimankah mereka ini?Dulu-dulu, saya suka melihat mereka yang alim, berkopiah putih kononnya satu jaminan keluarga bahagia.Namun sekarang tidak lagi, setelah melihat kelakuan mereka yang tertentu akhir-akhir ini agak mengecewakan.

Kesimpulan: Apa sekalipun, pandangan ini adalah subjektif mengikut situasi dan pengalaman yang dialami.Cuma kita perlu berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada sesiapa pun.Bahaya tau. 

13 comments:

izzad b* said...

moga anda dirahmati dgn rakan2 yg jujur berkawan dgn anda

Azrul Hisham said...

nak pupuk kepercayaan antara satu sama lain tu memang agak sukar kalau salah seorang dah berlaku khianat ke atas hubungan yang dibina..

my two cent...

KeCiK said...

To get this thing called trust, you will have to give it. Give and take.

Goyang atau cuak mahu percaya kat orang? Have no fear kak, feel free to REFER to Allah.

Thumbs up post. Peace.

p/s: Leh lupa lak turn aku 5am tadi. Burn sudah. Haha.

nur.sa said...

bab lelaki tu, contoh2 kawan di ofis semuanya baik-baik. suami orang tapi mereka masih menjaga batas seorang suami sekalipun bergaul dengan kami yang single.. so, sy respect mereka bab itu.

Raja Fiqri Fauwaz said...

setuju dengan kesimpulan..

:)

kusut said...

kenal dulu siapa2 sblum percaya/tak percaya orang tu sebab tiap2 orang memang individu yg berbeza, dgn history yg berbeza dan mentaliti yg berbeza

dan jugak satu perangai org malaysia yg sangat jelas, kita suka generalize. susah nak tukar.. tapi kita kene tukar perangai tu lah :D

maharam said...

assalamualaikum,
Selamat datang ke dunia realiti...kalau dalam fantasipun ada watak ahli sihir, dunia realiti lebih real...

humbleyat said...

@izzad..amiin, apa2 pun harus berhati2 selalu dalam memilih sahabat..kerana sahabat adalah tentang kepercayaan;)

@azrul hisham..betul tu, kalau dah bagi peluang kedua dan masih buat perkara yang sama, memnag susah nak pupuk kepercayaan itu kembali:)

@kecik..tawakal is the most important stage afterall.:)alahai kecik..takpe..next week sy remind kecik utuk post yerk..syg tak dapat nak baca entri kecik.go G1!

humbleyat said...

@ nur.Sa..org terengganu semuanya baik2..negeri darul iman kan?;)

@Raja Fiqri..thank R.F;)

@kusut..betul..harap2 kita dapat ubah pandangan yg "generalize" tu yerk..

humbleyat said...

@maharam.. tak perasan pula..watak2 ni macam dlam drama la pulak:)

kata kila said...

marilah kita bersahabat secara aman

fndrocka said...

Seronok sebenarnya mengkaji dan memerhati manusia..bila dah faham..manusia ni predictable.jugak.sebenarnya

missieza207 said...

Ya, pengalaman dizalimi, dikhianati menghilangkan rasa percaya, usah kan yang muda, yang dah nak bertemu garis penamat usia pun.
Now, hilang percaya pada sesiapa, kecuali Dia dan kekasihNya