Monday, October 18

Hidup Ini Singkat

Artikel ini adalah sumbangan dari Shaz

Salam & selamat sejahtera kepada semua. Salam perkenalan juga untuk semua. Terima kasih juga kepada 100penulis kerana sudi untuk menjemput saya menjadi penulis jemputan di 100penulis. Memang tak disangka sebenarnya, tapi terima kasih banyak-banyak

Saya sebenarnya baru balik dari hospital. Alhamdulillah adik saya dah discharge (admit ke hospital sebab accident dulu). Banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang saya bermaustautin di hospital ni.. hehehehe.. pelbagai ragam dapat dilihat.. termasuk kejadian yang kadang-kadang buat saya terfikir balik akan diri sendiri. Ragam makcik yang sakit yang dijaga oleh "bakal madunya", kerenah ahli keluarga pesakit yang kadang-kadang melampau, dan juga berita kematian pesakit-pesakit yang lain... Hemmmm

Pada hari adik saya discharge sebenarnya kami di wad menerima berita salah seorang pesakit meninggal dunia (meninggal di bilik bedah). Arwah memang sangat murah dengan senyuman.. tidak pernah lokek memberi senyuman kepada sesiapa pun. Boleh dikatakan hari tu suasana wad sangat suram... tak ceria macam selalu.

Saya pula, macam tak percaya. Sebenarnya bulan Syawal tahun ni saya menerima banyak berita kematian. Awal Syawal hari tu salah seorang sahabat yang baru je habis pantang meninggal dunia kerana sesak nafas. Memang sangat terkejut masa menerima berita tu, ye la, arwah takde penyakit.. dan berita tu memang mengejutkan semua. Lebih-lebih lagi arwah meninggalkan satu-satunya anak yang baru berusia 2 bulan... sememangnya lagi menambahkan rencah kesedihan tu.. Dan banyak lagi berita-berita lain selepas tu diterima..

Semua yang berlaku tu buat saya terkedu. Ajal & maut memang tak dapat kita duga kan? Dan sememangnya kematian seseorang adalah satu pengajaran & ujian untuk insan yang rapat dengannya.. Sememangnya satu pengajaran.. supaya kita lebih bersedia dalam kita mengingati mati...

Dan pada pagi ni, saya terbaca status facebook kawan saya. Katanya... "Hidup ini singkat... jadi adalah sia-sia kalau ia dipenuhi dengan sengketa & airmata... kerana kita akan dipersoalkan apa yang telah kita laksanakan ketika hidup nanti...." Dan saya yang tengah membaca... terkedu sekali lagi secara automatiknya... Sememangnya kena dengan semua yang berlaku pada saya sepanjang Syawal ni.. Aduhai... sememangnya bulan Syawal tahun ni... banyak juga memberi keinsafan... Hehehehe...

4 comments:

kusut said...

semua yg berlaku pasti ada hikmah kan?

nur.sa said...

hidup mmg singkat. kejap aje dah habis setahun. setahun demi setahun tup-tup dah tak ada. T___T

hentakbelipat said...

yes...hidup mmg xboleh lari dari kematian kan..jadi mcm mane nak isi hidup ni yang penting sbnanye..sbb kat sane nak gune bekal2 yang kte isi tuh

Fina Sophie said...

btul la.. masa sbnrnya pantas sgt berlalu.. kdg2 rasa sekelip mata saja..

:)