Friday, October 15

hangin dengan pe'el manusia macam ni

salam buat semua stalker-stalker blog 100 penulis =)
dah sekali aku skip post entri kat blog yang banyak berjasa ni..agak busy dan lupa nak schedule kan.

memandangkan hari ni hari jumaat bersamaan 15 hb oktober dan memandangkan lagi dua minggu je lagi exam final semester 1 tiba,maka dapat la aku online + buat entri untuk blog famili aku ni.terharu tak??ayo,tak mo pikir pasal E.X.A.M tu,buat sakit kepala je.chill!

macam mana nak teruskan hidup kalau asyik pikir exam je kan?haha.

cakap pasal hidup.......
selama aku hidup 18 tahun kat dunia ni,macam-macam spesis manusia aku jumpa.ye,semua orang melalui benda yang sama!pengalaman hidup, ye dak?

orang kata 'tak semua yang indah diluar tu indah didalamnya juga'..kira 'don't judge a book by it's cover' la kan.



macam aku,aku ada berkenalan dengan orang yang cantik secara zahir,pakai tudung..tapi..,tapi satu yang dia susah sangat-sangat-sangat nak jaga.MULUT dia!!kadang-kadang naik meluat aku tengok pe'el dia yang cakap tak serupa bikin.mulut dia kemain laser.maksud aku,dia nak mengutuk orang tu,tapi dia tak pernah nak tengok dia sendiri.kenapa?kira dia je la yang betul.oleh disebabkan dia ni cantik rupawan,memang menjadi kegilaanlah.
cantik tu bagi para lelaki aset penting.penting ok!aku ulang,penting!kadang-kadang aku rasa dia sungguh hipokrit bilamana dia gunakan kecantikan dia tu untuk menunjuk-nunjuk baik lagi suci murni.suka bagi tarbiah dekat orang tapi diri sendiri hampeh.suka nak komen cara orang berpakaian tapi diri sendiri pon macam tu.suka nak memperbetulkan orang tapi diri sendiri macam tak betul.apa punya manusia da...hipokrito ada,munafik pun ada.

selain itu,aku juga kenal dengan orang yang free-hair.kawan lama aku.dia ni orangnya pandai..cantik...baik sangat-sangat!!cuma yang bezanya,dia free-hair.tapi solat tak pernah tinggal,sungguh dia jaga solat!aku tak tipu.see,jangan menilai orang dari luaran.

aku lagi rela berkawan dengan yang orang free-hair  dari berkawan dengan orang yg cantik tapi nauzubillah ni..perangai macam mintak mulut nak aku cabaikan.meh,i tenyehkan cabai meh!kasi tebal itu bibir!hahak

aku pernah pergi dekat satu mall ni.masa nak masuk surau ,time tu aku nampak ada seorang kakak ni baru lepas tanggalkan telekung .terkejut juga aku dengan pakaian yang agak sendat,rambut berwarna..tapi buat apa??dia still jalankan kewajipan dia even luarannya kita akan mengucap panjan..

kadang-kadang aku tak faham kenapa orang pandang negatif pada golongan yang free-hair ni ??

tak usah la kita nak bermegah-megah dengan status kita yang kononnya bertutup litup tapi hakikatnya solat pun tunggang terbalik,mulut pun payah nak jaga..
entri aku ni bukan nak mengutuk mana-mana pihak.sungguh,tak da niat.aku bercerita berdasarkan pengalaman.aku pun manusia yang tak sempurna.solat pun still tunggang langgang,mulut pun still aktif mengumpat orang,mata pun still aktif tengok benda yang tak patut tengok dan tak masuk exam ,cakap mak pun still tak dengar..aku mengaku!!

pengalaman mengajar aku erti kehidupan.sebagai kesimpulannya .
bagi aku,
orang yang luarannya tampak baik tak perlu dimegah-megahkan..
yang luarannya tampak jahat tak perlu jadi bahan kutukan...
semua orang sama..yang beza antara kita amal dan kebaikan kita buat kan.

p/s : sepuluh jari aku susun jika menyinggung hati mana-mana pihak.aku juga manusia biasa yang tak sempurna.

akhir kata,peace!

17 comments:

faten helmi nuur said...

tak payah nak pelik sngt lah, aku nie sbgai seorg perempuan ynag bertudung, aku lbh suka berkawn dngn org yang free hair, tp jge sgla yang wajib, dorg tak bertudung cume sbb hati tak dpt hdyah lagi, so berdoa agr mreka dpt hidayah saje, lagi pula, kita semua sama, tak ada yang sempurna, slh tgur, betul ikut, itu shja, norma khidupan,

Miss Kira said...

so..don't judge people based on appearance..

humbleyat said...

benar, tak semua yang solat itu mendapat nilai yang sgt tinggi di sisi Allah.

Mungkin si bertudung berperangai negatif itu solatnya hanya sekadar tangkap muat dan tidak sesekali mempengaruhi nilai akhlak nya.

Sepatutnya si bertudung ini harus tahu nilai aurat itu sendiri meliputi peribadinya dan maruah agamanya..

KeCiK said...

Kalau kita solat, tak ada guarantee masuk syurga. Tapi kalau tak solat, guarantee masuk neraka.

Mummy Nana said...

Betul..betul. kadang mmg malu sendiri tgk org yg pakai tudung nie... iskh..iskh..iskh.. mungkin diorg nie pakai tudung saja jek nak menutup kejahatan diorg... tapi akak pakai tudung and baik orgnya tau.. hahaha...

hentakbelipat said...

sokonglah beb...kira semua org sama je pakai ke x pakai tudung..yang hal tutup dn x tutup aurat tu serah pada tuhan nk menilai..kita kalau boleh nak lebihpun bagi pandangn or nasihat...sbb apa, aku tgk yg pakai tdung,bila jmpa yg x pakai tdung..dia punya diskriminasi tu gila ba! pandang serong habis..macam haram..dasar islam kepala gajah apa cmtu

anyss said...

Salam,
Saya selalu je jumpa "pompuan canti yang pengotor" huhuhu hu Entah kenapa jadi fobia dengan pompuan cantik ;)

fariehan ibrahim said...

manusia kn,
mcm2 pe'el yg kdg2 kte jd t'lalu menymph n fed up, huuhu
but dats true,
dont judge a book by its cover,
xknal maka xcinta,
da knal maka benci,
hahaaha XD

fndrocka said...

Dosa org lain2. .takde yg naksum mcm rasulullah.yg tak bertudung dosanya terang2 sebb tunjuk helaian rambut.yg bertudung dosanya mungkin kat lain2.

Dulu ada ustaz xkp..kalau saya semayang tp dlm masa yg sama sy berdating..pegang tgn..apa maknanya?ustaz kata solatnya mungkin tak sempurnaa.wallahualam

kusut said...

yg penting, kita tau bezakan yg betul n yg salah. kalau kita boleh tegur lagi baik tapi tak perlu buat orang upset lah

wanie m'nJ said...

@ faten helmi nuur ,
tau x pa,mereka belum dapat hidyah lagi.macam yg x reti jaga mulut tu jugak la,mereka masih belum dapat hidayah lagi.haha

@ miss kira ,
yup!!sokong!!macam saya kata,
orang yang luarannya tampak baik tak perlu dimegah-megahkan..
yang luarannya tampak jahat tak perlu jadi bahan kutukan...

@kecik ,
solat itu WAJIB tapi perkara wajib yg kita buat tu belum tentu penuh kan.cover pakai yang sunnah.

@mummy nana,
hahahaha,ye akak baik even saya x pernah jumpa akak..hahahah*ayat bodek*

@hentakbelipat,
betul!betul!masing-masing ingat diorang tu sempurna sangat.nobody's perfect!!kan.

@anyss,
pengotoq????
oh,nooooooo!!!
lawak la sampai ke fobia..haha

@fndrocka,
sokong sgt.dosa yg kecik tu bila buat selalu,jadi jugak dosa besar..

@kusut,
a'ah,tegur..tapi manusia ni kadang2 selfish.
ada yg boleh terima bila ditegur,ada yg sebaliknya..

.s.o.f.i.a. said...

aku penah free hair..... dan aku baru mula bertudung......... so aku tatau nak komen sebagai golongan mana.... so aku diam jer ah. he he.....

wanie m'nJ said...

hahahah...
diam lebih baik..
p/s : byk betol 'so'

Aida Ismail said...

Yang layak untuk menghukum sesuatu itu Allah, cukuplah kalau kita tahu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk =)

nur.sa said...

yang terbaik adalah mampu mengikut suruhan dan meninggalkan laranganNya yang dah terang-terang kita tahu..

amal maa'ruf nahi mungkar..

:D

Ilidina.. said...

dunia skrg ni mmg kne aplikasi kn dont judge a book by its cover..=)

wanie m'nJ said...

@aida ismail,nur s.a,llidina :

SOKONG!! +)