Friday, October 15

Gunakan STAR Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Anda

Kebanyakan orang kat cakerawala ni akan melalui sekurang-kurangnya satu sessi temuduga dalam hidup masing-masing dekat muka bumi ini. Tak kiralah kalau temuduga tu untuk kerja, biasiswa, permohonan pinjaman bank atau pun soal-jawab dengan bakal pak/mak mertua. Jadi, bagus jugak kalau kita bersedia macam mana nak menjawab soalan-soalan yang bakal datang bertubi-tubi ke arah kita. Kan?
  
Tapi, macam mana ye?
Ini tip saya berasaskan pengalaman  di temuduga sendiri, pengalaman berkerja lebih sedekad dan pengalaman menemuduga bakal pekerja semenjak 4-5 tahun yang lepas: Ingat STAR. Selepas bukti pendidikan dan pengalaman kerja kita, STAR inilah yang di cari-cari oleh kebanyakan penemuduga dalam calon temuduga mereka.
  
Eh? Tapi apa ke jadah pulak makhluk bernama STAR nie?
STAR bukan bermakna kita mengupah seorang selebriti howwtt untuk mewakilkan kita ke sessi temuduga kita. STAR juga bukan macam yang di cari-cari oleh Akademi Fantasia, Malaysian Idol mahupun Simon Cowell dalam X Factor. Tak payah nyanyi ke joget ke mintak orang SMS untuk undi kita ke (OK, mungkin ada kene-mengena kalau itu jenis kerja yang kita carik). STAR juga bukan satu produk magic keluaran pawang ke tok bomoh. STAR nie sebenarnya sebuah akronim.
Akronim? Macam mana pulak akronim nie boleh menolong?
Dekat Malaysia sekarang belambak graduan-graduan dan lain-lain orang yang berpendidikan tinggi yang tak dapat berkerja. Kenapa diorang jadi macam nie biarlah di jadikan cerita untuk hari yang lain tapi hakikatnya, bila dah ramai orang mintak satu jawatan tu, peluang kita yang marhaen nie untuk dapat jawatan tu akan jadi makin rendah. Yelah kan...sah-sah orang yang mintak jawatan tu paling koman pun ada kelayakan minimum untuk mengisi jawatan tu. Dia ada degree, kita pun ada degree. Dia ada masters, kita pun ada masters. Gitulah.
Jadi, kita kenalah buat sesuatu untuk membezakan diri kita atau dalam erti kata lain, bina identiti kita dalam beberapa minit yang kita ada bersama si penemuduga. Kalau kita ingat STAR, kebarangkalian kita untuk dapatkan kerja akan meningkat kerana kita akan menjawab soalan penemuduga menggunkan struktur yang baik, terang dan jelas. Macam tulis cerita atau blog. Kena ada struktur. Kalau takde struktur, tak best lah.
Itulah STAR sebenarnya. Cara nak menjawab soalan penemuduga seelok-eloknya...
Situasi: Bila di tanya soalan, kita ceritakan situasi dengan teperinci tapi tinggalkan maklumat yang tak penting atau tak relevan kepada jawatan yang kita mintak. Contoh situasi: Buat assignment berkumpulan masa sekolah/kolej/university. Lepas 2-3 minggu, kita sedar yang salah sorang ahli kompolan kita tak bagi kerjasama yang sepatutnya, selalu ponteng meeting, bagi alasan macam-macam.
Tanggungjawab: Pastikan kita terangkan tanggungjawab asal yang di berikan kat kita dalam situasi tu. Contoh tanggungjawab (menggunakan contoh assignment tadi): Kerja kita contohnya, specifik untuk cover Bab 1 dari 5 bab yang ada dalam teori saintis A. Tujuan kita tekankan tanggungjawab asal kita ialah untuk mengukuhkan lagi yang kita sebenarnya sanggup untuk berusaha lebih daripada apa yang dipertanggung jawabkan untuk berjaya.
Aksi: Inilah peluang untuk kita meng-up-kan diri untuk tunjukkan yang kita ada inisiatif sendiri untuk membantu orang lain untuk kebaikan sendiri dan kumpulan kita. Ramai orang pandai belajar tapi tak ramai orang yang boleh berkerja dengan orang lain. Kita cuba buktikan dengan bagi contoh yang bagus. Jangan tipu atau buat cerita fiksyen pulak ye? Kalau kita tipu, dalam kerjaya kita nie, cepat aje orang akan tau penipuan kita...
Rumusan: Tak guna kalau kita dah susah-payah mengapplikasikan yang atas tadi tapi kita tinggalkan cerita kita tergantung gitu saje. Kita kene pastikan yang rumusan yang kita bagi adalah elok dan menggambarkan kejayaan kita dalam mengatasi halangan. Jangan pilih cerita sedih pulak yang penghujung dia kita kalah ke putus asa ke. Cerita-cerita gitu elok di tolak  ke tepi. Kita fokus pada yang positif saje.
Ikut pengalaman aku yang tak seberapa nie, inilah antara cara yang paling baik untuk menjawab soalan semasa temuduga. Otak kita yang selalunya akan bercelaru bilaberhadapan dengan bakal majikan kita akan lebih tenang pasal kita dah ada plan dan struktur dalam minda kita. Bila otak kita kurang bercelaru, kita akan kurang nervous. Bila kita kurang nervous, kita akan lebih konfiden. Bila dah ada konfiden yang buruk pun boleh nampak lawa, yang pendek nampak tinggi. Yang tak berapa cerdik pun boleh nampak pandai. Senang cerita, habis je sessi temuduga tu, kalau takde aral, jawatan tu boleh di anggap dalam tangan kita dah.
Semoga benda nie boleh memanfaatkan anda semua. Selamat maju jaya!
Chip tengah memikirkan masa depan dia dan mengatur strateginya untuk mendapatkan "dream job" nya. Sementara tu, Chip akan mengikuti perkembangan terbaru kelab kesayangannya, Liverpool FC dan  berkongsi pendapat di blognya sendiri, Hikayat Skuter Hijau...

4 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

wah, mantap! simpan untuk rujukan akan datang. =)

chenta said...

dah lepas interview..alhamdulillah.. ^_^

Sofia said...

Alhamdulillah.. sY pun dah lepas interview kerja dan lulus.. Alhamdulillah sgt2.. xsabar nk memulakan langkah ke alam pekerjaan..
Yang penting dalam sesi temuduga, kita kena yakin dan pandai menggunakan intonasi suara supaya dapat menarik perhatian panel kita.. Keyakinan akan lahir dari wajah dan juga gaya percakapan... Yakinlah!!!

CikGadis said...

tq utk info berguna nie..