Friday, October 1

Gua Yang Marhaen....



Masakan tidak gua melabelkan diri gua sebagai Marhaen. Walaupun hampir 3 tahun lamanya berblog, masih banyak yang gua tidak mengerti. Dari sebesar biji sawi sehinggalah sebesar ciptaan yang Maha Esa, itulah ibaratnya marhaennya gua. Tipikal seorang yang ingin tahu mendorong gua belajar dan terus belajar berkenaan blog. Gua juga turut memegang pesan junjungan besar kita, Rasullah S.A.W "Tuntulah ilmu hingga ke negeri China".
Gua hidup dalam kepompong sendiri. Berblog dengan topik dan subjek yang gua cintai. Itulah yang tercatat dalam blog gua selama hampir 3 tahun ini. Gua tak ganggu orang dan gua suka bekongsi dengan orang, atas sebab inilah gua berblog, sharing is caring. Sambil itu gua juga ingin berterima kasih pada sesiapa yang pernah mengajar gua ape itu Nuffnang,blogwalking,Trafik dan banyak lagi. Rasa ego dan malu itu gua campak jauh demi menuntut ilmu. Gua tak mahu sesat jalan dan orang macam gua susah nak cari pangkal jalan.


Sifat inkuiri gua yang tinggi kebelakangan ini, semakin mendorong gua menuntut apa saja untuk dipelajari. Gua kini tidak lagi berasa kekok untuk belajar dan mendalami sesuatu. Asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama dan budaya, gua akan dalami.

Iklan 100penulis ini gua jumpa di lama sosial, Facebook. Melalui page seorang rakan. Dengan rasa rendah diri gua menghantar permohonan. Jutaan terima kasih gua tujukan kepada Admin 100penulis yang sudi menerima gua sebagai editor. Gua harap dapat melebarkan lagi jumlah kenalan di ruang siber ini dan seterusnya memperbaiki mutu penulisan di ruangan blog.

Terimalah hasil buah tangan sulung gua untuk 100penulis,

salam perkenalan dari gua.

6 comments:

print said...

teserlah kejujuran anda dalam
menulis. Blog anda juga bagus untuk mereka yang meminatinya.

r.k said...

brader , lu pun ade lepak sini .. cun lah .

humbleyat said...

wah, blog marhaen memang unik la.

sYazY_dZaiMa said...

wah,suka ur blog sebab maybe saya boleh blaja pasal bola kot lepas ni dr situ,haha :P

fndrocka said...

100penulia ni satu projek yg baguss

CikGadis said...

salam kenal..