Monday, October 18

Gua seekor kambing

Gua seekor kambing
Gua jarang mandi
ORANG tu sibuk mandi
Badan bersih katanya
Badan wangi katanya
Gua tanya dia
Hati lu bersih?
Hati lu wangi?
Dia senyap



Gua seekor kambing
Gua suka makan
ORANG tu juga suka makan
Lapar katanya
Kenyang katanya
Gua tanya dia
Halal ke haram?
Semua lu bedal?
Dia senyap

Gua seekor kambing
Gua tak reti cakap
ORANG tu sibuk bercakap
Hal itu hal ini
Itu boleh ini tak boleh
Gua tanya dia
Lu tau apa lu cakap?
Cakap pandai buat tak pandai?
Dia senyap

Gua seekor kambing
Gua tak ada Fesbuk
ORANG tu ada Fesbuk
Sosial katanya
Berkawan katanya
Gua tanya dia
Semua lu nak upload?
Semua lu nak share?
Dia senyap

Gua seekor kambing
Aidiladha dah dekat
Gua mungkin jadi korban
ORANG tu juga korban
Gua tanya dia
Apa lu dah korban?
Study siang malam
Nak dapat diploma
Nak dapat degree
Kerja siang malam
Nak kumpul duit
Nak senang bila tua
Itu lu korban?
Solat express dua-tiga minit?
Ada tahlil ringkas dah cabut?
Ada kuliah subuh dah cabut?
Dia senyap.

Gua lapar.
Gua pon sambung makan rumput.
Nak join gua makan rumput?
Silakan.


s/t: Jangan pandang rendah pada kambing. Kambing itu abstrak dan hanyalah metafora dalam entri ini. Ingat kambing, ingat Derby County.

gif animator

Tekan menatang kelip-kelip ni free.

10 comments:

one2paii said...

haha..ingat kambing,gua ingat lu..hehe

Fina Sophie said...

entri menegur secara kiasan ye. :)

princess pisang said...

mmmbeekkk..mmmbeekk...(bahasa kambing)

aYaz said...

giler sentap..
kambing pn kambing laa...

anyss said...

Salam,
Saya penah jumpa kambing yang ensem kat Aceh ;)

Raya aji dah dekat ya....
sila awas si kambing, kena sembelih kang!

nur.sa said...

fuh,bagusnya entry. at least kambing takde dosa mcm manusia.. :)

KeCiK said...

125@ haha,feel free to do so bro.

fina sopi@ enamblas markah utk anda!

anyss@ how hensem is dat kambing? for sure kambing tu xleh tunjuk peace kan?

nur.sa@ yeah, busuk tak semestinya tak wangi. wangi tak semestinya tak busuk.

izfanora said...

suka entry yang comel camnie..

simple n nice..

r.k said...

KemBinG ! haha .

Bing , lu tak cukup rare kalau takde fb .. haha .

muhasabah diri wahai kambing-kambing ... mmmbekkkk

Sumandak Kinabalu said...

Panas telinga...hehehe