Monday, October 25

Goncangan Hati?


Drama Akasia "Chinta" mempunyai tarikan tersendiri bagi saya mengikuti setiap episodnya.Sanggup pula saya berkejar setiap petang dan  tidak mahu ketinggalan. Bukanlah kerana saya peminat Fasha Sandha, cuma saya tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan melalui cerita ini.Minggu pertama, kebanyakan watak-watak-watak mati ketika cerita ini baharu sahaja bermula.

Jarang di awal episod, watak-watak yang dilakonkan oleh pelakon ternama dimatikan.Saya teruskan  menonton sehingga saat Chinta menyalahkan takdir dan  apa yang terjadi padanya adalah tidak adil baginya. Saya tersentap!Takkanlah cerita ini nak mengajar kita menyalahkan takdir? Mesej yang kurang baik..hmmm

Tetapi , saya merasakan mesej cerita ini kuat dan harus disampaikan di kalangan masyarakat kita yang sering merasakan kehidupan mereka tidak adil.Contohnya,(saya pasti ramai di kalangan pembaca ini adalah pelajar, wajar saya bagi contoh yang terdekat supaya senang disampaikan), sebagai pelajar yang belajar bersungguh-sungguh, yakin mendapat keputusan cemerlang, setiap silibus tidak ditinggalkan langsung, tetapi mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan dan terus menyalahkan takdir.Terdengar pula dia bahawa si pelajar B yang agak bermain-main waktu belajar mendapat keputusan yang lebih cemerlang darinya. Apakah salah dirinya?

Seorang ayah mendidik keluarganya sebaik mungkin dalam memberi didikan agama, tetapi tidak berjaya apabila anak-anaknya terbabit dalam gejala sosial dan sebagainya.Adakah masih mahu menyalahkan takdir bahwa segala ikhtiarnya tidak cukup?

Dan apa yang saya dapat simpulkan di sini, sesungguhnya Allah telah berfirman dan bacalah dengan mata hati anda, usahlah membaca hanya sepintas lalu ya.

"..dan Kamu menyangka kepada Allah dengan bermacam-macam prasangka. Pada saat itulah diuji orang-orang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.." (Al Ahzab 10-11.)

7 comments:

Amni said...

bersangka dengan allah tu la yang terbaik kan? pernah tengok cite ni sekali 2 je.. lepas tu dah tak tengok dah.. so tak tau la nak simpulkan apa dari cite ni.. huhu...

Fina Sophie said...

i dont really watch it. actually, jarang tgok tv, kalau tgok pun, tgok berita. oh apsal kedengaran mcm skema ni hiks.

mcm menarik. sy try nti ;)

humbleyat said...

@amni:
betul..kena ada husnu zann..
tulah, cerita ni misteri sket mesejnya..tak dapat nak agak ending die mcm mana

@ fina sophie:
sbenarnya tak terpk nak follow citer ni, tp bila byk watak utama mati,rasa ingin tahu tu membuak2 cewah!

skema ek..hehe..dah mcm wt hujahan la plak..

hari ini part chinta ngan lawyer sharie plak, rasul iman,plg best waktu chinta query dan blame on qada' and qadar dan cara rasul iman pulihkan pandangan chinta semula :)

nur.sa said...

menyalahkan takdir? mudahnya kan kalau boleh salahkan takdir. tapi bersangka baik jugalah yang dituntut..

suka jgk cerita ni, tapi nak menunggu chinta tu berubah daripada terpesong mcm tu, lamanya aiii..

humbleyat said...

nur.sa:

tulah..sape2 yg agak kurang pegannya cam chinta suka menyalahkan takdir..dat's why citer ni fokus pd watak chinta utk membetukan mind setting tu..

sebnarnya, iman kita diuji apabila semua yg kita syg dipanggilNYA..termasuk akidh kita:)

ari ni byk part rasul iman..suka dengar pasal rasul iman menjelaskan kenapa harusnya ada byrn guaman;)hehe

Penduga Arus said...

Sudah sampai masanya filem atau drama Melayu yang merealisasikan unsur2 agama Islam dalam layar lebar mempelajarinya daripada pengarah2 filem negara Republik Islam Iran.

Contoh paling mudah, dalam filem2 Iran, pelakon muslimah tidak menanggalkan tudung walaupun ketika melakonkan adegan di dalam rumah sendiri.

Wallahu Ta'ala a'lam.

humbleyat said...

penduga arus:
setuju sangat.

kalau tengok pencalonan anugerah skrin 2010, majoriti drama berunsurkan agama. Tahniah buat penerbit yang menghasilkan karya-karya yg berkualiti.