Friday, October 15

GB? Apa Maknanya Kepada Pelajar Universiti

Bagi seorang mahasiswa di universiti, kependekan GB bagaikan bayangan maut yang akan mencabut nyawa. Bak hukuman gantung yang dikenakan kepada penjenayah. Ada apa dengan GB? Apa dia GB?

GB adalah singkatan kepada “Gagal Berhenti”. Maksudnya: pelajar ini telah gagal dan diberhentikan dari universiti setelah pencapaiannya kurang dari purata 2.00 pointer setiap semester selama dua semester berturut-turut. Walaupun bilangannya tidak ramai, namun, bagi saya sangat merugikan negara. Kenapa?


 
Pelajar yang diterima masuk memasuki IPTA di Malaysia adalah golongan pelajar yang terpilih daripada puluhan ribu calon yang memohon. Bermakna, mereka memang cerdik, mempunyai iQ yang tinggi dan mempunyai masa hadapan yang cerah. Sekiranya golongan ini disingkirkan dari universiti, banyak perkara lain yang akan berlaku seperti rendah diri, malu, tertekan dan ada ketikanya menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat. Saya telah menyaksikan beberapa kes yang sebegini.

Bukan mudah untuk pihak universiti memutuskan GB kepada seseorang pelajar. Prosesnya agak panjang dan berlaku dalam beberapa peringkat. Itupun setelah sedaya upaya cuba diselamatkan agar tidak berlaku keciciran seumpama itu. Namun, ada massanya pihak pentadbiran perlu akur dengan kekurangan pelajar berkenaan.

Pelajar kebiasaannya tahu yang dirinya bakal menerima penalki berupa GB ini. Sekiranya anda yang berada dalam situasi ini, apa yang perlu dilakukan?

1. Jumpa mentor atau pembimbing anda di fakulti sekiranya anda tidak berkeupayaan untuk menelan subjek yang anda bawa itu. Contohnya, anda perlu ikuti bidang perubatan, sedangkan anda dah mencuba satu semester lepas tetapi keputusannya memang tidak begitu menggalakkan. Jadi berbincanglah dengan mentor menti anda untuk atasi masalah ini. Mungkin anda perlu ubah cara belajar.

2. Mintak nasihat bahagian pentadbiran untuk tukar jabatan atau fakulti. Jika anda rasakan yang anda memang tidak mampu bertahan lagi dengan fakulti dan jabatan yang anda ikuti, mohonlah tukar jabatan atau fakulti. Contohnya, anda dari fakulti perubatan, minta ditukarkan ke fakulti sains di jabatan biologi. Anda mungkin boleh menguasai pelajaran dan subjek di jabatan baru yang sedikit mudah berbanding perubatan. Walaupun anda perlu bermula dari awal semula, itu lebih baik daripada anda perlu memohon untuk masuk universiti semula kerana tempat yang terhad memungkinkan permohonan anda tidak diterima pada masa hadapan.

Dua perkara ini nampak mudah untuk dilakukan, namun sebenarnya dua perkara itulah yang gagal dilakukan oleh ramai pelajar yang terpaksa meninggalkan universiti dengan langkah yang berat. Anda mungkin akan rasa sedikit malu, segan, rendah diri atau sebagainya yang bersifat negatif, namun cubalah berfikir positif biarpun sekali.

Bijaklah bertindak pada tempat yang sesuai. Satu keputusan anda yang bijak pada saat yang sesuai itu mampu mengelakkan anda daripada terjerumus dari keciciran pada tangga yang tinggi (bukan semua orang berpeluang untuk masuk dan belajar di universiti, jadi gunakanlah sebaik-baiknya). Satu keputusan anda yang mudah itu, seperti memohon tukar fakulti dan jurusan, banyak mengubah hidup anda pada masa hadapan. Jadi bertindak bijaklah.

Kekesalan saya tentang seorang pelajar yang GB pernah saya tulis di entri Demam Peperiksaan. Dan saya rasa sangat kesal kerana tidak mampu membantu pelajar berkenaan.


Kepada adik-adik yang sedang belajar di universiti dan terbaca entri ini, belajarlah bersungguh-sungguh. Ramai yang harapkan kejayaan itu walaupun hasilnya kepada diri sendiri nanti. Andainya telah lakukan sedaya yang mampu, tetapi masih lagi berhadapan dengan risiko GB ini, bertindaklah cepat-cepat sebelum menerima surat cinta sebegini. Lambat sedikit keluar dari universiti itu tidak apa-apa, berbanding tidak sempat menamatkan pengajian langsung. Fikirkan semuala berapa banyak masa, kos dan tenaga telah dihabiskan. Apa salahnya bertahan sesaat dua lagi untuk tukar fakulti dan kursus, berbanding pikul beg balik kampung tanpa bawa apa-apa. Selamat menduduki peperiksaan.

17 comments:

aYaz said...

tetibe merindui zaman study kat IPT yang dah berlalu..

kusut said...

rugi memang rugi tapi sesetengah orang memang susah nak score dalam exam, atau dah salah pilih (atau kadang2 diberikan) course yg tak sesuai langsung utk dia.

kalau ada yg drop out, diorang kene tau yg hidup tak tamat kat situ and diorang sebenarnya boleh mencuba lagi.

education bukan untuk anak2 muda je

r.k said...

encik ni seorang pensyarah ?

Tuan , saya dah pernah GB . Memang sakit akibat GB ni . Yang paling meniggalkan kesan adalah perlian mereka yang masih di U dan juga perlian keluarga , tapi hidup masih perlu diteruskan . :)

Sekarang Tuan , saya melanjutkan pula pelajaran di U lain .. Harap-harap habislah .. haha

nitestalker said...

kehidupan mesti diteruskan.... aku sendri pernah merasa...

cik ain said...

erm... ain seorang student lagi. kalau sebut pasal GB mmg minx dijauhkan. AMIN harap2 terus temui kejayaan di mase depan

maharam said...

Ayaz: zaman belajar memang menyeronokkan. Hanya fikir pasal exam je....itupun dah hujung semester.

Dah kerja, memang seronok dapat pegang duit tapi...penat juga kan. Baru tahu susah cari duit.

maharam said...

Kusut: Kena bijak bertindak. Bila dah tahu susah nak score...jumpa pihak pentadbir macam Dekan atau ketua jabatan sebelum masalah jadi lebih besar. Mereka akan sarankan beberapa cara untuk atasi. Jangan tunggu GB dulu...peluang untuk masuk semula universiti belum tentu ada.

YUP...kena halau dari Universiti bukan bermakna hidup dah musnah. Kalau bijak atur perjalanan hidup, mereka lebih berjaya dari orang lain sebab mereka tak mahu kecewa lagi

maharam said...

r.k: Tahniah kerana sdr KUAT menahan semua perlian itu. Ramai dari kita hanya tahu memburukkan lagi keadaan sahaja, bukannya nak membantu.

Perli dengan kegagalan orang lain satu bentuk hukuman paling keras. Tak nampak tapi kesannya sangat besar. Sdr dah berjaya laluinya dengan tabah. Insyaallah kalau kena dengan kursus, padan dengan penerimaan diri terhadap subjek itu, ditambah dengan usaha... lambat sikit konvo pun tak apa, asalkan konvo dengan cemerlang.

sdr dah berjaya buktikan yang sdr juga mampu macam orang lain juga kan? Kalau ada silap lepas yg jerumuskan sdr dengan GB, usah ulang lagi. Kalau memang tak sesuai dengan subjek yg ambil waktu itu, inilah masanya untuk buktikan yg sdr juga berpotensi.

Saya memang SANGAT KAGUM dengan orang yang bangun dr kemusnahan dengan penuh azam. Sebabnya, bukan mudah nak bangun dan b ukan semua orang mampu bangun. Tahniah!

maharam said...

nitestalker: Teruskan kehidupan. Kalau tahu memanfaatkan peluang dan tahu upaya diri dalambidang apa, orang yang pernah gagal itu sebenarnya mampu berjaya lebih cemerlang daripada orang yang tak pernah gagal.

Paling utama: Yakin diri. Semangat untuk buktikan bahawa kita bukanlah akan gagal selamanya.

Orang yang cemerlang dan menjadi lagenda dalam sejarah bermula daripada beratus kali kegagalan. Sekali mereka mencipta jaya, kejayaan itu kekal berabad-abad lamanya.

maharam said...

Cik Ain: Tak ada siapa minta untuk gagal. Sekiranya keadaan tidak begitu memberangsangkan, kita perlu tahu bagaimana cara untuk bertindak sebelum terlambat.

Agak sayang untuk kehilangan sebilangan pelajar dari universiti sebelum mereka tamatkan pengajian. Alangkah baiknya kalau mereka tahu bagaimana cara untuk tamatkan pengajian tanpa perlu memegang status GB.

Selamat belajar. Tetapkan azam dan teruskan usaha,jangan lupa doa, insyaAllah...dengan izinNya cik ain boleh berjaya. Malaysia perlukan tenaga muda yang bercita2 besar

humbleyat said...

Saya sentiasa mendoakan sahabat saya yang lambat bergraduasi.

Dan bila mendapat tahu mereka sudah berjaya, saya pulak yang terlebih teruja dan lega;)

Bukan senang nak melalui tempoh itu untuk menjadi super senior sebelum bergraduasi dan tika rakan-rakan sebaya sudah punya kerjaya masing2!

CikGadis said...

owh. GB tue gagal berhenti rupanya. ingatkan guru besar. hehe. sori lar.. trsilap tafsir.

Shafiq AfQish said...

Dimana mlanjutkan pelajaran.? Maaf tanya.

Hikari Hidayah said...

Salam. Saya baru jumpa artikel pasal GB ni. Sebenarnya saya GB dah, dah buat rayuan. Tapi keputisannya, ditolak. Skrg ni saya rasa lost seketika. Tak dapat buat keputusan lagi untuk next step

NUFA's said...

Assalamualaikum saudari. Maaf jika saya bertanya. Apa perancangan saudari apabila rayuan ditolak? Saya pun GB dan tgh lost taktau nak buat apa.

NUFA's said...

Sambung uni mana pulak? Lps gb tu terus study tempat lain?

NUFA's said...

Salam hidayah, mcm mana handle emosi lps dpt tau tu? Cara nak inform parents. Dan skrg buat apa? Maaf bertanya.