Tuesday, October 5

Epal dan Durian, mana pilihanmu?

Salam rindu buat semua (maklum last week ter'skip' schedule,haha)

Macam dah lama pulak tak menulis nie, kosong tanpa angin kepala otak nie nak berfikir. Sebelum meneruskan bebelan saya ini, saya nak minta maaf atas keterlanjuran last week sampai terlupa nak buat entri schedule,haha. Lagipun sangat busy sebab banyak assignment and mid-term jugak. Tapi, yang paling happy ialah.............SAYA AKAN BERGRADUAT 09.10.2010 ini!! Alhamdulillah atas segala kurniaanNya :)



So, hari ini saya tiba-tiba dapat idea (lampu keluar dari kepala, blink) untuk menulis pasal Epal dan Durian. Sebenarnya ini bukanlah entri untuk 2 buah tersebut tetapi tajuk entri ini adalah 1 bahasa tersirat yang dimaksudkan dengan luar negara dan dalam negara; Epal mewakilkan luar negara dan durian mewakilkan dalam negara.

Isu yang saya ingin utarakan di sini adalah sejauh mana anda memilih epal dan durian dalam hidup anda.Tak paham? Saya akan cuba mengupas satu persatu.

  1. Cara hidup kita - ramai yang sudah melupakan adat resam negara kita dan memuja adat orang puteh. Katanya, mereka hebat, mereka maju. Teringat pulak lagu singkong dan keju --> Parfummu dari Paris, Sepatumu dari Italy, kau bilang demi gengsi, semua serba luar negeri (hahaha)
  2. Melalui hiburan - sekarang, muzik barat, musik negara jiran lebih-lagi lagi Indonesia semakin dipuja sedangkan artis dan para penggiat seni negara kita semakin ramai dan bertungkus lumus menghasilkan lagu dan muzik terbaik. Tengok Yuna, siap omputeh jemput dia pergi LA buat alagu sama-sama. Banggalah weih, jangan ingat lagu Malaysia semua tak best.
  3. Barangan -  Ini paling ketara! Ramai sekarang tak pandang pun barangan buatan Malaysia, mereka kata Malaysia takda kualiti, tak berani cuba. Hanya kereta Malaysia sahaja yang mendapat sambutan. Saya belum melihat peningkatan dalam pembelian barangan Malaysia yang lain.
  4. Pemakaian - Part nie pun tidak kurang hebatnya. Sekarang ni zaman fesyen korea kot. Jadi, jaranglah tengok anak dara melilau, jalan2 dok pakai baju kurung, pakai kebaya lagi. Tapi, kalau tak nak pakai, biarlah pakaian yang dikenakan itu sesuai dan tidak mencolok mata.
Oleh itu, antara Epal dan Durian, ada pro dan kontranya. Tidak salah untuk mengidolakan sesuatu perkara dari luar tetapi haruslah ditanamkan dalam diri bahawa kekaguman kita itu pastinya akan mengubah sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka ada. 

22 comments:

nur.sa said...

saya suka epal tapi kurang suka makan durian. :P

kalau ikut empat bab yang syazy kupas tu, pada saya, yang mana elok dan amalan baik yang ada pada mereka, tak salah kalau kita kutip dan ikut. tapi jangan sampai benda-benda negatif turut kita ikut.

conteng conteng said...

Saya antara yang berpeluang belajar di luar negara (US) untuk 4 tahun.

Bila di sana barulah kita nampak kelebihan negara kita, barulah terasa rindu dengan 'durian' yang kita ada dan barulah tahu betapa manisnya 'durian' kita berbanding 'epal' di bandar New York.

Betul lah orang kata, selagi kita tak keluar dari rumah kita, kita takkan tahu rupa bentuk rumah kita, berapa besar tingkap dan warna apa bumbung kita.

Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan entri yang sangat mendalam ini. =)

contengconteng

suziesanji said...

saya suka durian!! =)

tapi.. hidup lebih epal dari durian.. erks.. maceh mengingatkan.

kusut said...

sokong apa yg contengconteng cakap tu. bile dah kat luar ni baru nampak hebatnya negara sendiri

semua orang/negeri/negara pun tak sempurna. tapi kita cam suka lak mengutuk negara sendiri. semua tak cukup. tapi hakikatnye, banyak benda2 kat negara kita yg sistem dia jauh lebih bagus dr negara maju sendiri

cik ain said...

nice!! peringatan yg mendalam!
ape2 pun ain peminat DURIAN tegar! hehe

KeCiK said...

Durian simpan dlm peti ais then perap dgn gula. Pergh. Owning gila.

Ok, gua tau gua out topic.

author: semlm aku ngak kiok gelak kaw-kaw!

[z@ck] said...

walaupun sekarang aku di tempat epal, aku tak pernah lupa pada durian.aku sedih juga ramai kawan2 aku yg tiba2 berubah jadi epal.huhuhu.

Apis said...

sy suke pisang. pisang goreng pon sy suke.

r.k said...

perfect is just a word .

MuJE said...

walaupon saya raja durian, tapi saya nak try jugak makan epal. huhu...

chenta said...

sy suke kedua2nya..bergantung kepada keadaan ^_^

sYazY_dZaiMa said...

@nur.sa; yup, yg baik jd teladan, yg buruk tinggalkan je,hehe..

@conteng-conteng;yup, bila kita berada jauh dari tempat kita, baru kita dapat detect kelebihan itu yg selama ini kita tak pernah bangga pn :)

@suziesanji: saya pn suka durian jugak,hehe.. =)

@cik ain; same here..nanti bolehla pi makan durian sama2,hihi >.<

sYazY_dZaiMa said...

@kecik; pergh, sungguh sedap wo durian..kalo wat tempoyak goreng lagi sedap :)

@zack: bgslah kalau masih di tempat durian tp nak ikut epal tak salah asal tau mana baik buruknya,hehe.

@apis; aiyoo, pisang pun kira sepupu sepapat durian jugak kn? *eh,yeke?* :P

@r.k; yup..that's why kita perlu cari mana baik buruk :)

@muje; try tak salah pun, hehe..asalkan yg memberi kebaikan kpd kita :D

@chenta; hehe..bagus2, mesti seronok kalau macam tue :D

CikGadis said...

makseh utk entri nie. =)
kalo bab mkn, dua2 sy ngap jer. hehe.

sy lbey kn durian dlm khidupan :) (yeker)

cik ain said...

pape pun, pilihan di tngan ANDA!!

sYazY_dZaiMa said...

@kusut; erk, ter 'skip' plak nk komen balik td.yup2, memang betul. rasanya mentaliti rakyat perlu berubah kepada kelas pertama..tak guna kalau hanya negara yg maju first kelas tp mentaliti kita masih di kelas ketiga :)

@CikGadis: bab makan memang semua org suka kn,haha :P

@cik ain; yeay!tepat skali..dah macam nak pergi mengundi pulak,hihi.

Mummy Nana said...

Akak mmg suka makan durian walaupun dok obersea durian tetap menjadi pojaan hatiku sanggup cari kat Asia market tu... Emmm mmg betul kata NurS.A kutip dan ikut takpe.. tapi ambil yg elok jeklah...ni kadang dari pengalaman akak yg duduk sini lebih 10 thn, orang2 kita nie kalah mat salleh.. kalau diorg minum suka2 mcm teh tarik kat mesia.. org melayu islam kita pulak minum arak selagi xmabuk xcool katanya... huhu... Nauzubillah

Kazaztan Team said...

saya suka epal dan durian... tp kalu boleh biar ler epal Islam dan durian pun Islam..maksud ye..bercara hidup mengikut Islam..tak kirala epal ke durian...

sYazY_dZaiMa said...

@mummy nana; Nauzubillah jugaklah..harap2, kita dapat menimba yg baik daripada mereka..kekretifan mereka yang penting selagi masih berlandas dengan agama kita :)

@kazaztan team; betul, itu lebih elok sebab boleh mempelbagaikan cara hidup asal jangan keluar dari landasan iman kita :)

ASaDa RyutaRo said...

epal dah durian.. sedap durian dari epal.

nak pilih yang mana tak kisah, asalkan jangan lupa asal usul. =)

fndrocka said...

Suka epal tempatan

humbleyat said...

suka durian sebab mcm2 leh wat ngan durian tu..pulut durian, bubur, part paling best tempoyak!

tapi epal pun bagus jugak..;)