Friday, October 15

En Maher

.salam.

Bahana Maher Zain sekarang bukan maen. Dasat-dasatan. Sana-sini Maher Zain, macam goreng pisang panas! Tapi sayang. Maher Zain bukan goreng pisang cicah kopi pun sodap tue. Bukan! Bukan! Beliau manusia. Ok, fine! Merepet.


 
Maher Zain : aku ada banyak kenangan gila tentang beliau. Bukan lar gila, lebih kepada kelakar. Cuma entah kenapa aku gatai tangan nak taip gila, tapi kau anggap larh bahawa aku hendak menaip kelakar, cuma terbabas menjadi gila. Gila pemalas tahap cipan nak delete gila menjadi kelakar, tetapi rajen pulak mendefinisikan secara panjang tapi tak berguna!

Pertama. Suatu hari semester lalu, member aku ternampak seorang foreigner kat bus stop. Otomatik, dia cakap muka beliau seperti Maher Zain. Pastu kitorang pun tengok larh. Mana la tahu betol-betol Maher Zain boleh ajak tidur rumah. Nah! Tapi bila dah tengok, aku teros tergelak bagai histeria. Member aku yang seorang lagi pulak cakap, "Nie bukan Maher Zain, nie Mr Bean!" Nah! Makin histeria la aku gelak. Badigol betol mereka. Dan sekarang, bila sebot jer Maher Zain mesti aku akan terbayang Mr Bean. Maher Zain = Mr Bean. Tak boleh belah!

Kedua. Mummy terchenta hantar sms :

Mak tgh lyn yt maher zain. Masyaallah best gile.
Sunday : 4:27pm

Pergh. Nie mummy aku ker, mummy the returns? Atau mumia? Caya larh. Chenta mummy telah beralih kepada En Maher pulak dah. Abang Shahir macam mana mummy? Ok takpa. Anakanda tak pernah menentang. Mungkin Maher Zain lebeh erk, kaya! HarHarHar. Anakanda suka! 

Mula-mula aku konfius bin tak paham jugak apa lar yt nie.
Mummy nie nak taip apa sebenarnya. yt ker, kt ker, bt ker.
Las-las baru dapat tangkap, yt tue ialah youtube lar ngok ngek.
HarharHar. Aku tak sangka mummy pandai guna akronim dengan baek. 
Aku pun tak pernah cakap yt untuk youtube.
Ok. Bangga sekejap dengan mummy sayang.

ps: sori yer kawan-kawan. entri nie jer yang mampu. dah gali otak nie dalam-dalam. tapi tak dapat jugak nak pikir entri yang best. huhu.

"Jika tidak mampu menjadi lilin yang menerangi malam, cukuplah dengan menjadi kunang-kunang yang menemani malam."

10 comments:

Miss Kira said...

enci maher mmg best.. xD

humbleyat said...

fenomena maher zain di seluruh dunia dan satu pendekatan yang sangat mantap!tahniah...

cik gadis, mak saya suka lagu barakallah by maher zain...;)

anyss said...

Salam,
Dah tengok bebudak UIA histeria tak henggat donia dua minggu lepas hu huhu termalu lak kat kanda maher nan ensem tu bila pompuan ayu bertudung jerit2 sampai keluar anak tekak hu hu hu

fariehan ibrahim said...

sy shuke en maher much! XD

CikGadis said...

miss kira :
bes erk en maher? hehe

fndrocka said...

Annuar zain pun apa kurang nye

Aida Ismail said...

hehe, Maher Zain sangat comel, I followed his twitter..esok pagi nya, I have received a notification on my mobile phone "Maher Zain has requested to follow you on twitter" and...I was like, huh??? hehe..he's a great person..

kusut said...

hehe majoriti yg jawab sini pompaun ek. nape ye? :P

nur.sa said...

suka lagu dia. dia ensem? pada saya biasa aje kot.

tapi lagu dia memang best jd halwa telinga.. :D

lirik yg baik.. tak salah kalau kita suka,kan.

Ilidina.. said...

suke sgt maher zain..=)