Wednesday, October 13

Emosi Pagi Buta...




Selamat pagi semua...
Saya nak kongsi tentang sesuatu hari ini. Coretan ini hanyalah sekadar luahan hati dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.    

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita-berita menyayat hati seperti kemalangan jalan raya. Tersentap seketika melihat kemalangan dahsyat yang meragut nyawa. Pilu hati melihat kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa. Hakikat yang perlu diterima walaupun tanpa kerelaan hati, orang tersayang telah pergi buat selama-lamanya. Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan? Biasanya, semua orang akan menuding jari kepada pemandu.

Kemalangan jalan raya disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya, keadaan bentuk muka bumi atau jalan raya itu sendiri, cuaca, binatang yang tiba-tiba muncul dan banyak lagi. Namun penyebab utama adalah sikap pemandu itu sendiri. Contohnya, mementingkan diri sendiri dan memandu dengan cuai. Nak kata tak masuk kelas memandu, lesen cantik berkilat. Kawan saya selalu cakap, nak elak macam mana...Kita dah patuh dengan peraturan, siap berhati-hati dan selalu ‘alert’ ketika di jalan raya tapi disebabkan oleh sikap segelintir manusia yang memandu ikut suka hati akhirnya yang tak bersalah ikut menjadi mangsa.

Pihak berkuasa pun dah buat segala yang terdaya supaya semua orang ikut peraturan tapi statistik kemalangan tak pandai turun-turun. Dimanakah silapnya?
Semua orang mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Kita percaya ajal dan maut di tangan Tuhan atau malang itu tidak berbau. Tetapi rasanya tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada ditimpa kemalangan dan seumpamanya.

Satu perkara lagi, berkenaan dengan gambar-gambar lokasi tragedi. Saya terserempak dengan beberapa gambar (tidak kira lah di media elektronik mahupun blog) yang bagi saya agak menggangu perasaan. Dimanakah rasa hormat kita sebagai manusia apabila kita (antara sedar atau tidak) memaparkan tubuh-tubuh yang sudah tidak bernyawa sebegitu rupa. Maksud saya, situasi dimana tubuh yang berkecai bersepah merata tempat atau kain terselak sana sini. Bagi pihak berkuasa, mungkin boleh diterima kerana selalunya gambar yang diambil untuk tujuan siasatan. Tapi bagi kita, tidak wajar rasanya memaparkan gambar yang sedemikian rupa walaupun atas alasan ‘sharing’.

Sesetengah orang mungkin berkata, ini blog saya...suka hati saya lah nak buat apa. Cuba bayangkan jika ahli keluarga atau orang tersayang anda maut dalam kemalangan dan ‘gambar tragik’ yang diambil menjadi tatapan jutaan orang. Apa perasaan anda? Nak kongsi gambar boleh tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai kita mengaibkan maruah mangsa dan keluarga mangsa. Saya bukan lah orang yang sempurna, bijak pandai jauh sekali. Sekadar mengingatkan sesama manusia...

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekali lagi, maaf dipinta jika ada yang terasa hati. Ingatan tulus ikhlas dari saya, berhati-hatilah ketika memandu dan jangan terlalu mengikut perasaan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga hari anda ceria. Adios...


9 comments:

r.k said...

kuatkuasalah maacamana pun undang-undang , kalau tak ikut juga , tak jadi ...

penguatkuasa pelukan pemikiran , 'kalau kita buat macamni , tapi dirang tak ikut , kita nak buat macamana ? ' mungkin akan timbul undang-undang yang lebih kukuh ...

Sumandak Kinabalu said...

Maksudnya semua orang kena beri kerjasama...
Tak guna juga kalau cuma segelintir yang 'alert'...

Danial Ikhwan Jaafar said...

memang lama dah terpanggil nak buat komen pasal gambar2 kemalangan. tiba2 terbaca artikel ustaz hasrizal. memang kena pada waktunya la.
sensitiviti keluarga mangsa satu perkara, satu perkara lagi, takut nanti dah terbiasa dengan gambar2 macam ni, nanti takut akan ada kedahagaan untuk tengok gambar2 macam tu. nanti akan ada psychopath malaysia yang baru. sebab gambar2 macam ni takde, takut orang2 macam ni akan buat sendiri gambar2 tu. paham2 la.

mungkin aku melalu dan fikir jauh sangat. tapi mana tau.

Fynn said...

betullllllllll!
haritu fynn ade tgk video accident @ rembau tuh.
GOD,org lain tgh sibuk2 tlg org yg tersekat kt dlm bus,but sorg nih,sibuk merakam mangsa yg gila parah sumpa menakutkan bila nampak T_T
mostly org tanak pk mendalam mcm ni.
teruja sgt kot dgn 10/10/10

Fina Sophie said...

sy baru nmpk gmbr pasal latest tragedi 10.10.10 tu. oh mayat2 bergelimpangan. putus sana sini.. leh hilang selera dibuatnya. tp smua org duk soksek sana sini pasal bas tu, so kenalah update juga. tak teringin pun tgok gmbr2 tu sbnrya T___T tertengok. ceh.

nur.sa said...

saya memang hangin kalau nampak gambar2 mangsa accident tu diletak selamba dekat blog dorang atau kat mana-mana laman lah.

try fikir, kalau lah antara mangsa tu adalah sedara mara kita, family kita, marah tak orang letak gambar-gambar macam tu dekat situ? takde rasa hormat langsung sesama manusia.

jangan cakap nak suruh orang tengok dan buat pengajaran ok. sebab kalau betul nak dijadikan pengajaran,cukup dengan cerita saja. dan kalau dah orang tu hati kering, tunjuk la gambar macam mana pun tetap takkan jd pengajaran pd dorang.

thanks jane for this entry. sy pun emo je bila nampak gambar mangsa tu yg org main letak sukati dekat fb.

kusut said...

ugh pasal gambar2 org tak bernyawa ni. pada aku siapa2 yg upload gambar2 camtu kat blog atau facebook etc memang takde respek pada si mati. takde respek pada org yg tengok blog dia. takde respek pada writing ethics

ape jenis org la yg excited utk share tragedi org lain. what kind of sick entertainment la diorang ni dapat bile share those pics

Fina Sophie said...

sy tmbh.

satu trend skrg kan, kalau ada apa2 brita yg hot kan, blogger (blogger ye) byk yg suka ambil copy dan paste SEMATA-MATA dekat blog sndiri. sbb tu bila google, byk yg just letak berita/gmbr2. isi smua sama je, sbb ambil dari satu sumber yg sama. tak kisah sgt pun, but a bit annoying. kita nak tahu lebih, tp klik sana klik sini, smua bnda yg sama je. tajuk je yang lain. kdg2 lebih hebat. itu yg buat kdg2 leh annoyed gila haha.

utk blog, itu smua utk trafik, i understand. mybe takda niat nak share utk entertainment, tp utk bg pengajaran bergmbr pd blog visitors. can't really blame. kena tgok niat juga.

cuma yg kusut ckp about sick entertainment tu, rasanya more to facebook. leh share, leh tag. even ada yg buat satu folder dlm album diorg utk gmbr2 ngeri mcm tu. itulah. what kind of people la yg entertained dgn benda2 mcm tu. so sick. ingat rock sgt la tu?

[z@ck] said...

memang sedih bila tgok angka kematian tu tak berkurang tapi bertambah.tak tau nak salahkan siapa.driver or keadaan jalan raya..al-fatihah untuk yg terkorban =(