Monday, October 11

; ejaan itu penting.

assalamualaikum family 100penulis.

semoga sihat semuanya. 
first of all, sorry jika ada yang terasa dengan entry ini.
second, tolong doakan saya. minggu ini banyak test. finance, statistics, arab. takut maa.
third, jom baca topik ini! ;)


seiring dengan kemajuan IT yang semakin berkembang pesat,
cara gaya penulisan juga semakin berkembang.
berkembang dengan keadaan yang semakin parah!
masalah ejaan semakin serius.
( fullamakk, intro bukan main lagi. hehe )




kita - itew
saja - jew
sayang - cayunk
boring - bowrink, borim
nak - na
tak - ta
ini -ny
kan - an
comel - comey, tomey
esok - sok, sox
sedih - sedey
boleh - ley
kalau - kalo
someone - sum1
don't - dun
happy - eppy

ya Allah. nak baca memang tak faham.
serius, kadang kadang susah nak faham.
terlalu ringkas, 'na', 'xmo'
na; ingatkan nama orang. rupa rupanya 'nak' .
'itew', 'jew',
perlu ke ada 'w' ?
kita jadi itew?
saya juga remaja, belasan tahun.
orang cakap ny style remaja guna.
yesss, saya mengaku ejaan saya pm x betul.
ada juga guna yang di atas tu sebab nak ringkas,
spelling error di mana mana.
nak buat shortform segala bagai,
nak type msg sehabis ringkas sampaikan orang lain tak faham.
dulu kalo type msg or berblog,
setiap masa bertukar tukar style.
kejap kejap macam ny, kejap kejap macam tu.

antara contoh contoh yang memang 'terbaik',

style 1;
' tnx 4 those memories..lam len kte,sory n tnx 4 evry single thingy '

terlalu ringkas. boleh faham ke? ada yang faham kan? tapi kalo msg dengan orang tua macam ny confirm kena tegur!

style 2;
' nO wOrriEs at aLl..xyh risau,thEy'll jAded wif thOse thingy sOon '

tulisan apakah? BESAR kecik BESAR kecik. yaaa. this is my style. DULU laa.
awal awal entry dalam blog ny pm guna macam tu. tapi itu DULU.
sekarang dah elak guna atau type msg macam ny. rosak rosak!

sepatutnya : no worries at all. tak payah risau, they'll jaded with those thingy soon.

style 3;
' ouw, owkey. baek laa. nnt g sx kay? '

hahha:D yang ny kawan sendiri susah nak faham. selalu je diorang akan balas balik; ' pah, type balik, x faham '
banyak kali gak kot kena tegur. tapi itu DULU. sekarang dah jarang.

sepatutnya: sx- sekali.

ish ish ish.
tengok laa.
berapa banyak masalah ejaan yang timbul.

guna ringkas okey.
sebab nak cepat kan?
x kan laa type msg sehabis panjang?
tapi kalau boleh jangan la sampai mengubah bahasa tu.
itew? jew? na? an?
ish ish ish.

dulu masa tengah mengarang esei bi, ada juga TERtulis 'sum1'.
gara gara selalu guna perkataan ringkas semasa bermsg.
bukan sekali kena spelling error, banyak kali.
sebab itulah saya sekarang dalam proses menggunakan ayat skema; tulis penuh.
kadang kadang ada juga terkeluar perkataan yang digunakan dulu.
' pm, kalo, ny '
bila dah jadi kebiasaan, ambil masa nak ubah.
banyak lagi yang kena diperbetulkan.

tak salah kalau tulis penuh. nampak cantik, sedap dibaca.
dan, tak salah juga nak guna ringkasan, tapi biarlah orang lain boleh faham.


p/s; sorry kalau ada yang terasa. peace. :)

27 comments:

chenta said...

tulisan adik i yg remaja tu, i mmg tak paham..sbb guna short2 mcm tu la..heheheh

Adam's Journey said...

Alamak, terasa. Tapi betul, kadang-kadang ringkas sampai berubah maksud ayat..(ni tulis penuh ni)

KeCiK said...

short form gua boleh accept. tapi kalo tulisan KeJaP KeCiK KeJaP BeS@R Tu Yg KdG-kDg BuAt GuA RaSa FeNiN.

z said...

haraammmaakk...mehemahang tahak paahaahaam...*kalau camni kes ape plak??* haha

cKyN WaN said...

tuh la, sejak dua menjak ni bila terjumpa blog ke ape2 yang guna tulisan ni memang parah la. sumpah tak paham langsung!

kata kila said...

bagus entry ni sukaaa

nur.sa said...

yeah. terasa diri ni dah tak remaja lagi bilamana terjumpa remaja skang yg lagi advan, dah singkat sangat tulisannya. pening bila nak baca.

hentakbelipat said...

kehkehkeh..kadDeng2 sayew pun rasew berbewlit lewdah inew nak bacew oiiii

nabilah_2908 said...

paling annoying bila perkataan ditambah 'W' dibelakang..

syew..akuw...

betul tu..mmg pening kepala nak baca..tak salah nak gunakan shortform..tp biar relevan dan mudah di baca.. :)

great n3.. :)

Raja Fiqri Fauwaz said...

isu ejaan ni memang selalu dah sye dgn kawan2 di komuniti penulisan bincangkan. :)

terpulang kat diri sendiri. Kalau rasa nak pergi jauh dengan menulis, belajar cara menulis.. Hehe..

Ilidina.. said...

ok je kalo nk gune ringkasan ejaan kalau nk text msg or nk chat dgn kwn2..tp kne pandai2 ah jgn smpai gune time essay...

one2paii said...

dengan gua..lu paham x..gua nie hip hop sejati..semut gua pun hiphop gak..ahaha

Chip said...

Sorry lah tapi aku ni boleh di kategorikan dalam golongan tua bangka jadi paham-paham ajelah aku tak berapa berminat dengan tambahan "w" bila menulis/menaip.

Ada sesapa boleh tolong terangkan tak bila epidemic "w" ni bermula dan apa faedah dia? Nak bagi bunyi cute ke?

Fina Sophie said...

well i guess.. saya pun dah tak remaja dah skrg. terima lah hakikat usia dah meningkat.. lol.

anyway, tak smua diorg ni yg mcm tu :) n rasanya mmg utk sound cute kot. but budak2 lelaki pun mcm tu. budak2 lelaki skrg pun nak sound cute jugak.. :P

Anip said...

Bukan sahaja ejaan tu penting bagi sesebuah penulisan,tapi tatabahasa juga perlu dijaga,biar bahasa itu indah.elakkan menulis singkatan dan bezakan sebarang bahasa luar.tanda-tanda juga perlu dijaga.bagi yang serius menulis,boleh cerah masa depan.

kusut said...

zaman masa umur aku belasan tahun.. org letak hurup 'R' kat blakang utk sound cute.

kite = kiter

zaman sekarang tambah 'W' ek?

kite = kitew
(..kot aku pun tak sure sgt)

akan datang nanti tak tau la

ASaDa RyutaRo said...

kalau dah guna singkatan yang maha dahsyat camtu, sape la yang faham.. isk isk..

"ko g sX x t?"

hahahaha.. pendek hbs..

syer. said...

adesss..terasa jugak..tapi tu dulu dulu la..ye..dulu dulu memang pakai shotfom shotfom bagai ni..yela..nak save masa..heee..:)

MuJE said...

oh yeah!! aku geram gile dengan blog tulis macam ni! jom join grup yang benci dengan orang tulis camni jom! http://www.facebook.com/group.php?gid=122477671100219

humbleyat said...

ejaan memang penting...merosakkan bahasa aje...huhu dahla bertambah pening....tambah2 tulisan sekejap besar sekejap kecik..bertambah la minyak cap kapak disapu katkepala huhu

CikGadis said...

owh. saya kalo blogging memang tlis penuh. tp kalo mengomen, hehehehe.. dh nmpk kn...? ;P

[z@ck] said...

nice one.aku pun tak suka.annoying gila!

.::WaNiE::. said...

aaa stop spelling 'ni' as 'ny'

its so annoying!!

huhuhuhu

anyway its good for u to change.

and really tak suke dengan short form skrg yg memang kdg2 i have to refer to somebody else especially my bro n sis punya sms.

cik ain said...

ngee! slalu guna ayat2 tu dlm msej je. kdg2 sampa terlajak kat blog, tp backspace balik.. kalau dh terlajak abis, mmg biarkan je.. sorry! hehe

Mummy Nana said...

Tulah akak nie rasa xdelah tua sgt... tapi mmg xreti nak guna short form.. psl xretilah.. kalau buat jugak mmg org xpaham.. sebab tu bia dpt msg dari adik ke dari org mesia rasa cam eh apa daaa org nie ckp... aku nie bodoh sgt melayu ke sampai xpaham.. heheheh akak ckp melayu most of the time ok kat sini.. hehe..

r.k said...

style one tu dia tulis apa ?? tak paham lol .

style dua tu , ghua kenal minah yang tulis macamtu , and she is not even remaja anymore ! hahaha

afifaa. said...

wohho. sorry semua tak reply komen korang. baru je dapat online ni. busy dengan test. hehe.

anyway, kesimpulannya ialah, guna perkataan yang orang boleh faham. kan?

hee.