Friday, October 22

Don't Break My Heart --->Mission Impossible

Hmm...minggu lepas, terlepas. Minggu ini, aku di sini =P
Kali ni mungkin tak banyak ingin aku blog kan. Baru sampai KL dari Terengganu. Macam macam musibah melanda. Benarlah, kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah lebih baik/bagus. Tolong betulkan jika salah ye?





Aku terkesan selepas menonton iklan Kempen Tak Nak Kementerian Kesihatan Malaysia di tv beberapa hari lepas. Wah...begitu ganas dan tragis gitu. Dan menyayat hati juga.

Memang benar banyak mana duit dihabiskan untuk kempen, kalau perokok sendiri tak nak berubah, tak guna jugak kempen nak rak pon. Tapi iklan ni, bagi aku memang meninggalkan kesan dalam hati aku. Aku bukan perokok, tapi ayah aku ya. Dalam keluarga, semua adik lelaki aku tak merokok (sembunyi-sembunyi aku tak tahu la, harapnya tidak =P) dan ayah aku memang dah merokok sejak dari masuk kadet lagi. Hahaha..memang susah kot nak tinggalkan tabiat tu.

Aku tak tau dengan korang, tapi bagi aku, kalau tak nak orang menangis sedih pabila dah sakit teruk, mungkin kena mula ubah dari sekarang. Ayah aku masih maintain je...hehehe...

Tak tengok lagi iklan tu di tv? Klik sini. =)

ps: Told you this is one short post. Oh well... wish me luck looking for place to stay. Going to view all the potential houses near Balakong, Seri Kembangan.

hehehehehe

13 comments:

Kimmy Ai said...

mind set tu perlu untuk berhenti merokok.. herm.. family kimmy pun ramai merokok.. penat perli halus.. tak nak jugak.. adoiyai~

Danial Ikhwan Jaafar said...

itu sendiri mau ingat. heh. ayah je smoker.bekas askar.. =__=

nur.sa said...

ayah ngan along saya merokok. angah dan adik lelaki lain tak.

tapi penat cakap dan perli depan-depan suruh berhenti, still tak jalan. camna lagi ye..

kena kuat kot kalau nak berhenti tu, tapi tak mustahil kan. contoh, bos saya dah hampir tak merokok dah, sejak awal tahun ni. syabas la utk dia.

Danial Ikhwan Jaafar said...

pada saya, lelaki ni kebanyakannya jenis yang tak suka ditegur. nak2 kalau dah jadi macam tabiat. cakap secara tak langsung boleh kot, macam cerita pasal sedara/kawan yang menderita penyakit akibat merokok ke. heh
syabas untuk bos anda! =)

[z@ck] said...

kalau nak berhenti merokok memang boleh.yang penting dorang ada strong guts untuk buat macam tu..NEKAD..

MuJE said...

abang aku beli megaupload 2 tahun yang harga berapa ratus ntah.

bila aku tanya tak membazir ke? die reply, daripada habis duit wat beli rokok tu baik beli benda ni. boleh download movie. nak download tutttt... pon boleh! hehe...

dan die berjaya berhenti hisap rokok dah sekarang.

Danial Ikhwan Jaafar said...

z@ck, betul tu. tapi tak boleh nak tekan2 sangat. kang melenting. hehehe. tapi sekarang kalau orang merokok, bagi flying peace dan geleng2 kepala sikit =P

MuJE, wah..aku pon pernah gak beli account megaupload, untuk 2 bulan sebab time tu gila download game psp. download tutt? hahah =___=

ztie said...

teman saya merokok. Alhamdulillah skrg ni dah 6 bln dia berenti merokok walaupun kdg2 kuat godaan d sekeliling. Hrp dia ble bertahan

Danial Ikhwan Jaafar said...

oo bagus lah. =) bagi kata-kata dorongan hehe

fndrocka said...

Kalau tak merokok byk duit boleh save

humbleyat said...

merokok lebih banyak mendatangkan mudarat:)

jd jgn mula merokok...

Fina Sophie said...

yeap saya tgok iklan tu byk kali dkt tv tak bosan2 siap tak berkelip mata lagi haha.. over la tu. kikiki.

syukur, my family member takda yg merokok. ayah dulu smoking but dah lama dah stop, mama kata after kahwin, dah stop dah. adik beradik mmg takda yang berani nak merokok (bukan tak berani kot, lebih kepada tak berminat). but my youngest brother prnh try merokok sekali (nakalllll) dan mmg teruk gila my mum touching2 hari tu. dah la antara kitorang smua, dia je yg berpenyakit. nak carik pasal nak merokok plak. huhu.

but yah, alhamdulillah mcm tu. hope sgt my future husbnd bukan jenis merokok T_T

CikGadis said...

rokok menbahayakan. ingtlah org yang tersayangkan. ekeke. mcm kempen pndu cermat lak