Monday, October 25

Dajal itu kacak (Part 2)



Burung tukang masih berbunyi di kala dinihari itu. Bun dan Ijat pastinya sudah dibuai mimpi bila gua sudah dengar denguran serta bunyi asahan gigi. Pasti roh mereka sudah keluar bersuka ria di Amsterdam. Sedang gua masih terkebil-kebil memikirkan tajuk yang dibualkan awal malam tadi. 

*      *      *

"Agak-agak macam mana cara dajal pancing orang join dia?", gua tiba-tiba bertanya kepada Bun yang sedang menyalakan api rokok.

"Ntah la ek, mungkin dia berdakwah ke camne la kot", Bun cuba memberi jawapan, tapi nyata beliau kurang yakin dengan jawapannya.

Ijat pula sedang menghadap komputer riba tanpa ada berbuat apa. Nampak kosong pandangannya.

"Aku rasa dia pancing guna makanan la", gua cuba memberi idea.

Bun mengerutkan dahi, sementara Ijat juga mengalihkan pandangannya kepada gua. Tanda kurang mengerti terhadap maksud pandangan gua.

"Macam ni..", gua mulakan penerangan persis Don Vito Corleone. Dengan suara yang perlahan tetapi masih boleh didengari dalam jarak dekat.

"Aku rasa waktu dajal menjajah bumi adalah waktu manusia berpuasa", gua terangkan pendek dalam satu ayat.

Muka masing-masing masih berkerut.



"Bukan apa, waktu tu aku rasa bumi kering kontang, takde makanan, takde air, takde apa-apa pun", gua sambung lagi. Kali ni gua lihat ada sinar kefahaman pada wajah mereka berdua. Gua lihat mata hitam mereka bergerak menghala ke atas mencuba untuk melihat dahi sendiri. Gua tahu itu tanda orang sedang berfikir dan hampir kepada kefahaman. Gua tak ambil pusing.

Gua terus sambung lagi, "Macam ni... manusia yang normal memerlukan makanan dan air untuk terus hidup, itulah perjuangan utama setiap manusia di muka bumi, mereka mahu terus hidup hing esok hari, itulah target mereka hari-hari.". Gua berhenti sekejap ambil nafas. Gua capai sebatang Surya dan cucuh api.

Sambil menghembuskan asap ke muka mereka, "Dan manusia normal akan hilang pedoman ketika lapar dan dahaga yang teramat sangat. Dan dajal menggunakan peluang itu untuk melebarkan sayapnya supaya dapat ramai pengikut". Gua tenung satu-satu muka mereka. Gua sedut asap Surya dalam-dalam dan hembus ke arah siling.

"Ko agak-agak ko boleh tak lepas dugaan macam tu?", gua tiba-tiba mengajukan soalan terhadap Bun. Kerana gua lihat beliau lebih khusyuk mendengar. Ijat pula mendengar sambil menonton filem di komputer riba.

"Ntah ek, macam susah, manusia memang boleh gila kalau lapar dan dahaga", Bun menjawab.

"Tapi ko jangan risau", gua menenangkan Bun.

"Kita orang Islam dah diajar berpuasa", gua sambung pendek.

"Jadi, kita dah biasa cara hidup ketika puasa, dan tak risau pun godaan Dajal", gua sambung ayat yang lebih panjang.

"Aah.. tapi kalau puasa penuh la...", Bun membalas sambil tergelak kecil.

"Tu la hal puasa ni dijadikan satu kewajipan", gua jawab sambil senyum.

"Supaya semua merasa keadaan lapar dan dahaga itu secara tak langsung", gua terus sahaja meneruskan bicara tanpa ada perlu tunggu lama.

Ijat masih demikian. Menonton. Gua tahu beliau dengar apa yang gua cakap.

Bun masih tekun menghadap gua. Mungkin masih mahu mendengar idea gua.

Kedengaran di halaman rumah bunyi ayam jantan berkokok. Gua dengar. Tapi gua tak ambil pusing. Gua lebih ambil pusing dengan biawak-biawak yang sering cuba masuk ke rumah melalui pintu belakang. Seekor sudah gua tambat jadi haiwan peliharaan. Tapi gua kurang pasti apa diet yang sesuai dengan Jimmy ini.

Gua hempus asap Surya perlahan-lahan ke arah Jimmy.

Ini Jimmy gua


p/s: gua main cakap je. Bun yang nak dengar.

Saki baki mengenai penulis ini:
Pert Doherty, merupakan seorang anak jalanan, penulis picisan di ruang maya. Beliau juga bukanlah siapa-siapa. Tiada kelulusan bagus. Tiada ayat yang bagus dalam penulisan.  Dan tidak banyak yang diketahui mengenai penulis ini. Beliau juga merupakan penulis di blog utamanya iaitu Otak & Jantung, kemudian di YM Doodle Art. Beliau ada juga menulis di blog rakannya (Karim) iaitu Country 20 Class.

7 comments:

KeCiK said...

Yup, 'kalau puasa penuh...'

Jimmy lu sempoi lah. Dah macam faveret pokemon gua, charmander tp jimmy lu kat ekor dia takde api. charmander lagi hensem skit.

z said...

pulak dh...

iEra naDira said...

bagus emm ada kawan boleh sembang2 hal camni :))

tapi sebaik-baiknya benda camni kita rujuk sumber yg betul dulu sebelum buat andaian sendiri, kan.. ^^

Okey, daaa~!

nur.sa said...

bertanyalah pada yang pakar, entah apa kita fikir pasal dajal mungkin tak betol. nun kat barat nun, depa percaya dajal tu wujud cara mereka. kita kat sini, percaya cara kita.

:)

Pert Doherty said...

hahaha.. sje je.. buat2 citer.. bukan gua bagi citer hard sangat pasal dajal ni.. Just simpel idea bout him..

r.k said...

dajal could be everything kan . gudaan brader ...

Fina Sophie said...

actually, rasulullah sendiri dah terangkan tentang bagaimana rupa sebenar dajal tu. :)