Wednesday, October 6

buru peniaga songlap

MIRAIE FIRM & CONSULTANCY Ptd Ltd mendapat kes melibatkan seorang pelajar dan seorang peniaga baru-baru ini.Oh ye.. kes hari itu, masih belum selesai kerana pesalah masih menghilangkan diri.

Berbalik kepada kes yang baru saya dapat, antara pernyataan yang disebutkan oleh pelajar tersebut....

"saya join bisnes MLM under dia.. dialah dapat duit, tapi itu bukan masalahnya..
sepatutnya saya dan kawan saya dapat dua set produk kesihatan tersebut..kami dah dapat satu set,.. tapi satu lagi belum
sampai sekarang dia tak bagi-bagi lagi.. setiap kali ditanya.. alasannya serupa.. lupalah.. tak bawa stok lah.. satu set tu harganya RM200.. boleh pulak hutang orang buat lupa-lupa..salah saya juga tak minta resit ke apa sebagai bahan bukti"

Nampaknya peniaga tersebut tidak mempunyai ingatan yang kuat tapi masih lagi tidak boleh diklasifikasikan sebagai nyanyuk kerana hasil siasatan kami, peniaga tersebut tidak lupa mengisikan minyak kereta bercermin tinted miliknya, masih menghadiri kuliah yang wajib baginya.. dan tidak pula lupa akan nama sendiri.(Kereta tinted oklah... kubur esok boleh tinted?)

Pelajar yang teraniya ini dinasihatkan bersabar. Lain kali jika berurusan jual beli, pastikan ada hitam putihnya supaya jadi bukti untuk buat tuntutan kes terhadapnya. Life still go on.. berdoalah moga timbul keinsafan si peniaga untuk melunaskan hutang itu.

Peniaga pula..sedarkah anda, jika anda makan menggunakan wang itu, automatiknya jadi darah daging yang haram? Sedarlah, Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu yang dikerjakan. Jangan pandang enteng hal ini. Dalam Quran ada sebut... Setiap zarah amalan akan dihitung.. jangan kerana tidak dapat mencium bau syurga kerana songlap duit orang lain.

Sekian, ulasan ringkas kes.

6 comments:

nas said...

jangan join mlm....tak elok taw...isk3...banyak penindasan disitu..

[z@ck] said...

org zaman sekarang semuanya gila duit.sanggup tipu org semata2 sebab duit.no wonder la jadi macam tu.

bila org ajak join MLM, terus aku cakap tak nak.even MLM tu bersih, aku tak berani nak ambil risiko.

cik ain said...

MLM?? uishh, hampir nk join bile kwn desak ain sangt! tyme tu junior lagi, tapi naseb bek abang sulung ain 1 kampus dgn ain. dia larang ain terlibat dgn ape2 aktviti. IF nak trlibat or join msti kena bgthu dier..

hhuhu, selamat ain tyme tu! kalau x msti kena tipu dgn skim MLM tu

kusut said...

tak salah la join MLM. tapi org ingat MLM ni senang (salah MLM2 tu jugak advertise bukan2).. padahal join MLM ni sebenarnye mula masuk alam b-perniagaan.. which takes a lot of effort just to break even.

aku langsung tak berbakat dgn MLM ni tapi ramai kawan aku yg dah maju jaya sampai tahap kete besar rumah besar etc. tapi aku dah kawin diorang takde calon lagi la.. workaholic sgt :P

nur.sa said...

kalau jenis tak rajin (malas tahap gaban) tak yah la join mlm bisnes ni. T____T

sYazY_dZaiMa said...

mkm ni mmg saya sangat fobia dengar..saya kena tipu dgn kwn sendiri, ckp takda duit nak beli tiket pergi konvo la, takda duit nak beli baju adik raya..tp bila dah kasi pinjam, dia buat modal mlm..mmg geram sangat, haishh.